Singapore letaknya cuma di seberang tambak Johor. Dinobatkan sebagai negara terbersih dan paling selamat, pastinya anda tertanya-tanya kenapa ramai pelancong Malaysia suka pergi ke Kota Singa? Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan 25 tempat menarik di Singapore yang pasti buatkan anda tak sabar nak ke sana.

1. Universal Studios Singapore

Biasanya pelancong Malaysia pergi ke Singapore untuk ke sini. Di antara yang menarik di sini adalah roller coaster Revenge of the Mummy  Sesame Street Spaghetti Space Chase, Transformer the Ride 3D, roller coaster mini Enchanted Airways, Madagascar: A Crate Adventure, Jurassic Park Rapids Adventure dan banyak lagi.

Untuk pengetahuan anda,  roller coaster Battle Star Galactica yang terdapat di Universal Studios Singapore merupakan roller coaster yang tertinggi di dunia. Anda yang sukakan perkara ekstrem, jangan lepaskan peluang untuk bermain roller coaster ini.

Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00am – 6.00pm)

Bayaran Masuk: Dewasa 13 – 59 Tahun S$76 (Anggaran RM236.35)| Kanak-kanak 4 – 12 Tahun S$56 (Anggaran RM174.15) | Warga Emas 60 Tahun & Ke Atas S$38 (Anggaran RM118.17)

tempat menarik di singapore

Sumber Gambar: Lokopoko

2. Menara Merlion

Mercu tanda Singapore. Menara Merlion yang berketinggian 37 meter ini adalah lokasi wajib untuk anda lawati jika sampai ke Singapore. Anda boleh naik ke bahagian mulut menara ini menggunakan lif yang disediakan. Dari sini, anda akan disajikan dengan pemandangan Pulau Sentosa dalam 360 darjah.

Dah puas bergambar di sini jangan lupa masukkan tiket masuk anda ke dalam salah satu patung emas Merlion yang terdapat di menara ini untuk mendapatkan ‘prosperity coin’ yang dihasilkan secara yang ekslusif.

Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00am – 8.00pm)

Bayaran Masuk: Dewasa S$12 (Anggaran RM37.31)| Kanak-kanak & Warga Emas S$9 (Anggaran RM27.98)

tempat menarik di singapore

Sumber Gambar: Liburan

3. Jurong Bird Park

Bagi anak-anak kecil, melihat haiwan yang terbang tinggi dengan lebih dekat ini pasti akan menjadi memori yang indah dan menyeronokkan bagi mereka. Bukan sikit burung yang ada di sini, tapi 8000 ekor burung daripada 600 spesies burung yang boleh anda lihat di Jurong Bird Park. Burung-burung yang terdapat di sini didatangkan dari pelbagai negara di Asia Tenggara, Eropah, Amerika Selatan hinggalah ke Afrika, senang cerita, hampir seluruh pelusuk dunia.

Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Jurong Bird Park adalah memberi burung-burung makan, termasuklah burung penguin yang ada di sini. Selain itu, kalau anak-anak anda memang betul-betul minat dengan burung, mereka boleh menyertai aktiviti camping bersama penguin dan burung-burung lain, nak tahu bila aktiviti ini diadakan, anda boleh mendapatkan maklumat tambahan dari pihak taman burung ini.

Waktu Operasi: Setiap Hari (8.30am – 6.00pm)

tempat menarik di singapore

Sumber Gambar: Planetrovers

4. Madame Tussauds Singapore

Nak jumpa orang-orang terkenal dan terhormat? Di Madame Tussauds impian anda akan menjadi kenyataan. Di antara yang boleh anda temui di sini adalah Madonna, Michael Jackson, Taylor Swift, Angelina Jolie, Leonardo Dicaprio dan ramai lagi. Di sini anda berpeluang bergambar dengan patung-patung yang dibuat daripada lilin.

