10 Tempat Menarik Di Kundasang Mesti Dilawati

Sabah terkenal dengan tempat-tempat yang menarik untuk dikunjungi. Agak sukar membuat pilihan kerana semuanya memukau. Di sini disediakan 10 lokasi menarik yang anda mesti kunjungi sekiranya berada di Kundasang:

1.Desa Cattle Dairy Farm

Dairy farm

Imej via sabahup2date

Digelar New Zealand Kecil, Desa Cattle Dairy Farm ialah ladang ternakan lembu seluas 199 hektar berlatarkan pemandangan indah Gunung Kinabalu. Lantaran itu, ia sering menjadi pilihan pengantin merakamkan memori hari bahagia mereka. Ladang ini mengeluarkan kira-kira 900,000 liter susu. Pengunjung yang datang dapat merasai pengalaman memberi minum susu kepada anak lembu, memberi makan kepada kambing, melihat pemprosesan susu selain merasai kelazatan produk keluaran mereka seperti aiskrim.

Harga Tiket: RM5 (dewasa), RM4 (Kanak-kanak), RM106-RM2120 (fotografi perkahwinan dan set lakonan)

Alamat: 89308 Kundasang, Sabah

Waktu Operasi: 8am-5pm setiap hari.

2. Gerai Sayur dan Buah

Gerai sayur

Imej via infosantai

Sebelum meneruskan perjalanan, eloklah berhenti seketika membeli buah-buahan dan sayur-sayuran yang berderet di sepanjang jalan. Bagi mereka yang datang dari semenanjung, bolehlah merasai buah-buahan yang sukar ditemui atau tiada di semenanjung. Selain segar, harganya juga amat berpatutan.

Alamat: AH150, Pekan Kundasang, 89308 Ranau, Sabah.

Waktu Operasi: 10am-6pm (Isnin-Jumaat), 930am-630pm (hari cuti)

3. Kinabalu National Park

Merupakan salah satu taman negara pertama di Malaysia, ia memiliki lebih 4500 spesis flora dan fauna termasuk 326 burung dan 100 spesis mamalia dan lebih 110 jenis siput darat. Inilah yang meletakkannya sebagai Pusat Kepelbagaian Tumbuhan Asia Tenggara. Ia adalah lokasi paling popular dan ramai dikunjungi pelancong dari dalam dan luar negara.

Harga Tiket: RM3

Alamat: 89300 Ranau, Sabah

4. Kundasang War Memorial

Imbas kembali sejarah peperangan semasa Perang Dunia ke 2. Ini adalah tugu peringatan buat mereka yang terkorban. 4 taman dibina iaitu The Australian Garden, The English Garden, The Borneo Garden dan Contemplation Garden and Pool.

Harga Tiket: RM2 (MyKad), RM10 (warga asing)

Alamat: 90km, Jalan Kundasang, 89300 Kundasang, Sabah

Waktu Operasi: 830am-530pm setiap hari

5. Kolam Air Panas Poring @ Poring Hot Spring

Poring Hot Springs

Imej via sabahattractionsinmalaysia

Ini merupakan lokasi popular di kalangan penduduk tempatan. Air panas yang mengandungi mineral sulfur membantu menghilangkan stress dan lenguh-lenguh badan selepas perjalanan.

Harga Tiket: RM3 (dewasa), RM1 (Kanak-kanak). Bayaran berasingan dikenakan kepada tab mandi tertutup dan kamera serta video.i

Alamat: 89300 Ranau, Sabah

Waktu Operasi: 8am-6pm setiap hari

6. Ladang Teh Sabah

Ladang Teh Sabah

Imej via nurainjenny

Jauh dari hiruk-pikuk bandar, suasana di ladang teh yang dikelilingi hutan hujan ini adalah bertaraf 5 bintang. Teh Sabah merupakan satu-satunya ladang teh organik di dunia. Pengunjung boleh mengambil udara segar di Taman Rekreasi Sapaon dan laluan ke puncak Bukit Kamunsu. Nikmati juga udara malam di sekitarnya sambil mnghirup teh terbaik dari mereka.

Harga Tiket: RM14 (lawatan berpandu ke kilang teh), RM44 (lawatan berpandu termasuk set makan tengah hari),

Alamat: KM17, Jalan Ranau/Sandakan, Kg. Nalapak, 89309 Ranau, Sabah.

Waktu Operasi: 8am-430pm setiap hari.

7. Mesilau Nature Park

Cuaca sejuknya yang mencecah 10°c pada waktu malam dan 17°c pada waktu siang membezakannya dengan kawasan sekitarnya. Maka, ia juga ditumbuhi pokok-pokok, sayur-sayuran dan bunga-bungaan yang agak berbeza daripada kebanyakan hutan hujan tropika yang lain.

Alamat: P.O Box 73, Kundasang, Ranau, Sabah

Waktu Operasi: 9am-4pm setiap hari.

8. Ranau Paragliding Park

Ranau paragliding

Imej via sabahbooking

Uji keberanian anda dengan paragliding dan saksikan keindahan Sabah dari ruang udara di saat anda sedang terbang.

Harga Tiket: RM150 (MyKad), RM200 (warga asing)

Alamat: Ranau Paragliding Park, 89308 Ranau, Sabah

9. Mesilou Highland Strawberry Farm

Mesilau Strawbery

Imej via Facebook

Jika di Semenanjung, ramai yang ke Cameron Highland bagi memetik strawberri, kini cuba pula strawberri di tanah Mesilou, Kundasang. Sebelum itu, semak maklumat di laman Facebook mereka untuk memastikan anda datang semasa strawberi sedang berbuah. Mereka juga menyediakan hotel untuk anda bermalam dan kafe untuk merasai resepi dari strawberi.

Harga Tiket: RM3 (dewasa), percuma untuk kanak-kanak.

Alamat: Kg. Mesilou, 89308 Ranau, Sabah

Waktu Operasi: 830am-5pm (Selasa-Sabtu), 830am-1230pm (Ahad)

10. Tagal Sungai Moroli (Kampung Luanti)

“Tagal” adalah perkataan yang diambil daripada bahasa Kadazan-Dusun yang bermaksud “tidak dibenarkan memancing”. Tujuannya adalah untuk menjaga ekosistem sungai agar generasi masa hadapan dapat mewarisinya. Dapatkan ‘urutan’ kaki dari ikan-ikan di sini selain menelusuri hutan dan aktiviti perkhemahan.

Harga Tiket: RM5 (dewasa), RM2 (Kanak-kanak),

RM10 (warga asing dewasa), RM10 (warga asing kanak-kanak).

Alamat: Ranau, Sandakan, Sabah

 

Selain 10 tempat di atas, lihat juga pulau-pulau dan hutan-hutan simpanan mereka jika anda mengunjungi bahagian lain di Sabah seperti Semporna. Sabah yang kaya dengan alam semulajadi yang masih dijaga rapi sentiasa tidak mengecewakan pelancong tempatan dan luar negara.

Lily Izzuan

Seorang yang simple dan berpegang pada prinsip bahawa sesuatu yang baik itu perlu dikongsi. Merupakan salah seorang penyumbang artikel di Bidadari.my. Mencari artikel yang menarik yang ada.

Pendapat Anda?

comments

Add Comment

error: Content is protected !!