Sabah merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia, selepas Sarawak. Terlalu banyak tempat menarik yang boleh dilawati di negeri ini. Tambahan pula, negeri ini masih kaya dengan sumber alam semula jadi malah penduduknya juga berbilang etnik dan budaya. Semestinya ia sesuatu yang unik untuk kita lihat.

Oleh sebab itu, post kali ini, kami senaraikan 20 tempat menarik di Kota Kinabalu sahaja memandangkan Kota Kinabalu merupakan ibu negeri Sabah.

Di lain masa, kami akan kongsikan tempat menarik di daerah lain pula ya. Jom kita tengok tempat-tempat menarik yang terdapat di Kota Kinabalu, Sabah.

1) Jesselton Point Waterfront

Imej via sabahtourism

Jesselton Point Waterfront merupakan salah satu tarikan utama pelancong di pusat bandar Kota Kinabalu. Selain dari pusat pengangkutan utama feri ke Taman Tunku Abdul Rahman, tempat ini mempunyai bangunan dengan binaan yang unik, pondok telefon antik, gerai-gerai tepi laut dan laluan pejalan kaki di atas air.

Sambil-sambil anda bersantai-santai dan makan di tepi laut ditiup angina sepoi-sepoi bahasa, anda juga boleh menikmati pemandangan matahari terbenam yang cantik diwaktu senja di sini.

Waktu Operasi: Setiap hari (6.00pagi – 2.00pagi)

Lokasi: Ferry Terminal, Jalan Haji Saman, 88000 Kota Kinabalu

2) Perkampungan Budaya Mari-Mari

Imej via sabahgetaway

Perkampungan Budaya Mari-Mari ini dibina dalam suasana hutan terpencil di Kionsom, Inanam, kira-kira 30 minit memandu dari Kota Kinabalu. Tempat ini wajib anda singgah untuk mengenali etnik dan budaya rakyat Sabah dengan lebih dekat. Di Perkampungan Budaya Mari-Mari, anda akan dapat melihat sendiri kepelbagaian rumah komuniti etnik Sabah, antaranya Bajau, Lundayeh, Murut dan Dusun.

Pelbagai aktiviti yang boleh anda lakukan di sini. Salah satu acara kemuncak yang dipertunjukkan kepada anda adalah permainan Trampolin atau Lansaran (trampolin kayu dan buluh) oleh masyarakat Murut.

Waktu Operasi: Setiap hari (10.00pagi – 6.00 petang)

Bayaran: RM80

Lokasi: Kionsom, Inanam, 88450 Kota Kinabalu

3) Rumah Terbalik Tamparuli

Imej via lyick81

Rumah terbalik bukan lagi suatu tarikan yang asing di Malaysia. Banyak tempat selain di Kota Kinabalu juga mempunyai rumah terbalik. Tetapi, keunikan Rumah Terbalik Tamparuli adalah beberapa hiasan dan ciri khas Sabahan yang dipamerkan di rumah ini. Selain itu, Rumah Terbalik Tamparuli juga telah dimasukkan ke dalam Malaysia Book of Records kerana seni bina yang unik ini merupakan yang pertama di Malaysia.

Tarikan terbaru di persekitaran Rumah Terbalik ialah 3D Wonders Museum. Muzium Keajaiban 3D ini bukan hanya pameran seni 3D terbesar di Malaysia Timur tetapi juga merupakan yang pertama dan memberi tumpuan kepada pendidikan orang ramai tentang kepentingan melindungi biodiversiti, ekosistem dan sumber semula jadi.

Waktu Operasi: Setiap hari (7.00pagi – 6.00petang)

Bayaran: Dewasa RM10 | Kanak-kank RM5

Lokasi: Kampung Telibong, Batu 21, Jalan Telibong, Tamparuli,

4) Signal Hill Observatory Platform

Imej via tripadvisor

Platform ini merupakan tempat yang tertinggi di Kota Kinabalu. Dari sini, anda dapat melihat pemandangan sekitar Kota Kinabalu. Kota Kinabalu sememangnya sebuah bandar yang cantik panoramanya. Anda juga boleh menyaksikan pemandangan matahari terbenam di sini.

