Muar yang juga dikenali sebagai Bandar Maharani telah diisyhtiharkan sebagai Bandar Diraja pada tahun 2012. Ianya kaya dengan sejarah dan keindahan alam semulajadi. Anda sedang mencari destinasi untuk bercuti? Jom kami kongsikan 11 tempat menarik di Muar yang pasti buatkan anda tak sabar nak ke sana.

tempat menarik di muar

Sumber Gambar: Thevocket

1. Gunung Ledang

Gunung yang terkenal dengan kisah mistik Puteri Gunung Ledang ini sangat sesuai bagi mereka yang sukakan aktiviti outdoor seperti berkhemah, jungle trekking dan mendaki gunung. Air terjunnya yang indah sesuai untuk bermandi-manda sambil berkelah atau barbeku seisi keluarga.

Dengan ketinggian 1,276 meter  dari  aras laut, pendakian biasanya mengambil masa 4 – 6 jam. Kepada yang berminat untuk mendaki Gunung Ledang, anda disarankan untuk  membeli permit dan menempah pemandu arah sebelum mula mendaki.

Jika anda ingin bermalam di sini tapi tidak mahu berkhemah, anda boleh menyewa bilik di Gunung Ledang Resort.

tempat menarik di muar

Sumber Gambar: Tempatmenarik

2. Kolam Air Panas Sungai Gersik

Di antara tarikan di Muar ialah Kolam Air Panas Sungai Gersik. Kolam yang terletak berhampiran dengan Pekan Parit Jawa merupakan sebuah kolam air panas semulajadi. Kolam ini bersuhu antara 50-70 darjah Celsius dan dipercayai bagus untuk kesihatan, terutamanya yang mengalami masalah penyakit kulit.  Masuk adalah percuma.

tempat menarik di muar

Sumber Gambar: Merahsilu

3. Menara Jam Muar

Menara yang dibina berasaskan senibina inggeris lama ini terletak di Laman Maharani Padang Nyiru. Kawasan sekitarnya menjadi tumpuan penduduk sekitar untuk melepak dan meluangkan masa sambil menikmati air pancut dan melihat bangunan kedai lama yang dibina pada zaman penjajah inggeris.

tempat menarik di muar

Sumber Gambar: Diujungislam

4. Masjid Sultan Ibrahim

Masjid Sultan Ibrahim terletak berdekatan dengan muara Sungai Muar. Masjid tertua di Muar ini mula dibina pada tahun 1890-an. Pada tahun 1930, bangunan masjid baru menggantikan bangunan lama yang dirubohkan. Reka bentuk masjid yang menggabungkan elemen Barat dan Timur Tengah menjadikan masjid ini sangat unik dan cantik persis Al-Hambra  di Sepanyol.

tempat menarik di muar

Sumber Gambar: Islam.gov.my

5. Taman Tanjung Emas

Taman Tanjung Emas merupakan sebuah taman rekreasi yang terletak di muara sungai Muar. Di taman ini anda dapat melihat pemandangan laut Selat Melaka. Replika durian gergasi iaitu replika yang biasa djumpai di sekitar bandar utama di negeri Johor akan menyambut para pengunjung apabila anda tiba di taman tersebut.

Di sini terdapat sebuah medan selera yang menyajikan hidangan asam pedas yang sangat enak. Pengunjung juga dapat melakukan aktiviti riadah di sini. Taman yang bersih dan nyaman ini amat sesuai untuk aktiviti keluarga pada hujung minggu atau riadah petang.

tempat menarik di muar

Sumber Gambar: Orandableg

6. Sungai Muar River Cruise

Alang-alang anda sudah sampai di Taman Tanjung Emas, tidak salah untuk anda mencuba aktiviti boat cruising di sepanjang Sungai Muar. Pembelian tiket boleh dibuat di Jeti Tanjung Emas. Lawatan yang mengambil masa selama 45 minit hingga 1 jam ini bermula di jeti tersebut dan akan menyusuri sepanjang Sungai Muar.

Sepanjang pelayaran, pengunjung dapat melihat Bandar Muar dari pandangan yang berlainan dan lebih istimewa. Pengunjung boleh menempah tour pada waktu petang apabila matahari hampir terbenam untuk menikmati pemandangan yang lebih indah. Selain itu, bagi yang ingin melihat kelipan kunang-kunang pada waktu malam, anda juga boleh membuat tempahan tiket di tempat yang sama.

