Pahang merupakan negeri terbesar di Semenanjung Malaysia (tidak termasuk Sabah dan Sarawak). Ibu Negeri Pahang adalah Kuantan.

Negeri Pahang terdiri daripada beberapa daerah iaitu Cameron Highland, Kuala Lipis, Jerantut, Raub, Temerloh, Maran, Bentong, Bera, Rompin, Pekan dan Kuantan. Pelbagai tempat menarik yang terdapat di Pahang dari kawasan tanah tinggi, taman tema air, taman negara, pulau dan juga pantai.

Kami kongsikan senarai tempat menarik di Pahang yang boleh dikunjungi.

Menara Kuantan

Imej via Kuantan 188

Menara Kuantan atau dikenali sebagai Menara Teruntum dan Kuantan 188 kini menjadi tarikan utama di Pahang. Merupakan bangunan tertinggi di Pantai Timur dan kedua tertinggi di Malaysia, ketinggian ini mencecah 188 meter. Antara keunikan di sini, andai berpeluang menaiki lift kaca yang menghadap Sungai Kuantan.

Banyak aktiviti menarik dan mencabar anda boleh lakukan di sini termasuklah melihat permandangan 360 darjah bandar Kuantan, Zipline, Skywalk dan sebagainya. Harga tiket masuk berbeza hari, umur dan pakej namun sangat berbaloi.

Menara Kuantan dibuka pada setiap hari bermula 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Banyak kemudahan disediakan termasuk surau, tandas, parkir, kerusi roda dan sebagainya.

Alamat: Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang

Teluk Cempedak

Pantai yang terkenal di Pahang semestinya Teluk Cempedak yang berada kira-kira 5 km dari bandar Kuantan. Ia menjadi tumpuan ramai kerana keindahan pantainya, lengkap dengan pelbagai kemudahan dan mudah untuk diakses.

Ramai yang berkelah, memancing, bermandi-manda, bermain layang-layang dan bersiar-siar di sini, tak kira pengunjung luar mahupun penduduk tempatan. Kawasan pantai cantik dan bersih, diambah dengan keindahan batu-batuan, pasir memutih dan gunung menghijau.

Alamat: Kuantan, Pahang

Museum Of Contemporary Art

Imej via Muzium Pahang

Turut dikenali sebagai Muzium Seni Pahang atau MOCA, muzium ini dibuka setiap Isnin hingga Jumaat bermula 9.00 pagi hingga 4.30 petang. Harga tiket adalah RM 10 untuk dewasa manakala percuma untuk kanak-kanak berumur 12 tahu ke bawah serta warga emas berumur 60 tahun ke atas.

Apa yang ada di sini? Terdapat banyak paparan hasil seni termasuklah lukisan, alat musik dan barangan tradisional. Segenap ruang sangat Instagrammable namun perlu diingatkan, pengunjung tidak dibenarkan membawa kamera.

Alamat: Kompleks Muzium Diraja Sultan Haji Ahmad Shah, Jalan Masjid, 25000 Kuantan, Pahang

Pahang Buddhist Association

Pahang Buddhist Association merupakan hidden gems di Kuantan, sesuai untuk aktiviti santai seisi keluarga. Pengunjung berpeluang memberi ikan, kura-kura dan burung untuk makan. Tiada bayaran masuk dikenakan. Jika anda mencari tempat riadah yang sesuai, datang sahaja ke sini!

Alamat: Jalan Sungai Lembing, Wan Fo Tien Temple, Bandar Indera Mahkota, 25200, Kuantan, Pahang

Rabbit Land

Nak bawa seisi keluarga berinteraksi bersama haiwan-haiwan? Bawa sahaja mereka ke Rabbit Land. Walaupun nama tempat Rabbit Land, namun anda perlu tahu bukan arnab sahaja yang ada di sini, malah pelbagai lagi haiwan jinak yang terdapat di sini.

Nak tengok unta, kuda, biri-biri mahupun burung, semuanya ada di sini. Jika tidak larat untuk berjalan, naik sahaja tram yang disediakan. Selain mini zoo, salah satu tarikan yang mengagumkan adalah Hobbit House yang comel. Ada juga taman permainan buat kanak-kanak.