Waktu Operasi: Setiap hari (9.00pagi – 11.00malam)

Bayaran: Percuma

Lokasi: Jalan Bukit Bendera, 88400 Kota Kinabalu

5) Cowboy Town Tuaran

Imej via ceritayna

Cowboy Town Tuaran terletak lebih kurang 40km dari bandaraya Kota Kinabalu. Ia merupakan salah satu tempat menarik yang mesti anda kunjungi apabila berada di Kota Kinabalu, Sabah. Anda disajikan dengan suasana pekan cowboy di sini. Selain itu, landskap di sini juga sangat cantic untuk anda abadikan dalam gambar sebagai kenangan.

Selain itu, Jangan lupa membawa bersama tiket pembayaran kerana ianya boleh ditebus dengan minuman teh ais di restoran berdinding buluh di sekitar tempat menarik ini.

Waktu Operasi: Setiap hari (8.00pagi – 5.00petang)

Bayaran: Dewasa RM10 | Kanak-kanak RM5

Lokasi: Jalan Shah Sabandar, Tuaran, 89200 Kota Kinabalu

6) Perdana Park

Imej via kotakinabalutravelguide

Keluasan Perdana Park ini kira-kira 18 ekar. Kawasan ini merupakan salah satu daya tarikan di Tanjung Aru, Kota Kinabalu. Di taman ini, anda boleh melihat air pancut berirama seawal pukul 7.00 malam.

Selain itu, Perdana Park juga menyediakan trek untuk berjogging, taman permainan kanak-kanak serta landskap yang cantik untuk anda bergambar di sini. Terdapat juga kemudahan lain seperti tandas awam dan kedai makan di sini.

Lokasi: Jalan Melati, Tanjung Aru, 88100 Kota Kinabalu

7) Kota Kinabalu Wetland Centre

Imej via sabahwetlands

Kota Kinabalu Wetland Centre dahulunya dikenali sebagai Kota Kinabalu City Bird Sanctuary. Tempat ini merupakan kawasan hutan bakau berkeluasan kira-kira 60 ekar. Titian sepanjang 1.5 km dibina khas untuk pengunjung bagi menikmati udara segar, melihat burung-burung dan juga binatang kecil. Terdapat hampir 80 spesis burung di sekitar kawasan paya bakau ini.

Selain itu, di sini juga terdapat menara pemerhati untuk melihat kawasan sekitar hutan bakau ini. Anda juga boleh ke bird-hide utuk meneropong dan melihat aksi burung-burung yang rare. Antara burung yang boleh didapati adalah Purple Heron dan beberapa spesies Egrets.

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (8.00pagi – 6.00petang)

Bayaran: Percuma

Lokasi: Jalan Bukit Bendera Upper, Taman Likas, 88400 Kota Kinabalu

 

8) Pasar Malam KK

Imej via banihassim

Salah satu keistimewaan yang terdapat di Sabah adalah makanan lautnya yang segar dan murah. Untuk menikmati kesegaran ketam dan udang galah dengan harga yang sangat berpatutan, anda boleh ke Pasar Malam KK. Bukan sahaja makanan, tetapi anda juga boleh shopping cenderahati di sini.

Antara pasar malam yang popular di sekitar KK adalah Pasar Malam Sinsuran, Pasar Malam Segama dan Pasar Malam Kampung Air.

Waktu Operasi: Setiap hari (6.00petang – 12.00malam)

Lokasi: Sinsuran Kompleks, 88000 Kota Kinabalu

9) Tugu Peringatan Double Six

Imej via sta

Monumen ini dibina sempena memperingati tragedi menyedihkan melibatkan Pejuang Sabah, iaitu Tun Mohd. Fuad Stephens dan 6 Menteri Sabah yang terbunuh dalam kejadian helikopter terhempas pada 6 Jun 1976. Kawasan ini bersih dan terjaga, anda boleh bergambar kenangan di sini berlatarbelakangkan monument ini.

Lokasi: Grace Garden, 88100 Kota Kinabalu

10) Menara Jam Atkinson

Imej via urangsabah

Menara Jam Atkinson ini telah siap dibina pada 20 April 1905 sempena memperingati Pegawai Daerah Jesselton di suatu ketika dahulu iaitu Mendiang Francis George Atkinson yang meninggal dunia pada umur 28 tahun disebabkan oleh Borneo Fever iaitu Malaria.