Namun begitu, ia hanya dibuka pada hari Sabtu atau Ahad sahaja.

tempat menarik di muar

Sumber Gambar: Maszull

7. Taman Tanjung Ketapang

Taman Tanjung Ketapang merupakan sebuah kawasan rekreasi yang mempunyai kawasan hutan paya bakau. Di taman ini terdapat banyak monyet dan pelbagai binatang liar lain yang tidak berbahaya kepada para pengunjung. Anda boleh bersiar-siar di dalam kawasan hutan bakau tersebut melalui landasan yang disediakan.

Taman ini juga merupakan di antara lokasi menarik untuk anda menikmati pemandangan matahari terbenam. Selain akitiviti riadah, anda  juga boleh memancing di sekitar taman ini.

tempat menarik di muar

Sumber Gambar: Investandtravel

8.Balai Polis Bukit Kepong

Kepada penggemar sejarah lama Tanah Melayu, anda boleh berkunjung ke Balai Polis Bukit Kepong. Tapak balai polis yang kini dijadikan sebagai muzium ini terkenal dengan peristiwa bersejarah yang berlaku pada 23 Februari 1950  di mana berlakunya pertempuran berdarah antara pengganas komunis dan polis tempatan yang dibantu oleh penduduk sekitar.

Tapak bersejarah ini diabadikan sebagai muzium untuk generasi muda menghayati pengorbanan nenek moyang kita yang  terdahulu. Pada 23 Februari 2017, DYMM Sultan Ibrahim Ibni Al-Marhum Sultan Iskandar telah merasmikan Galeri Darurat Bukit Kepong.

tempat menarik di muar

Sumber Gambar: Theolrascal

9. Ladang Herba Husna

Ladang yang berkeluasan lebih 1500 hektar ini mengandungi 135 jenis herba berlainan yang datang dari seluruh dunia. Ladang ini ada menjual produk seperti minuman herba teh dan  produk rempah ratus  kepada pengunjung.

Selain penjualan herba dan rempah ratus, tempat ini ada menyediakan restoran herba yang sangat istimewa. Restoran di sini menyajikan hidangan yang mengandungi herba segar dari ladang.  Apa yang istimewa, lantai restoran ini dibuat menggunakan batu kecil refleksologi untuk tujuan kesihatan.

Ladang  ini juga ada menyediakan perkhidmatan penginapan kepada para pengunjung. Anda boleh membuat pilihan sama ada mahu berkhemah atau menempah resort yang disediakan. Bagi yang ingin menjalankan aktiviti seminar atau kem motivasi, di sini juga terdapat kemudahan seperti dewan dan bilik seminar di samping pakej aktiviti melawat kawasan sekitar ladang dan aktiviti meredah hutan.

Jika anda seorang yang gemar ke spa, di sini juga ada disediakan pakej spa.

tempat menarik di muar

Sumber Gambar: Utusan

10. Pantai Leka

Pantai Leka terletak di Parit Jawa. Pantai yang merupakan kampung nelayan ini menjanjikan pemandangan yang amat cantik terutamanya ketika matahari terbenam. Pantai Leka  juga merupakan kawasan perlindungan burung berhijrah. Di sini merupakan syurga kepada anda yang suka mengambil gambar.  Berdekatan Pantai Leka terdapat kawasan hutan paya bakau yang kaya dengan hidupan liar.

Jiika anda lapar setelah penat seharian berjalan, anda boleh menikmati hidangan asam pedas di medan selera di sini sambil menikmati bayu laut dan pemandangan Selat Melaka.

tempat menarik di muar

Sumber Gambar: Artman2007

11. Jambatan Sultan Ismail

Jambatan  yang menghubungkan Tanjung Agas dan Bandar Maharani Muar ini mula dibuka untuk kegunaan orang awam pada 1967. Dirasmikan oleh Almarhum Sultan Sir Ismail Al-Khalidi ibni Almarhum Sultan Sir Ibrahim Al-Masyhur, jambatan ini merupakan kawasan tumpuan penduduk tempatan untuk memancing.

tempat menarik di muar

Sumber Gambar: Orendableg

Itulah dia 11 tempat menarik di  Muar yang ingin kami kongsikan dengan anda. Tertarik dengan keunikan Bandar Muar? Jom kita bercuti ke sana.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.