Sungai Petani juga dikenali sebagai Bandar Perindustrian Kedah. Ada ke tempat menarik kat sini? Tentulah ada. Jom kami kongsikan 13 tempat menarik di Sungai Petani yang pasti buatkan anda tak sabar nak ke sana.

1. Menara Jam Besar Sungai Petani

Kalau anda sampai ke Sungai Petani, wajib lawati menara jam ini. Didirikan pada tahun 1934, Menara Jam Besar Sungai Petani merupakan hadiah daripada seorang tauke Cina, Lim Lean Teng kepada penduduk kawasan ini untuk meraikan sambutan Jubli Perak King George V dan Queen Mary.

Yang menariknya, jam gergasi antik ini masih lagi berfungsi. Pada waktu malam, jam ini akan dilimpahi dengan cahaya lampu yang indah dan menjadi tempat untuk bersantai sambil ambil angin malam.

tempat menarik di sungai petani

Sumber Gambar: Bikesrepublic

2. The Carnivall Waterpark

Terletak di dalam Cinta Sayang Golf and Country Resort, taman tema yang berkeluasan 7 hektar ini padat dengan pelbagai tarikan menarik seperti 4 Water Coasters, Wall Climbing, Kids Area Play dan Lazy River.

Dah puas bermain air? Jangan lepaskan peluang untuk menunggang kuda yang juga merupakan salah satu aktiviti yang ditawarkan di sini. Apa salahnya buat lebih daripada 1 aktiviti cool dalam masa sehari, kan?

Bayaran Masuk:

Isnin – Khamis: Dewasa RM20, Kanak-kanak RM18

Jumaat, Sabtu & Ahad: Dewasa RM28, Kanak-kanak RM20

tempat menarik di sungai petani

Sumber Gambar: Al-madinahhomestay

3. Air Terjun Tupah

Nak sejukkan mata melihat keindahan flora dan fauna sambil menghirup udara yang segar? Bawalah keluarga anda berkelah sambil mandi-manda di Air Terjun Tupah. Terletak tidak jauh dari Pekan Semeling, air terjun ini agak mudah untuk dicari.

Ianya cukup terkenal sebagai destinasi riadah pilihan ramai penduduk tempatan terutama pada hujung minggu. Bagi pencinta fotografi, jangan lupa untuk bawa kamera.

tempat menarik di sungai petani

Sumber Gambar: Razakmerbok

4. Tapak Arkeologi Lembah Bujang

Lokasi bersejarah ini menyimpan seribu satu bukti kewujudan tamadun tertua di Asia Tenggara yang dikatakan berkemungkinan telah wujud dari abad pertama Masihi lagi. Perkataan ‘Bujang’ jika dikaji maknanya, selain bermaksud gadis dan pemuda yang belum berkahwin, di dalam bahasa Sanskrit ‘bujang’ juga bermaksud ‘ular’.

Penggunaan perkataan Ular mungkin disebabkan oleh bentuk Sungai Bujang yang  bengkang-bengkok seperti seekor ular. Di sini terdapat bukti kerajaan Hindu-Buddha purba berdasarkan daripada peninggalan sekitar 50 buah kuil yang dijumpai.

Selain itu, banyak lagi penemuan artifak lain turut dipamerkan seperti tembikar Cina, lembing keagamaan, ukiran batu, manik, seramik Parsi dan tanah liat.

Alamat: 08400 Merbok, Kedah

tempat menarik di sungai petani

Sumber Gambar: Says.com

5. Tapak Arkeologi Sungai Batu

Kurang 10 km jaraknya daripada Sungai Petani, di dalam sebuah ladang kelapa sawit tersimpannya sebuah lagi tapak yang menjadi bukti kewujudan antara tamadun tertua di negeri Jelapang Padi ini iaitu Tapak Arkeologi Sungai Batu.

Jika diputarkan masa pada sekitar 600 tahun sebelum Masihi, Tapak Arkeologi Sungai Batu ini agak meriah dengan pelbagai aktiviti perdagangan kerana merupakan kawasan daratan yang terdekat dengan laut. Apabila digali dan dikaji kawasan sekitar tapak arkeologi ini, Sungai Batu rupa-rupanya meninggalkan lebih daripada 10 binaan jeti, bangunan pentadbiran dan gudang.

Di samping itu, para pengkaji turut menemui belasan tapak peleburan besi yang dipercayai telah digunakan secara berterusan buat 2300 tahun lamanya.

tempat menarik di sungai petani

Sumber Gambar: Themalaysiantimes

6. Damai Park Resort

Damai Park Resort bukanlah sebuah resort biasa, kerana di sini anda sekeluarga dapat merasakan nikmat kehidupan di kampung dengan sepuas hati. Selain penginapan, Damai Park Resort turut memiliki dusun buah duriannya sendiri di mana anda boleh menikmati dengan sepuas hati. Makan sampai puas.

Bukan itu sahaja, ada bermacam-macam jenis penginapan yang disediakan. Kalau nak rasa pengalaman kampung yang sebenar, anda boleh booking Traditional Chalet yang cukup comel reka bentuknya dan dikelilingi oleh kehijauan pokok-pokok yang tumbuh rendang.

