Tahukah anda, terdapat banyak destinasi pelancongan yang hebat di Mersing, Johor? Istimewa untuk anda, kali ini kami akan kongsikan 11 tempat menarik di Mersing yang pasti buatkan anda terpesona.

tempat menarik di mersing

Sumber Gambar: Myoutdoor

1. Taman Negara Endau-Rompin

Taman Negara Endau-Rompin yang terletak bersempadan dengan negeri Pahang merupakan taman negara yang luas dengan keluasan sekitar 80,000 hektar.  Di hutan ini terdapat spesies orkid, herba dan pokok-pokok yang jarang ditemui di kawasan lain. Kekayaan flora dan fauna unik inilah yang menjadikan Taman Negara Endau-Rompin lokasi kegemaran ramai pelancong dari dalam dan luar negara.

tempat menarik di mersing

Sumber Gambar: Mariefranceasia

2. Pulau Dayang

Pulau Dayang adalah destinasi kegemaran para penyelam skuba.  Sambil menyelam di sekitar pulau ini, anda dapat menikmati panorama yang sungguh menakjubkan dari air laut yang jernih. Pada waktu malam anda boleh menikmati bintang-bintang berkerlipan yang bertaburan di langit. Kedudukan pulau yang jauh dari kota membuatkan cahaya bintang kelihatan sangat jelas pada waktu malam. Di waktu pagi pula, jangan lepaskan peluang untuk melihat keindahan matahari terbit dari sekitar jeti pulau ini.

tempat menarik di mersing

Sumber Gambar: Kosmo

3. Hutan Lipur Gunung Arong

Bagi anda yang beranak kecil, Hutan Lipur Gunung Arong sangat sesuai untuk anda. Trek pendakiannya agak mudah. Pemandangan yang menanti di puncak juga sungguh mengasyikkan. Setelah penat mendaki, anda sekeluarga boleh bersantai di kawasan pantai yang berdekatan.

Jika anda datang ke pantai pada waktu air surut, anda dapat merentasi air ini untuk ke pulau yang terdekat dengannya iaitu Pulau Mawar  sambil keindahan hidupan di dalam  seperti batu-batu karang, ikan, dan tapak sulaiman.

tempat menarik di mersing

Sumber Gambar: Travelledpaths

4. Hutan Lipur Gunung Berlumut

Hutan Lipur Gunung Belumut merupakan hutan dipterokarpa bukit yang bertempat di Hutan Simpan Kluang. Untuk pengetahuan anda, Gunung Berlumut merupakan gunung yang tertinggi di dalam Daerah Kluang dengan ketinggian 1010 meter dari aras laut.

Di sini terdapat air terjun yang indah serta air sungai yang mengalir segar dari gunung. Di samping itu, anda juga dapat melihat sendiri spesies orkid yang terkenal di sini iaitu Orkid Selipar (Paphiopedilum barbatum).

tempat menarik di mersing

Sumber Gambar: Utusan

5. Pulau Tinggi

Beratus tahun dahulu Pulau Tinggi pernah digelar oleh pelayar-pelayar dari China sebagai Pulau Topi Jeneral kerana bentuk sebuah gunung di pulau ini iaitu Gunung Semudu yang kelihatan seperti topi. Gunung ini adalah yang tertinggi di pulau ini dengan ketinggian sekitar 2000 kaki dari aras laut. Inilah sebabnya kenapa ia dinamakan Pulau Tinggi.