Menara setinggi 50 kaki ini sangat penting padazaman itu. Ini kerana, kedudukannya di atas bukit, menjadikan ia sebagai panduan untuk kapal berlabuh. Namun kini, teknologi semakin canggih, bangunan tinggi juga sudah banyak di Kota Kinabalu, jadi menara ini sekadar menjadi menara jam dan tumpuan pelancong kerana kisah sejarahnya.

Lokasi: Atkinson Clock Tower, 88400 Kota Kinabalu

11) Muzium Sabah

Imej via museum

Muzium Sabah merupakan tempat yang wajar anda lawati jika bercuti di Kota Kinabalu. Ini kerana, muzium ini bukan sekadar mempamerkan pelbagai artifak sejarah sahaja, tetapi juga terdapat Pusat Sains dan Teknologi, Kampung Warisan, Ethno-Botanical Garden dan Muzium Tamadun Islam.

Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (9.00pagi – 5.00 petang)

Bayaran: Dewasa RM2 | Kanak-kanak Percuma

Lokasi: Sabah Museum Complex, Jalan Muzium, 88300 Kota Kinabalu

12) Pantai Tanjung Aru

Imej via pinterest

Pantai Tanjung Aru merupakan pantai ikon bagi Kota Kinabalu. Ia terletak kira-kira 6km dari Bandar Kota Kinabalu. Pesisiran pantai ini menjadi pilihan utama orang ramai untuk beriadah, berjogging, berjalan-jalan, mandi-manda serta bersantai-santai bersama keluarga.

Namun begitu, ibubapa perlu mengawasi anak-anak mereka yang mandi di tepi pantai kerana terdapat obor-obor yang menyengat.

Lokasi: Pantai Tanjung Aru, Kota Kinabalu

13) Pulau Sapi

Imej via viator

Pulau Sapi merupakan salah satu pulau yang terdapat di di Kota Kinabalu. Pulau ini sangat diminati oleh pelancong asing kerana air lautnya yang tenang sepanjang tahun.

Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di pulau ini, antaranya snorkeling, scuba diving, parasailing, flying fox dari pula uke pulau. Bagi anda yang sukakan aktiviti lasak dan air, pastinya Pualu Sapi menjadi pilihan destinasi anda sekiranya ke Kota Kinabalu.

Lokasi: Punau Sapi, Kota Kinabalu

14) Pulau Manukan

Imej via pojiegraphy

Pulau yang terkenal di Kota Kinabalu adalah Pulau Manukan, malah pulau ini diwartakan sebagai taman laut negara.

Pulau ini mempunyai kemudahan pelancongan yang paling maju dengan terdapat 20 unit chalet, rumah kelab, dan beberapa restoran dan pusat menyelam. Kemudahan rekreasi termasuk kolam renang, padang bola sepak, bola tampar dan sepak takraw. Kemudahan infrastruktur termasuk sokongan air bersih, elektrik, penyahgaraman tumbuhan, sistem pembetungan yang tersusun, dan juga telefon awam yang menggunakan tenaga solar. Pulau ini juga dilitupi dengan tumbuh-tumbuhan tebal dan mempunyai laluan mendaki.

Lokasi: Pulau Manukan, Kota Kinabalu

15) Akuarium & Muzium Marin

Imej via sabahbooking

Akuarium & Muzium Marin merupakan sebuah platform untuk pendidikan biodiversiti, penyelidikan dan pendekatan awam dibawah kelolaan Universiti Malaysia Sabah (UMS). Ia mempunyai tiga bahagian utama iaitu: Diorama Menyelam, Pameran Akuarium dan Muzium Marin.

Tangki pameran akuarium dapat memberi anda gambaran tentang apa yang berada di dasar laut. Manakala, bahagian muzium marin pula mempamerkan spesimen flora dan fauna marin yang telah diawet. Pastinya anda akan dapat belajar banyak perkara berkenaan hidupan laut melalui lawatan ini.