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (10.00am – 7.30pm) | Sabtu, Ahad & Cuti Umum (10.00am – 9.00pm)

Bayaran Masuk: Dewasa S$39 (Anggaran RM121.26) | Kanak-kanak 3 – 12 Tahun S$29 (Anggaran RM90.17)

tempat menarik di singapore

Sumber Gambar: Zeenews

5. Orchard Road

Orchard Road telah menjadi tempat berjual beli sejak dari tahun 1850 lagi. Pada masa dulu yang ada di sini hanyalah gerai-gerai yang menjual makanan-makanan dan barangan basah di samping terletaknya kuil dan makam. Namun setelah lebih dari seabad berlalu Orchard Road telah menjadi sebuah kawasan yang membangun dengan pusat membeli-belah terkenal, tempat penginapan, galeri seni dan bermacam lagi yang menjadi tarikan pelancong.

Nak makan di sini anda tak perlu susah-susah nak cari, memang banyak restoran yang ada di sini, nak makan apa? Western? Tempatan? Semuanya ada.

Nak yang mewah? Simple? Tanya selera. Kalau tak nak keluarkan duit, anda nak berjalan-jalan melihat kawasan sekitar je pun boleh, ada banyak pokok-pokok angsana yang menjadi bumbung dari panahan matahari sepanjang ruangan pejalan kaki di kawasan membeli-belah ini.

Waktu Operasi: 10.00am – 7.00pm

tempat menarik di singapore

Sumber Gambar: Visitsingapore

6. Little India

Pada sekitar tahun 1840-an kawasan Little India ini merupakan tempat aktiviti lumba kuda bagi orang-orang Eropah yang datang. Namun setelah masa berlalu, Little India telah berubah rupa sebagai sebuah destinasi yang meriah 24 jam setiap hari dengan kewujudan pusat-pusat membeli-belah Mustafa Centre dan Tekka Centre.

Bermacam barangan boleh anda jumpa di Little India ini dari barangan kemas hinggalah ke barangan elektronik, semuanya ada di sini. Nak makan tandoori? Minum teh tarik yang kaw-kaw punya? Di sinilah tempatnya.

Waktu Operasi: 24 Jam

tempat menarik di singapore

Sumber Gambar: Thehoneycombers

7. Handerson Wave Bridge

Handerson Wave Bridge mendapat namanya dari bentuk jambatannya yang seperti ombak. Sangat lain daripada yang lain.

Dari jauh lagi Wave Bridge ini sudah menarik pandangan mata kerana keunikan rekaannya. Jambatan ini juga merupakan jambatan pejalan kaki yang tertinggi di Singapura dengan ketinggian 36 meter dari darat.

Dengan  menaiki jambatan yang berkepanjangan 274 meter ini, anda bukan sahaja dapat melihat pemandangan indah kawasan pulau serta flora  dan fauna, anda juga akan dapat melawat 3 buah taman yang indah yang terdapat di Singapura iaitu Bukit Teluk Blangah, Kent Ridge Park dan Mount Faber.

Nak suasana lagi romantik kalau berjalan di sini? Datang pada waktu malam, kerana pada waktu itu akan dipasang lampu LED dengan pencahayaan yang sangat mempesonakan.

Waktu Operasi: 24 Jam

tempat menarik di singapore

Sumber Gambar: Advenport

8. Gardens By The Bay

Berkeluasan 101 hektar, Gardens by the Bay ini merupakan satu lagi tarikan alam flora yang terdapat di Singapura. Gardens by the Bay ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Bay Central Garden, Bay East Garden dan Bay South Garden.

Di sinilah juga terletaknya air terjun indoor yang tertinggi di dunia. Rasanya, kalau sekali dah masuk ke taman ini, macam tak nak keluar. Sangat cantik, lebih-lebih lagi kalau anda datang pada waktu malam sekitar 7.00pm – 9.00pm kerana pada waktu ini cahaya lampu neon akan dibuka dan mencahayai pokok-pokok yang terdapat di taman ini. Tak mampu nak diungkapkan dengan kata-kata keindahannya.

