Kuala Kangsar merupakan Bandar diraja. Bila sebut Kuala Kangsar pasti terbayang keunikan tembikar dan labu sayung yang banyak terdapat di sana. Tahukah anda, selain labu sayung, terdapat banyak lagi tarikan di sana. Jom kami kongsikan 11 tempat menarik di Kuala Kangsar yang tak ramai orang tahu.

tempat menarik di kuala kangsar

Sumber Gambar: Rojakdaily

1. Muzium Diraja Kuala Kangsar

Istana Kenangan Bukit Chandan lebih dikenali sebagai Muzium Diraja Kuala Kangsar. Istana ini telah dijadikan sebagai Tapak Warisan Sejarah. Istana Kenangan merupakan kediaman sementara Sultan Iskandar Shah. Mengikut sejarah, istana ini dibina tanpa sebarang paku sebaliknya menggunakan kayu dan pisang sesikat. Istana Kenangan juga dikenali sebagai Istana Kuning kerana warna cat pada dinding-dinding istana tersebut.

tempat menarik di kuala kangsar

Sumber Gambar: Dreamstime

2. Masjid Ubudiah Bukit Chandan

Alang-alang melawat Istana Kenangan Bukit Chandan, anda boleh terus melawat Masjid Ubudiah. Juga terletak di Bukit Chandan, masjid ini merupakan di antara masjid yang paling cantik di Malaysia. Senibina masjid ini mempunyai pengaruh ‘Saracenic’ iaitu Islam-India.

Masjid Ubudian Bukit Chandan dibina oleh arkitek Inggeris pada tahun 1910 semasa pemerintahan Sultan Idris Murshidul Adzam Shah I. Ia  berbentuk segi lapan dan mempunyai 4 buah menara yang tinggi. Apabila anda masuk ke dalam masjid ini, anda pasti terpesona melihat lantai dan dindingnya yang diperbuat daripada batu marmar berwarna merah dan putih. Terdapat makam diraja disebelah masjid ini.

tempat menarik di kuala kangsar

Sumber Gambar: Abuaiman

3. Galeri Sultan Azlan Shah

Galeri ini terletak di seberang jalan Masjid Ubudiah.  Ia dibina dengan tujuan untuk memberikan orang awam pengetahuan yang lebih mendalam tentang kehidupan seorang Sultan. Sebelum dijadikan sebagai galeri, ia merupakan tempat kediaman Sultan Idrus Murshidul Adzam Shah I yang memerintah sekitar tahun 1887-1916.

Di sini terdapat  barang-barang yang pernah dimiliki oleh Sultan Azlan Shah. Senireka galeri ini mempunyai pengaruh Acheh dengan penggunaan bumbung-bumbung yang berbentuk piramid. Terdapat juga  pengaruh India yang boleh dilihat dengan pembinaan dome di kedua-dua menara bangunan.

tempat menarik di kuala kangsar

Sumber Gambar: GSAS

4. Sungai Perak

Sungai Perak merupakan sungai kedua terpanjang di Semenanjung Malaysia. Sungai ini mengalir sepanjang 400km dari Hulur Perak hingga ke Bagan Datoh, Selat  Melaka. Di antara aktiviti yang boleh dilakukan di sungai ini ialah memancing, menyelam dan berenang. Terdapat perlbagai jenis ikan yang terdapat dalam sungai seperti lampam, sebarau, tilan, tongsan dan lain-lain.

Selain itu, anda juga boleh menyusuri Sungai Perak dengan bot untuk melihat pemandangan indah yang terdapat di sekeliling Sungai Perak.

tempat menarik di kuala kangsar

Sumber Gambar: Terajubintang7

5. Pekan Kuala Kangsar

Anda boleh nikmati deretan bangunan kedai lama yang terdapat di Pekan Kuala Kangsar. Jika anda hantu laksa dan cendol, jangan lupa untuk makan di sini. Laksanya memang superb.

tempat menarik di kuala kangsar

Sumber Gambar: Jomkekuale

6. Malay College Kuala Kangsar

Juga dikenali sebagai Kolej Melayu Kuala Kangsar, sekolah ini mempunyai ramai alumni yang mempunyai status yang elit seperti Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Dato’ Onn Jaafar dan Tun Abdul Razak Dato’ Hussein. Sekolah ini merupakan asrama penuh lelaki dan hanya dihadiri oleh pelajar lelaki Melayu yang mempunyai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan sekolah rendah.