 

Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (9.00pagi – 4.00petang)

Bayaran: Dewasa RM10 | Kanak-kanak RM5

Lokasi: Universiti Malaysia Sabah Borneo Marine Research Institute, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu

16) Balai Seni Lukis Sabah

Imej via wikipedia

Balai Seni Lukis Sabah ini terletak di Kota Kinabalu Sabah iaitu lebih kurang 7 km dari pusat bandar Kota Kinabalu. Bangunan Balai Seni Lukis Sabah telah dibina dengan reka bentuk dan corak kebudayaan masyarakat Sabah. Ia menempatkan kira-kira 3000 hasil lukisan dan ukiran.

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00pagi – 5.00petang)

Bayaran: Dewasa RM3 | Kanak-kanak RM1

Lokasi: 14, Jalan Shantung, 88300 Kota Kinabalu

17) North Borneo Railway

Imej via trekearth

Keretapi stim pernah menjadi salah satu pengangkutan yang terpenting di dunia. Oleh kerana perkembangan teknologi, keretapi ini tidak lagi digunakan sevara meluas, malah boleh dianggap sebagai ‘barang antik’. Di Kota Kinabalu, anda diberi peluang untuk merasai sendiri menaiki keretapi antik ini.

Keretapi North Borneo Railway adalah di bawah pengurusan Sutera Harbour Resort, tetapi anda tak perlu menginap di hotel tersebut untuk merasai pengalaman menarik ini. Cukup dengan membeli tiket dan berada di stesen mereka pada tarikh dan masa yang ditetapkan.

 

Lokasi:  Jalan Utama Sutera Harbour 88100 Kota Kinabalu

18) Masjid Bandaraya Kota Kinabalu

Imej via itc

Masjid Bandaraya Kota Kinabalu ialah masjid utama kedua yang dibina di bandar Kota Kinabalu selepas Masjid Negeri. Masjid ini terletak di persisiran pantai Likas dengan keluasan 14.83 hektar. Masjid ini boleh menampung 12,000 orang jemaah pada satu masa.

Lokasi: Jalan Teluk Likas, Kampung Likas, 88400 Kota Kinabalu

19) Taman Rama-Rama Kipandi

Imej via kinabalu-home

Sabah sangat kaya dengan flora dan fauna. Jadi, anda boleh manfaatkan percutian anda di sini untuk lebih dengan dekat alam. Taman Rama-rama Kipandi dilaporkan mempunyai lebih 100 spesis rama-rama, 1500 spesimen rama-rama. Ia juga menempatkan lebih daripada 3000 jenis kumbang yang hanya boleh ditemui di Banjaran Crocker seperti Kumbang Cyclommatus Chewi. Di sini juga turut ditanam lebih kurang 500 jenis orkid, pelbagai jenis bunga dan tumbuh-tumbuhan.

Waktu Operasi: Rabu – Ahad (9.00pagi – 4.00petang)

Bayaran: Dewasa RM10 | Kanak-kanak RM5

Lokasi: Kipandi Butterfly Park, Jalan Tambunan – Kota Kinabalu, 89500 Penampang

20) Taman Hidupan Liar Lok Kawi

Imej via cheapdestinationtraveltoday

Taman Hidupan Liar Lok Kawi terletak di Putatan, hanya kira-kira 25 km dari pusat bandar raya Kota Kinabalu. Istimewanya taman hidupan ini kerana ia ditempatkan di kawasan hutan semula jadi iaitu tempat habitat asal haiwan tersebut. Terdapat haiwan yang berasal dari Borneo seperti orang utan, monyet Belanda, gajah terkecil di dunia iaitu gajah Pygmy serta spesies Badak Sumbu Sumatera dan pelbagai lagi haiwan lain.

Waktu Operasi: Setiap hari (9.30pagi – 5.30petang)

Bayaran: Dewasa RM10 | Kanak-kanak RM5

Lokasi: 63, Jalan Penampang, 88200 Penampang

Artikel Menarik Tempat Lain

Bagaimana dengan senarai tempat menarik di Kota Kinabalu yang dikongsikan? Anda teruja?

Jangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel tempat lain untuk di lawati.

Penulis: Aniuna

Avatar

Seorang yang ingin memanfaatkan teknologi digital untuk berkongsi info dan ilmu kepada masyarakat.

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .