Anda teringin nak pergi ke Jepun tapi belum pasti bandar mana yang ingin anda kunjungi? Apa kata kami cadangkan anda pergi ke Osaka. Bandarnya sangat menarik dan terdapat pelbagai pusat tarikan pelancong di sana. Jom kami kongsikan tempat menarik di Osaka, Jepun.

tempat menarik di osaka

Sumber Gambar: Flightsunited

1. Universal Studio Jepun

Universal Studio Jepun merupakan taman tema yang sangat seronok dan sesuai dikunjungi bersama keluarga. Ia adalah taman tema universal studio yang pertama di asia. Ia dibuka pada tahun 2001 di Osaka Bay Area. Terdapat 8 seksyen di sini iaitu: Hollywood, New York, San Francisco, Jurassic Park, Waterworld, Amity Village, Universal Wonderland, dan The Wizarding World of Harry Potter. Dengan keluasan 39 hektar, pastinya anda sekeluarga akan terhibur di sini.

tempat menarik di osaka

Sumber Gambar: Hulutrip

2. Istana Osaka ( Osakajo )

Pembinaan Istana Osaka bermula pada tahun 1583 di atas tapak lama Istana Ishiyama Honganji yang telah dimusnahkan oleh Oda Nobunaga 13 tahun sebelumnya. Toyotomi Hideyoshi membina istana ini dengan harapan supaya ia menjadi pusat pentadbiran Jepun baru dibawah pentadbirannya. Istana Osaka adalah istana terbesar di Jepun semasa ianya dibina. Walau bagaimana pun, setelah kematiannya beberapa tahun kemudian, tentera Tokugawa menyerang dan memusnahkan istana tersebut. Pada tahun 1660 an, Tokugawa Hidedata membina semula istana ini namun menara utamanya disambar kilat dan musnah terbakar pada tahun 1665.

Pada tahun 1932, istana ini dibina semula dan kekal berdiri megah selepas peperangan dunia kedua. Pada tahun 1997 ianya dibaiki semula dan dijadikan sebagai muzium Toyotomi Hideyoshi.

tempat menarik di osaka

Sumber Gambar: Clipjepang

3. Osaka Akuarium

Terletak di Kampung Perlabuhan Tempozan di teluk Osaka, Osaka Akuarium merupakan pusat akuarium Jepun yang paling hebat dan menarik. Ia mempamirkan hidupan laut yang hidup di Pasific Rim. Hidupan marin dipamerkan dalam 15 tangki yang mewakili kawasan-kawasan di Pasific Rim. Anda pasti terpesona.

tempat menarik di osaka

Sumber Gambar: Pinterest

4. Minami ( Namba )

Terletak berdekatan Stesyen Namba, Minami merupakan salah satu pusat bandar utama di Osaka. Ia merupakan pusat hiburan utama yang menawarkan pusat membeli-belah dan syurga makanan buat anda. Anda boleh masuk ke bandar ini dengan menggunakan 3 jenis keretapi atau 3 jenis keretapi bawah tanah. Pilih sahaja kenderaan mana yang menjadi pilihan anda.

tempat menarik di osaka

Sumber Gambar: Japanguide

5. Pesta Tenjin ( Tenjin Matsuri )

Ia tersenarai sebagai salah satu festival yang berada dalam top 3 perayaan di Jepun. Dua lagi perayaan yang berada dalam senarai 3 teratas ialah Gion Matsuri di Kyoto dan Kanda Matsuri di Tokyo. Festival ini bermula pada abad kesepuluh dan diadakan setiap tahun pada tarikh 24 dan 25 Julai. Perayaan diadakan di daratan juga di sungai dan diakhiri dengan letupan bunga api yang meriah.

tempat menarik di osaka

Sumber Gambar: Jpninfo

6. Sumiyoshi Taisha ( Sumiyoshi Grand Shrine )

Sumiyoshi Taisha merupakan salah satu daripada kuil yang tertua di Jepun. Ia diasaskan pada abad ketiga sebelum kemunculan agama Budha. Senibinanya adalah berasaskan senibina unik yang digelar Sumiyoshi-Zukuri dan bebas dari sebarang pengaruh seninina asia.Dewa di kuil ini melindungi para pelancong, nelayan dan pelaut.

tempat menarik di osaka

Sumber Gambar: Sekaichiitravel

7. Osaka Rekishi Hakubursukan  ( Osaka Museum of History )

Ia dibuka pada tahun 2003 di dalam sebuah bangunan tinggi di sebelah NSK Osaka, berhadapan dengan Istana Osaka.Dari tingkat atas bangunan ini, anda akan melihat pemandangan terbaik Istana Osaka. Muzium sejarah ini menceritakan sejarah bandar Osaka dari zaman dahulu kala sehingga ke zaman moden.

tempat menarik di osaka

Sumber Gambar: Japanvisitor

8. Osaka Eki ( Osaka City Station )

Stesyen keretapi yang besar ini pastinya memukau anda. Ianya telah melalui kerja pembaik-pulihan pada tahun 2011 dan kini dinobatkan sebagai salah satu daripada stesyen keretapi tercantik di Jepun.

9. Ōsaka Shiritsu Kagakukan ( Osaka Science Museum )

Muzium sains ini terletak di Pulau Nakanoshima dan terdiri daripada 4 tingkat yang sangat menarik. Terdapat pameran bertemakan alam semesta, kimia, elektrik dan janakuasa. Pertunjukan sains diadakan 3 kali sehari dalam bahasa jepun.

tempat menarik di osaka

Sumber Gambar: Happyjappy

10. Tennoji

Apa yang menarik di Tennoji? Di sinilah letaknya bangunan tertinggi di Jepun iaitu Abeno Harukas. Di sini juga terdapat kuil Shitennoji dan Tennoji Park yang memiliki taman zoologi dan muzium seni.

tempat menarik di osaka

Sumber Gambar: Ctbuh

11. Osaka Bay Area

Ia adalah kawasan tumpuan orang ramai termasuk pelancong dalam dan luar negara. Terdapat pelbagai pusat tarikan seperti muzium, taman tema dan pusat membeli-belah. Perlabuhan domestik dan antarabangsa Osaka juga berada di sini.

tempat menarik di osaka

Sumber Gambar: Insideosaka

12. Kokuritsu Bunraku Gekijō ( National Bunraku Theatre )

Anda sukakan seni dan teater? Anda wajib singgah di sini dan menyaksikan persembahan boneka tradisonal Jepun. Teater ini mula popular pada zaman Edo apabila Bunraku yang hampir sama dengan Kabuki mula mendapat sambutan dihati masyarakat Jepun. Apa yang menarik, terdapat persembahan dalam bahasa inggeris. Jadi, tiada masalah jika anda tidak faham bahasa jepun.

tempat menarik di osaka

Sumber Gambar: Youtube

Itulah dia 12 tempat menarik yang wajib anda kunjungi di Osaka. Selamat bercuti!

Artikel Tempat Menarik Lain

Bagaimana artikel ini? Wah semuanya menarik bagi kami. Anda suka tempat menarik di Osaka yang dikongsikan? Ada tempat cadangan lain patut kami kongsikan? Selain tempat di atas, kami juga ada menulis tempat menarik yang lain. Jemput baca. Jangan lupa share dan like artikel ini ya.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.