Pulau yang indah ini dikelilingi oleh air jernih yang membiru dan dihiasi dengan batu karang yang berwarna-warni. Di pulau ini juga terdapat banyak penyu.

tempat menarik di mersing

Sumber Gambar: Sgmytaxi

6. Pulau Pemanggil

Pulau Pemanggil terletak agak jauh dari kawasan daratan Mersing dengan perjalanan sekitar 4 ke 5 jam menaiki bot. Ianya sangat terkenal di kalangan kaki pancing.  Di antara ikan yang mudah didapati di sini adalah ikan marlin, ikan pari dan ikan tuna.Pada bulan Ogos ke September pula pulau ini dipenuhi sotong dan musim mencandat sotong pun bermula. Keindahan pulau ini tiada tandingan.

tempat menarik di mersing

Sumber Gambar: Booking.com

7. Pulau Aur

Ia terletak  400 meter dari Pulau Dayang dan mengambil masa empat jam setengah untuk sampai ke sini melalui bot. Walaupun memakan masa yang lama untuk sampai, perjalanan terasa sangat berbaloi apabila anda menjejakkan kaki ke tanah syurga tropika ini  di mana air di sekitarnya jernih bak kristal yang menampakkan hidupan laut yang cukup indah. Antara hidupan laut yang sering  dilihat di sini adalah ikan pari dan baracuda.

Sekiranya anda ingin melawat pulau ini, waktu yang terbaik adalah antara bulan April – Oktober waktu dimana air laut lebih tenang dengan permukaan air yang sangat jernih.

tempat menarik di mersing

Sumber Gambar: 1dasia

8. Pulau Rawa

Terletak 16 km dari Mersing, pulau ini memiliki kawasan pantai dengan pasir yang putih bersih. Dengan dasar laut yang indah, Pulau Rawa merupakan destinasi yang sering dilawati untuk aktiviti snorkeling.

Pulau ini mempunyai hutan yang agak tebal dan sesuai untuk anda yang sukakan aktiviti trekking. Di sini ada disediakan laluan dengan 270 anak tangga untuk ke puncak di timur pulau.

tenpat menarik di mersing

Sumber Gambar: Automachi

9. Pulau Tengah

Pulau ini mempunyai bentuk geografi yang agak unik. Pembentukan batu tajam dan halus yang terdapat di sekitarnya menjadikan pemandangan di sekitar pulau ini begitu cantik. Selain berfotografi, aktiviti lain yang boleh dilakukan di sini adalah jungle walk dan menyelam skuba.

tempat menarik di mersing

Sumber Gambar: Mingguanwanita

10. Pulau Sibu

Pulau Sibu ini  terdiri daripada 4 buah pulau iaitu Pulau Sibu Hujung, Pulau Sibu Tengah, Pulau Sibu Besar dan Pulau Sibu Kukus. Pulau Sibu Tengah adalah yang paling terkenal di kalangan para pelancong kerana fasilitinya yang cukup lengkap dan kewujudan  penginapan yang menarik.

Di antara aktiviti yang boleh dilakukan di pulau ini adalah banana-boating, bermain jetski, bermain bola pantai dan sudah semestinya menyelam skuba. Secara rawaknya, terdapat dalam 30 lokasi menarik untuk menyelam skuba di sekitar keseluruhan Pulau Sibu.

tempat menarik di mersing

Sumber Gambar: Journeymalaysia

11. Pulau Hujung

Jika anda jenis  sukakan privasi, Pulau Hujung adalah destinasi yang sesuai untuk  anda. Sebuah pulau yang kurang dilawati dan alam semula jadinya terpelihara dengan baik sekali. Kejernihan air menjadikan ia sebuah lokasi yang menarik untuk anda bersnorkeling menikmati hidupan marin yang penuh warna-warni. Pasirnya juga sungguh  halus. Jika anda sudah penat beraktiviti, anda boleh menggunakan rumah kayu yang ditinggalkan di sini sebagai tempat berteduh.

tempat menarik di mersing

Sumber Gambar: Sgmytaxi

Itulah dia 11 tempat menarik di Mersing yang  ingin kami kongsikan untuk kali ini. Menarik kan?

Artikel Tempat Menarik Lain

Anda sukakan artikel tempat menarik ini. Menarik bukan Lumut? Apa yang masih kurang dan patut kami ceritakan? Jemput juga baca artikle tempat meanrik lain ya.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.