Sekolah ini juga mempunyai reputasi yang tinggi dalam bidang sukan, terutamanya ragbi dan bola keranjang.

tempat menarik di kuala kangsar

Sumber Gambar: Ariff2001

7. Pavilion Tower Kuala Kangsar

Pavilion Tower Kuala Kangsar merupakan anglung tiga tingkat yang dibina pada tahun 1930 dan terletak di hadapan Malay College Kuala Kangsar. Anglung ini asalnya digunakan oleh keluarga Sultan untuk menonton permainan polo. Sekarang, ia dijadikan sebagai tempat bersejarah dan tarikan pelancong di Kuala Kangsar.

tempat menarik di kuala kangsar

Sumber Gambar: Dreamstime

8. Masjid Ihsaniah Iskandariah

Terletak di Kuala Dal, Masjid Ihsaniah Iskandariah merupakan masjid yang penuh keunikan. Dinding pada seni bina ini berasaskan anyaman buluh minyak dan masjid ini juga tidak menggunakan sebarang paku semasa pembinaannya. Ia juga mempunyai seni ukiran cantik iaitu ukiran sekumtum bunga tikam seladang sebagai hiasan dinding masjid ini.

tempat menarik di kuala kangsar

Sumber Gambar: kakisini

 

9. Pusat Pembangunan Kraftangan Perak

Pusat kraftangan ini terletak di tebing Sungai Kuala Kangsar. Anda boleh melihat hasil kraftangan dari tembikar dan membeli cenderamata untuk kenang-kenangan di sini. Selain barangan hasil tembikar, anda juga boleh membeli cenderehati dan kraftangan yang dibuat daripada mengkuang, rotan, seramik dan lain-lain.

tempat menarik di kula kangsar

Sumber Gambar: PKKM

10. Galeri Arkeologi Lembah Lenggong

Anda juga boleh melawat galeri arkeologi yang terletak di Lenggong. Galeri arkeologi ini ditubuhkan pada 1999 dan mempamerkan pelbagai artifak-artifak yang dijumpai di sekitar Lembah Lenggong seperti alat-alat batu, rangka ‘Perak Man’ dan lukisan yang dilihat di dalam gua. Anda boleh membawa anak-anak anda untuk mempelajari dan memahami dengan lebih mendalam tentang sejarah zaman Paleolitik.

tempat menarik di kuala kangsar

Sumber Gambar: Usopnani

11. Tasik Raban

Bagi anda yang sukakan alam semulajadi, jangan lepaskan peluang untuk singgag di Tasik Raban. Pemandangannya sungguh mengasyikkan. Sesuai untuk menghilangkan stress dan jika anda sukakan fotografi, anda pasti teruja dengan keindahan tasik ini. Jika anda ingin bermalam di sini, terdapat resort untuk anda.

tempat menarik di kuala kangsar

Sumber Gambar: Rakyatnet

12. Kilang Kicap Tamin

Asalnya, kilang Kicap Tamin ini diasaskan oleh seorang penduduk yang dengan modal RM10 sahaja. Hari ini, siapa yang tak kenal kicap Tamin?  Jika anda melawat kilang ini, anda akan mempelajari bagaimana proses penghasilan kicap dijalankan secara tradisional. Di situ juga terdapat bilik pameran yang mempamerkan produk-produk lain yang dihasilkan selain dari kicap iaitu sirap, sos dan lain-lain.

tempat menarik di kuala kangsar

Sumber Gambar: Orangperak

Itulah dia 12 tempat menarik di Kuala Kangsar yang ingin kami kongsikan pada kali ini. Menarik kan? Jom melancong ke sana.

Artikel Tempat Menarik Lain

Anda suka senarai yang dikongsikan di atas? Selain tempat menarik di Kuala Kangsar, kami juga menulis tempat menarik lain di Malaysia. Jemput baca. Jangan lupa untuk share dan komen ya di bawah.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.