Selain melihat haiwan, pengunjung juga boleh menunggang kuda, berbasikal, buaian, menaiki karpet terbang dan lain-lain. Paling penting, banyak tempat ootd! RM 10 dikenakan buat dewasa manakala RM 8 untuk kanak-kanak. Memang berbaloi dengan perkhidmatan, kemudahan dan tarikan yang disediakan.

Alamat: Jalan Jengka 14, Felda Raya Jengka 14, 26400 Bandar Tun Razak, Pahang

 Cameron Highland

Cameron
Imej via backpackingwithabook

Cameroh Highland merupakan percutian tanah tinggi yang sangat popular di Malaysia. Malah, pada musim cuti, kawasan ini sangat sesak sehinggakan ada pelancong yang terpaksa tidur di dalam kereta kerapa semua hotel telah penuh ditempah. Oleh itu, jika anda bercadang untuk bercuti di sini pada musim cuti sekolah, rancang percutian anda seawall yang boleh untuk mengelakkan hal yang tidak diingini berlaku.

Cameron Highlands sangat sesuai dijadikan tempat percutian bagi anda yang berkeluarga. Ini kerana aktiviti yang boleh dilakukan di sini bersifat santai. Apa yang membezakan cuacanya yang redup dan sejuk sesuai dengan lokasinya yang berada di kawasan pergunungan tinggi.

Di sani, anda boleh melawat ladang teh, taman lavender, taman agroteknologi, ladang strawberi, muzium kembali ke masa lepas, taman kaktus dan banyak lagi. Anda juga boleh mencuba masakan pelik dan unik seperti nasi lemak strawberi dan juga aiskrim lavender sebagai salah satu kenangan yang cukup indah untuk di kenang sampai bila-bila.

Lokasi: Cameron Highland, Pahang.

Genting Highland

Genting
Imej via tempatmenarik

Genting Highland adalah sebuah pusat peranginan yang terkenal sebagai Kota Keriangan. Di sini terdapat taman tema yang terdiri daripada 6 tema iaitu, Champs Elysees, London, Venice, Times Square and Universal Walk, Swiss Alps, Genting Walk. Anda boleh datang ke sini dengan menaiki bas mahupun kereta. Dan anda juga boleh menaiki Genting Skyway iaitu perkhidmatan kereta kabel yang disediakan iaitu daripada stesen utama Gahtong Jaya ke Highland Hotel di pusat peranginan.

Lokasi:  Genting Highlands, Bentong, Pahang.

Bukit Tinggi

bukit tinggi
Imej via kualalumpurtour

Bukit Tinggi adalah kawasan hutan tropikal seluas 16,000 ekar, dan merupakan sebuah destinasi percutian yang bersuhu dingin.

Banyak tempat menarik yang akan mencuri perhatian anda di sini. Pemandangan disini sangat menakjubkan seperti berada di luar negara. Ini kerana seni bina hotel di sini adalah berkonsepkan reka bentuk bangunan di Negara Perancis.

Tempat yang menarik disini seperti Colmar Tropicale Berjaya Hill, Japanese Village dan banyak lagi. Anda pasti kagum dengan pemandangan disini yang sangat cantik dan menarik.

Lokasi:  Bukit Tinggi, Bentong, Pahang.

Bukit Fraser

fraser
Imej via kuantan-hotels

Bukit Fraser merupakan tempat percutian yang santai dan menarik untuk dikungungi. Bagi yang mencintai alam semulajadi boleh datang ke sini. Keindahan flora dan fauna disini masih kekal dan anda masih boleh menikmatinya. Bukit ini terletak di Banjaran Titiwangsa Pahang dan suhu disini sangat sejuk iaitu mencecah 17 darjah celcius.

Memandangkan bukit ini diambil nama sempena nama pengembara British iaitu Louis James Fraser maka kebanyakan bangunan disini dipengaruhi oleh kolonial era british. Bukit ini juga dikenali sebagai ‘The Little England Of Malaysia’.

Antara aktiviti yang boleh anda lakukan di sini adalah menunggang kuda, berbasikal, memanah, bermandi-manda di Air Terjun Jeriau dan menyewa bot berkayuh di Allien’s Water.