Waktu Operasi: Outdoor Gardens (Setiap Hari 5.00am – 2.00am)

tempat menarik di singapore

Sumber Gambar: Livingnomads

9. Singapore Flight Experience

Teringin menjadi juruterbang? Jom ke Singapore Flight Experience! Di sini anda dapat duduk di kerusi pilot di Flight Simulator Boeing 737. Yang bes.nya, anda boleh bawa seorang atau dua lagi orang lain untuk ke kabin. Dah masuk ke dalam kabin, anda pilih sahaja di mana anda nak mendarat.

Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00am – 10.00pm)

Bayaran Masuk: Scenic Flight 30 Mins S$130 (Anggaran RM404.20)| City Circuits 45 Mins S$160 (Anggaran RM497.47)| Multi City Flyer 60 Mins S$225 (Anggaran RM699.57)| City Flyer S$275 (Anggaran RM855.03) | Ultimate 90 Mins S$295 (Anggaran RM917.22)| Multi Ultimate 90 Mins S$325 (Anggaran RM1010.49)

tempat menarik di singapore

Sumber Gambar: Youtube

10. Singapore Science Centre

Singapore Science Centre adalah sebuah pusat sains yang memang luar biasa. Di sini terdapat 14 jenis pameran yang interaktif dan menyeronokkan untuk dilihat bersama keluarga. Antara pameran yang terdapat di sini adalah Climate Change, Genome, Living With Viruses, Magic Swing, Uniquely You, Oyr Solar System, Sound Exhibition dan banyak lagi.

Yang paling menarik di sini ialah IMAX teater 5 tingkat yang membolehkan anda merasakan pengalaman seperti berada di dalam video yang dipaparkan. Dah puas ke semua pameran yang terdapat di sini, jangan lupa untuk berseronok bersama keluarga bermain salji di Snow City. tak perlu ke luar negara, tak perlu tunggu hujung tahun, bila-bila anda nak merasa salji, datang sahaja ke sini.

Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00am – 6.00pm)

tempat menarik di singapore

Sumber Gambar: Klook

11. Pulau Ubin

Kalau anda tertanya-tanya di mana nak lari dari kesibukan kota, Pulau Ubinlah jawapannya. Memang kontra sekali kalau dibezakan kehidupan di Pulau Ubin ini dan kawasan bandar Singapura yang meriah dengan bermacam tarikan.

Di Pulau Ubin anda dapat melihat bagaimana keadaan Singapura secara keseluruhannya pada tahun 1960-an, memang klasik dan penuh ketenangan, mana tak nya, penduduk di sini pun kurang daripada 100 orang.

Di sini anda sekeluarga dapat menikmati kehidupan seperti di zaman klasik yang tak terganggu oleh kemodenan dan pembangunan, di mana flora dan fauna serta manusia hidup dalam keharmonian. Di sini anda dapat melihat pebagai jenis burung terbang dengan bebas termasuklah spesies burung yang terancam.

Sudah puas memerhati burung di pulau ni, jangan lupa singgah ke Chek Jawa Wetlands yang kaya dengan hidupan laut di dasarnya seperti sotong, tapak sulaiman dan lain-lain lagi. Pengalaman di Pulau Ubin pasti tidak dapat dilupakan anda sekeluarga.

tempat menarik di singapore

Sumber Gambar: Flickr

12. Singapore Philatelic Museum

Di Singapore Philatelic Museum, anda akan dapat melihat pameran pelbagai jenis setem yang bukan sahaja dari Singapura, malahan dari pelbagai negara lain yang wujud seawal tahun 1830-an hinggalah sekarang. Bukan itu sahaja, anda sekeluarga juga boleh mendapatkan setem yang direka sendiri di muzium ini.

Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00am – 7.00pm)

tempat menarik di singapore

Sumber Gambar: Wikipedia

13. Ferris Wheel At Singapore Flyer

Ferris Wheel di Singapore Flyer yang berketinggian 165 meter ini menempatkan kapsul-kapsul berpendingin hawa untuk 28 orang penumpang. Dari kapsul ini anda akan dapat melihat pemandangan indah 360 darjah kawasan sekitar Singapura, dan jangan terkejut kerana anda mungkin dapat melihat Malaysia juga dari kapsul ini pada hari yang jelas pemandangannya.

