Cuaca Janda Baik yang sejuk dan nyaman, kehijauan yang mendamaikan, dan pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sana membuatkan ianya menjadi destinasi perlancongan pilihan ramai. Anda belum pernah pergi ke sana? Jom kami kongsikan 11 tempat menarik di Janda Baik.

tempat menarik di janda baik

Sumber Gambar: eryabysuria

1. Sungai Janda Baik

Anda boleh lakukan pelbagai aktiviti di Sungai Janda Baik. Mandi sungai, berkelah, barbeku, dan bersantai sambil menikmati airnya yang sejuk dan bersih. Seharian di sini, anda pasti takkan sedar masa yang berlalu dengan pantas. Untuk yang beranak kecil, sungai di sini sangat sesuai untuk anda kerana rata-rata sungai di sini adalah cetek dan arusnya tidak laju.

Ada pelbagai pilihan sungai mengikut citarasa anda. Nak sungai yang berbatu? Nak sungai yang landai dan cetek? Nak sungai umpama kolam kecil? Semuanya ada di sini. Selusuri sepanjang sungai dan pilih pot kegemaran anda.

tempat menarik di janda baik

Sumber Gambar: Denai

2. Kampung Janda Baik

Anda boleh nikmati keindahan Kampung Janda Baik dengan menaiki kereta, berjalan kaki atau menunggang basikal. Jika anda memilih untuk menunggang basikal, tidak perlu membawa basikal sendiri. Di sini ada disediakan basikal untuk disewa. Kami cadangkan anda selusuri keindahan Kampung Janda Baik sambil menunggang basikal untuk pengalaman yang lain dari yang lain. Anda pasti tak menyesal!

tempat menarik di janda baik

Sumber Gambar: Yasmienrahman

3. Swat Paintball Janda Baik

Anda sukakan aktiviti lasak terutamanya paintball? Di Janda Baik juga terdapat fasiliti untuk melakukan aktiviti paintball. Swat Paintball Jan Baik adalah di antara yang terkenal di sini. Kaki paintball semestinya kenal dengan Swa Paintball Janda Baik. Bukan sahaja menjadi pilihan pemain paintball tempatan, malah ia juga pemain dari liar negara juga suka bermain di sini.

Selain Swat Paintball Janda Baik, terdapat juga beberapa chalet di Janda Baik yang menyediakan gelanggang paintball, di antaranya Chalet Pak Samad. Jika Swat Paintball Janda Baik penuh, anda terus pergi ke Chalet Pak Samad dan enjoy your time! Mainlah paintball sepuasnya.

tempat menarik di janda baik

Sumber Gambar: Pakarpercutian

4. ATV Offroad Janda Baik

Selain paintball, terdapat juga aktiviti ATV offroad di Janda Baik. ATV disediakan di beberapa resort di sini dengan harga anggaran RM80 untuk trek sejauh 5 kilometer yang mengambil masa lebih kurang 45 minit sehingga satu jam. Kalau anda cuma nak merasa untuk naik ATV, boleh juga ambil pakej ATV sekeliling resort dengan harga anggaran RM30 untuk aktiviti lebih-kurang 10 minit.

terdapat banyak resort di Janda Baik yang menyediakan aktiviti ATV. Di antaranya ialah Resort Papamama. Kalau anda belum pernah melakukan aktiviti ATV, inilah masanya untuk mencuba. Bila lagi, kan?

tempat menarik di janda baik

Sumber Gambar: Atvblackpearl

5. Air Terjun Janda Baik

Selain sungai, di Janda Baik juga terdapat air terjun yang menjadi tarikan para pencinta air terjun dan alam sekitar. Airnya sangat sejuk dan jernih. Air dari bukit ini sangat bersih dan dan selamat dari sebarang pencemaran, anda boleh terus minum jika teringin nak merasa air bukit semulajadi yang fresh. Selain mandi-manda, anda juga boleh berkelah dan berbeku di sini.

Jika tak puas berkelah, anda boleh bermalam di Air Terjun Janda Baik Resort.

tempat menarik di janda baik

Sumber Gambar: Worldwidechat

6. Waterfall Trekking Janda Baik

Selain mandi-manda, berkelah dan berbarkebu di Air Terjun Janda Baik, anda juga boleh melakukan aktiviti jungle trekking di Waterfall Trekking Janda Baik. Trekking ini mengambil masa lebih kurang 40 minit. Sepanjang perjalanan anda akan menikmati keindahan pemandangan Banjaran Titiwangsa yang menakjubkan.