Lokasi: Bukit Fraser, Bentong, Pahang

Taman Negara Pahang

Taman Negara
Imej via tempatmenarik

Taman Negara Pahang adalah salah satu mercu bagi Negeri Pahang. Ia merupakan taman negara yang terbesar dengan keluasan 2,477 km (diikuti Taman Negara Kelantan dan Taman Negara Terengganu). Gunung Tahan, iaitu salah satu tarikan utama merupakan titik tertinggi di Semenanjung Malaysia, juga terletak di Taman Negara Pahang.  Bagi anda yang inginkan perasaan sebagai seorang kembara yang sejati, inilah dia tempatnya yang amat sesuai untuk apa saja aktiviti berkaitan hutan dan alam semulajadi.

Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini adalah merentas hutan, melawat perkampungan orang asli, rapid shooting, menaiki bot ke lata berkoh, memberi makan kepada ikan kelah, memerhati haiwan, memancing, eksplorasi gua, mendaki gunung tahan, eksplorasi air terjun dan memerhati burung.

Lokasi: Kuala Tahan, Jerantut, Pahang.

Taman Negara Endau-Rompin

endau rompin
Imej via flickr

Taman Negara Endau Rompin, terletak di sempadan Johor/Pahang, merupakan taman negara yang kedua selepas Taman Negara.

Taman ini merupakan rumah yang besar bagi spesies burung, mamalia, katak, serangga dan pelbagai eksotik orkid, herba, tumbuh-tumbuhan perubatan dan pokok-pokok. Boleh dikatakan setiap kali ekspedisi saintifik kembali dari Endau Rompin, spesis baru ditemui!

Para pengembara boleh menyaksikan haiwan monyet daun, kera ekor panjang, ungka tangan-putih, gajah, rusa, tapir dan kadang-kadang harimau serta harimau bintang dengan menjejaki laluan trek yang melalui hutan. Bagi pencinta kembara dan pengembara sungai, terdapat jeram menyeronokkan dan air terjun yang luas.

Lokasi: Rompin, Pahang

Mini Zoo Teruntum

mini zoo
Imej via mykembara

Mini Zoo Teruntum merupakan salah satu tempat menarik yang boleh lawati bersama anak-anak dan keluarga. Kawasan mini zoo ini mempunyai landskap yang menarik dan amat sesuai untuk aktiviti beriadah sambil melihat haiwan yang dipamerkan.

Terdapat pelbagai haiwan yang ditempatkan di sangkar seperti burung unta, kancil, burung, buaya, arnab, burung merak, landak, seladang, pelanduk, ular, orang utan dan juga kura-kura gergasi pasti memikat hati pengunjung.

Lokasi: Jalan Padang Golf, Kuantan, Pahang

Bukit Gambang Resort City

Bukit Gambang
Imej via cuti

Mencari tempat menarik di Pahang untuk family day? Ini jawapannya. Gambang Resort City mempunyai kawasan yang agak luas dan mempunyai dua taman tema utama iaitu Gambang Water Park dan Safari Park.

Taman tema air ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Coco Beach, Wave Pool dan Lagoon. Di setiap bahagian tersebut terdapat pelbagai aktiviti yang pengunjung boleh lakukan seperti Aqua Play, Giant Piranha, Tree Top Hill, Lane Racer, Canopy Slide, Family Raft Ride, ATV Ride dan banyak lagi.

Di Safari Park pula merupakan taman safari untuk melihat haiwan yang berkeluasan 138 ekar. Sememangnya tidak rugi jika bercuti sambil berseronok di Gambang Water Park ini. Jom terjah tempat meanrik di Gambang ini.

Lokasi: Gambang, Kuantan, Pahang

Taman Tema Air Mini Kubang Gajah

Taman Tema Air Mini Kubang Gajah
Imej via explorasa

Taman Tema Air Mini Kubang Gajah merupakan kawasan yang rekreasi yang sesuai untuk dikunjungi bersama keluarga. Ia terletak di kawasan yang agak strategik iaitu di tengah Bandar Temerloh. Tiket masuk dewasa berharga RM10, manakala untuk kanak-kanak RM8.

Terdapat banyak kemudahan di taman tema ini seperti pondok berehat, tandas dan kawasan parkir yang luas. Kiosk jual makanan juga terdapat di sini. Malah taman tema ini juga berdekatan dengan masjid.