Apa-apa pun Ferris Wheel ini bukanlah untuk orang yang gayat. kalau anda seorang yang gayat jangan kecewa, banyak lagi aktiviti lain yang boleh dibuat di sini seperti ke Retail Terminal, Flight Simulator, Kenko Reflexology, Fish Spa, XD Theater Motion Simulator dan banyak lagi.

Waktu Operasi: Setiap Hari (8.30 am – 10.30 pm)

Bayaran Masuk: Dewasa S$33 (Anggaran RM102.60) | Kanak-kanak 3 – 12 Tahun S$21 (Anggaran RM65.29)| Warga Emas S$24 (Anggaran RM74.62)

tempat menarik di singapore

Sumber Gambar: Visit singapore

14. Singapore Zoo

Dengan keluasan 26 hektar, Singapore Zoo menempatkan lebih daripada 300 spesies mamalia, reptilia dan burung. Singapore Zoo menempatkan haiwan-haiwannya di dalam 11 zon yang berbeza seperti Reptile Garden, Fragile Forest, Wild Africa dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, anda sekeluarga juga boleh melihat pertunjukan haiwan yang sering diadakan di sini seperti Elephants at Work and Play Show, Animal Friends Show dan bermacam lagi.

Untuk memberikan pengalaman yang lagi menyeronokkan untuk anak-anak anda, anda boleh mendaftarkan mereka dengan Kidzranger Tour yang mana anak-anak yang berusia dari 5 ke 12 tahun dapat merasa pengalaman menjadi penjaga zoo dengan aktiviti seperti memberi makan dan menjaga haiwan-haiwan comel.

Waktu Operasi: Setiap Hari (8.30am – 6.00pm)

Bayaran Masuk: Dewasa S$33 (Anggaran RM102.60)| Kanak-kanak 3 – 12 Tahun S$22 (Anggaran RM68.40) | Warga Emas S$15 (Anggaran RM46.64)

tempat menarik di singapore

Sumber Gambar: Klook

15. Singapore Night Safari

Bersebelahan sahaja dengan Singapore Zoo adalah zoo untuk haiwan nokturnal yang pertama di dunia. Nokturnal adalah haiwan yang berjaga pada waktu malam tidak seperti majoriti haiwan yang lain. Di sini anda dapat melihat lebih daripada 2500 ekor haiwan daripada 130 spesies.

Kalau anda ke Singapore Night Safari ini, anda boleh memilih untuk menerokai hidupan nokturnal ini  sama ada dengan berjalan kaki ataupun dengan menaiki tram safari yang disediakan.

Bukan sikit untuk dilihat, dengan tram safari pun masa yang diambil adalah dalam 40 minit. Antara zon yang terdapat di sini adalah Himalayan Foothills, Indo Malayan Region, Asian Riverine Forest, Burmesse Hillside, Equatorial Africa, Indian Subcontinent dan Nepalese River Valley.

Waktu Operasi: Setiap Hari (7.30am – 12.00am)

Bayaran Masuk: Dewasa S$45 (Anggaran RM139.91)| Kanak-kanak 3 – 12 Tahun S$30 (Anggaran RM93.28)| Warga Emas S$18 (Anggaran RM55.97)

tempat menarik di singapore

Sumber Gambar: Singaporeguide

16. Marina Bay Sands

Marina Bay Sands dibangunkan oleh Las Vegas Sands dengan kos yang termahal di dunia iaitu S$8 bilion. Lengkap dengan hotel, 2 pusat membeli-belah, 2 teater dan lain-lain lagi.

Apa yang menarik untuk para pelancong di Marina Bay Sands ini adalah panorama sekitarnya yang sangat indah terutamanya pada waktu malam kerana kedudukannya di tepi air ditambah lagi dengan pertunjukan cahaya laser.

tempat menarik di singapore

Sumber Gambar: Wikipedia

17. Butterfly Park & Insect Kingdom

Di sini terdapat koleksi serangga terbanyak di dunia. Ada lebih daripada 3000 spesies serangga dan 1500 ekor daripada 50 jenis rama-rama yang wujud di dunia. Suasana di dalam taman ini juga sejuk dan menyegarkan.