Teringin mandi di sungai? Anda boleh bermandi-manda di dalam sungai yang terletak  di depan resort ini. Memang best!

tempat menarik di sungai petani

Sumber Gambar: Agoda

 7. Gunung Jerai

Bagi anda yang sukakan aktiviti lasak, apa kata untuk cuti kali ini anda cuba mendaki Gunung Jerai. Untuk mendaki gunung ini, trail dari kaki hingga ke puncaknya ataupun untuk ke kawasan air terjun telah tersedia.

Kalau anda nak tahu, pada asalnya Gunung Jerai ini adalah sebuah pulau yang bernama Pulau Serai, namun disebabkan aras laut turun dengan banyak, terbentuklah gunung ini.  Terletak pada ketinggian lebih daripada 1170  meter dari paras laut, sesiapa yang berjaya menaklukinya dapat menikmati pemandangan persis lukisan.

Di puncak gunung ini, anda dapat melihat pemandangan sawah padi yang penuh dengan kehijauan seluas pandangan mata sambil menghirup udara segar.

tempat menarik di sungai petani

Sumber Gambar: Teamvistapenang

8. Dataran Zero Kilometer

Tercari-cari tempat untuk meluangkan waktu lapang apabila malam menjelma di Sungai Petani? Apa kata kalau anda pergi ke Dataran Zero Kilometer. Anda boleh luangkan masa bersama yang tersayang ataupun berjalan-jalan di sekitar sambil melihat keindahan cahaya lampu LED yang mewarnai bangunan di dataran ini.

Limpahan cahaya LED sangat menarik untuk pencinta fotografi.

tempat menarik di sungai petani

Sumber Gambar: Maisinggah

9. Masjid Sultan Muzaffar Shah

Masjid Sultan Muzaffar Shah yang terletak di Jalan Sungai Layar ini juga boleh dikatakan sebagai sebuah masjid di dalam taman kerana lokasinya yang betul-betul bersebelahan dengan Taman Jubli Perak.

Masjid indah ini terletak cukup dekat dengan kawasan pusat bandar Sungai Petani, memudahkan akses sesiapa yang ingin menunaikan solat 5 waktu. Ia juga cukup terjaga dan bersih membolehkan anda sekeluarga beribadah dengan penuh kekhusyukan.

tempat menarik di sungai petani

Sumber Gambar: Mapsights

10. Semeling Street Art

Semeling Street Art memaparkan hasil karya kreatif yang dilukiskan pada dinding-dinding di belakang deretan kedai di Jalan Raya Semeling. Dikatakan terdapat sekitar 95 buah mural termasuklah lukisan 3D yang dihasilkan pada banyak kedai-kedai dan rumah yang sudah berusia di kawasan ini.

Street Art di sini telah dihasilkan oleh pelukis dari sekitar Kedah, iaitu dari Kulim, Alor Setar dan Sungai Petani. Antara lukisan yang dapat anda jadikan background posing adalah watak-watak kartun seperti Elmo, Snoopy, Spongebob, Patrick, Doraemon, Avengers dan banyak lagi.

Selain itu, turut dihasilkan adalah mural yang menggambarkan kehidupan masyarakat Kedah dan alam semula jadi.

tempat menarik di sungai petani

Sumber Gambar: Youtube

11. KS Coins & Collectibles Antique Shop

Di sini ada bermacam barangan antik termasuklah seramik, duit lama dan lain-lain lagi yang dipamerkan  dan untuk  dijual. Nak duit lebih? Bolehlah anda mencuba nasib untuk menjual barangan antik yang anda miliki kepada pemilik kedai ini.

Peminat barang antik jangan lepaskan peluang untuk ke sini.

tempat menarik di sungai petani

Sumber Gambar: Maisinggah

12. Pantai Merdeka

Tak lengkap percutian ke Sungai Petani kalau tak singgah ke Pantai Merdeka. Di antara aktiviti menarik di sini ialah bermain layang-layang, berkayak, berkhemah, memancing, menaiki bot dan banyak lagi.

Dah puas berseronok, anda boleh makan di gerai yang menawarkan pelbagai makanan menyelerakan seperti char kuew teow, cendol, ABC, laici kang, mee ketam, mee udang dan sebagainya.

tempat menarik di sungai petani

Sumber Gambar: Twitter

13. Tajung Dawai

Tidak jauh dari Pantai Merdeka terletaknya Tanjung Dawai yang merupakan destinasi wajib dilawati bagi anda yang ingin merasa makanan laut dan pelbagai hasil laut yang segar. Di antara yang diniagakan di sini adalah ikan bilis, ikan masin, belacan dan macam-macam lagi. Keropok yang dijual di sini juga datang dalam pelbagai perisa seperti ikan, sotong dan udang.

Sudahlah banyak pilihan yang segar, harganya juga jauh lebih murah jika dibandingkan dengan tempat lain kerana terletak berdekatan kawasan pantai yang mana kebanyakan penduduknya bekerja sebagai nelayan. Memang rugi kalau tak shopping di sini.

Dah puas bershopping, anda boleh singgah di kedai makan seafood yang ada di sini.

tempat menarik di sungai petani

Sumber Gambar: Jelajahmaya

Itulah dia 13 tempat menarik di Sungai Petani yang ingin kami kongsikan pada kali ini. Selamat bercuti! Jemput juga abca artikel tempat menarik di Lumut dan tempat menarik di Pahang.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.