Walaupun taman tema ini tidaklah sebesar taman tema yang gah-gah seperti Sunway Lagoon ataupun Gambang Water Park, tetapi ia sudah cukup memberi keseronokan dan kepuasan bagi anak-anak untuk bermandi-manda.

Lokasi: Taman Awam Kubang Gajah, Temerloh, Pahang

Cherating

Cherating
Imej via benashaari

Cherating terletak kira-kira 45 kilometer di utara Kuantan, bersempadan Terengganu-Pahang dan berhadapan dengan laut China Selatan. Terdpat banyak resort dan chalet di tepi pantai yang tersedia di sini. Malah, terdapat hotel dan chalet bertaraf dunia, termasuk Club Med yang terkenal di dunia di Cherating.

Antara tempat menarik yang anda boleh lawati di Cherating adalah Pusat Penerangan dan Santuari Penyu Cherating. Anda juga boleh ke Sungai Cherating untuk melihat keindahan cahaya kelip-kelip pada waktu malam.

Lokasi: Cherating, Kuantan, Pahang

Pulau Tioman

Pulau Tioman
Imej via tempatmenarik

Pulau Tioman memiliki status sebagai salah satu daripada pulau yang paling indah di dunia. Ia mampu memberikan anda panoramana keindahan pulau yang cantik memukau.

Pulau ini terkenal dalam kalangan mereka yang suka menyelam. Selain daripada aktiviti menyelam skuba, banyak lagi aktiviti yang lain boleh anda rancang untuk lakukan seperti meneroka hutan di mana tersedianya trek-trek untuk dilalui, dengan laluan yang terpendek adalah berkepanjangan 2 km dan yang terpanjang adalah 8 km. Anda juga boleh melawati air terjun-air terjun yang terdapat di sini dan mendaki gunung.

Tempat yang menjadi tumpuan ramai untuk dikunjungi ialah Kampung Salang. Antara resort yang popular di Kampung Salang adalah Salang Pusaka Resort, Salang Sayang Resort & Salang Indah Tioman. Kebanyakkan resort diusahakan oleh penduduk Kampung Salang sendiri.

Lokasi: Pulau Tioman, Rompin, Pahang

Hutan Simpan Lentang

Imej via [ Hutan simpan lentang]

Mereka yang merupakan pencinta alam sekitar anda boleh datang ke hutan simpan lentang untuk melihat pelbagai keindahan alam semulajadi. Apabila anda sampai ke sana anda akan merasakan satu ketenangan yang membolehkan anda semua hilang segala tekanan di tempat kerja. Jangan lepaskan peluang ini.

Taman Ekstrem Bilut (Bilut Extreme Park)

Imej Via [ Taman Ekstrem Bilut]

Tempat menarik yang seterusnya ialah Taman Ekstrem Bilut meruapakan satu tempat amat popular dalam kalangan masyarakat. Hal ini kerana anda dapat melakukan pelbagai aktiviti ekstrem bersama kawan-kawan mahupun keluarga bagi meluangkan masa pada hujung minggu sekaligus menghilangkan segala tekanan yang bermain dalam fikiran.

 Kolam Air Panas Bentong

Imej via[ Kolam air panas bentong]

Kolam air panas Bentong juga merupakan salah satu tempat menarik di Pahang serta sering dikunjungi oleh masyarakat di luar sana apabila mempunyai masa lapang. Aktiviti yang dapat dilakukan ialah mandi -manda serta dapat belajar berenang bersama kawan mahupun keluarga. Aktiviti tersebut dapat memberikan kesan positif kepada masyarakat iaitu dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain.

Bukit Panorama

Imej Via[ Bukit Panorama]

Akhir sekali, tempat menarik di Pahang ialah bukit panorama. Bukit panorama merupakan satu tempat yang sering dikunjungi oleh masyarakat apabila mempunyai masa lapang bersama kawan-kawan atau keluarga. Oleh itu, mereka yang suka mendaki pada hujung minggu , anda boleh memilih bukit panorama sebagai pilihan terbaik.

Bagaimana dengan artikel berkenaan tempat menarik di Pahang yang dikongsikan? Anda dapat manfaat? Jangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel lain untuk anda baca iaitu:

Penulis: ilya

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.