Jika anda berasa tak puas dengan Waterfall Trekking Janda Baik, anda boleh pilih untuk trekking ke Gunung Nuang yang akan mengambil masa lebih kurang 2 jam.

tempat menarik di janda baik

Sumber Gambar: Sailorrest

7. Cheringin Hill Janda Baik

Jika anda sukakan aktiviti menunggang kuda, jangan lepaskan peluang untuk menunggang kuda di Cheringin Hill Janda Baik. Terdapat pelbagai pilihan aktiviti menunggang kuda di sini, di antaranya ialah ‘Joy Ride’  selama 10 Minit,  ‘Trailride‘ sejauh 13 kilometer, atau  ‘Single Lesson‘ selama 40 minit.

Apa yang menariknya, kuda di sini bersaiz besar memandangkan kuda yang digunakan adalah kuda untuk aktiviti sukan polo. Menarik kan?

tempat menarik di janda baik

Sumber Gambar: Salammonash

8. Majnoon Campsite Archery

Anda sukakan aktiviti memanah? Majnoon Archery merupakan tempat yang wajib anda kunjungi jika pergi ke Janda Baik. Selain aktiviti memanah, Majnoon Campsite Archery juga menyediakan khemah untuk bermalam. Apa yang menarik, khemah di sini dibina di atas pokok, lengkap dengan powerpoint untuk mengecas handphone. Wah! Menarik sungguh kan!

tempat menarik di janda baik

Sumber Gambar: Dxshare

9. Kolam Pancing Janda Baik NQS

Bagi kaki pancing, anda boleh memancing di Kolam Pancing Janda Baik NQS yang terletak di Kampung Chemperoh, Janda Baik. Harganya pun amat berbaloi iaitu RM20 sahaja untuk 4 jam. Kalau anda belum puas memancing dan nak tambah masa, bayarannya cuma RM5 sejam. Murah sangat kan?

Memancing di sini pastinya menarik kerana cuacanya yang sejuk. Tak perlu risau anda sunburn disebabkan matahari terik. Pada malam minggu biasanya diadakan mini game, cubalah. Mana tahu kot anda bertuah.

tempat menarik di janda baik

Sumber Gambar: Thebestfishingpond

10. Centella Asiatica Resort

Buat kaki pancing, selain Kolam Pancing Janda Baik NQS, anda juga boleh mencing di Centella Asiatica Resort. Harganya cuma RM30 untuk satu hari. Ada 2 kolam pancing di sini. Haaaaa, memancinglah anda sampai puas. Berbaloi-baloi sangat harganya. Di antara spesis ikan yang ada di sini ialah jelawat. Sedap sangat ikan ni.

tempat menarik di janda baik

Sumber Gambar: Lifesharing

11. Sailor’s Rest

Sailor’s Rest menawarkan pelbagai pilihan penginapan dengan suasana yang berbeza mengikut citarasa anda. Jika anda inginkan penginapan yang simple, anda boleh memilih On-room Annex ataupun Chalet Moden, jika anda inginkan penginapan dalam suasana kampung dengan ruang balkoni yang menyajikan pemandangan taman hijau, Kampung Chalet adalah pilihannya.

Sekiranya anda ingin berumah di atas bot yang dikelilingi air yang tenang, pilih Boathouse yang ditawarkan Sailor’s Rest, dapatlah anda merasai pengalaman yang lain daripada biasa. Tak berani berumah di atas air? Anda juga boleh mendapatkan percutian unik di sini dengan cara berglamping ataupun  berglamorous camping.

Kalau anda ingin terus terjun ke dalam air tanpa perlu berjalan jauh dari penginapan, anda boleh memilih banglo yang ditawarkan kerana sungai terletak betul-betul bersebelahan dengannya.

tempat menarik di janda baik

Sumber Gambar: Sailorrest

Itulah dia 11 tempat menarik di Janda Baik yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Menarik kan?

Artikel Tempat Menarik Lain

Anda suka senarai yang dikongsikan di atas? Selain tempat menarik di Janda Baik, kami juga menulis tempat menarik lain di Malaysia. Jemput baca. Jangan lupa untuk share dan komen ya di bawah.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.