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.30am – 7.00pm)

Bayaran Masuk: Dewasa S$16 (Anggaran RM49.75)| Kanak-kanak 3 – 12 Tahun S$10 (Anggaran RM31.09)

tempat menarik di singapore

Sumber Gambar: Cheapsingaporeattractionticket

18. Wings of Time

Wings of Time ini merupakan sebuah pertunjukan yang telah memenangi anugerah kerana kehebatan persembahan yang dihidangkan kepada penonton. Persembahan teater Wings of Time ini secara keseluruhannya menggunakan teknologi yang menggabungkan efek air pancut, muzik, video, efek api dan lampu laser. Ia sangat magikal dan unik.

Waktu Pertunjukan: Setiap Hari (7.40pm & 8.40pm)

Bayaran Masuk: Premium S$23 (Anggaran RM71.51) | Standard S$18 (Anggaran RM55.97)

tempat menarik di singapore

Sumber Gambar: Hippopass

19. Nature Walk Dragon Trail

Inginkan alam semulajadi, sila pergi ke pusat rekreasi Nature Walk Dragon Trail. Sambil berjoging di sini anda dapat mengambil udara yang segar.  Jangan terkejut pula bila anda ternampak patung naga di sini. Bukan patung gergasi naga sahaja yang ada, banyak lagi haiwan lain menjadikan ia kawasan yang seronok untuk anda bergambar sambil beriadah.

Waktu Operasi: 24 Jam

Bayaran Masuk: Percuma

tempat menarik di singapore

Sumber Gambar: Littledayout

20. Sentosa 4D Adventureland

Inginkan pengalaman yang tberbeza? Jom ke Sentosa 4D Adventureland. Antara keseronokan yang boleh anda rasai di sini adalah anda dapat bersama dengan watak lain yang ada di dalam filem fantasi Journey 2: The Mysterious Island menerokai hutan, gunung dan kawasan misteri yang lain.

Selain itu, anda juga boleh merasai simulasi pergerakan roller coaster dengan aktiviti Extreme Log Ride yang membawa anda ke Himalamazon dan lain-lain lagi. Semuanya terasa begitu realistik dari segi bau, sentuhan dan pemandangan.

Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00am – 9.00pm)

Bayaran Tiket Online 4D AdventureLand  One Day Adventure Pass Unlimited : Dewasa S$35 (Anggaran RM108.82) | Kanak-kanak S$24.20 (Anggaran RM75.24)

tempat menarik di singapore

Sumber Gambar: Klook

21. Sentosa Skyride & Luge

Satu bayaran untuk dua aktiviti yang seronok iaitu skyride dan luge. Apabila menaiki skyride untuk mendaki bukit di Pulau Sentosa, anda dapat menikmati pemandangan yang indah pulau ini. Bila sampai ke puncak pula anda boleh menggunakan luge yang disediakan untuk turun melalui Dragon Trail yang berkepanjangan 688 meter.

Pengalaman di Sentosa Skyride Luge ini lagi menyeronokkan pada waktu malam dimana anda dapat melihat cahaya lampu yang berkelipan dengan begitu indah dari kawasan ini.

Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00am – 9.30pm)

Bayaran Tiket Kombo 2 Luge & Skyrides: S$23 (Anggaran RM71.51)

tempat menarik di singapore

Sumber Gambar: Flickr

22. National Gallery Singapore

Ini merupakan antara yang terbaru di Singapura. Menempatkan pelbagai karya seni yang dikumpulkan dari Asia Tenggara dan Singapura. Karya-karya yang terdapat di sini dihasilkan dari abad ke-19 hinggalah ke zaman moden.

Lebih daripada 8000 karya seni yang dipamerkan membuatkan ia salah satu daripada galeri pengumpulan karya yang terbesar di dunia. Kalau anda ke bahagian atas bumbung galeri ini pula, terdapat restoran yang menawarkan pemandangan indah kawasan sekeliling galeri.

Waktu Operasi: Ahad – Khamis & Cuti Umum (10.00am – 7.00pm) | Jumaat, Sabtu, Sehari Sebelum Cuti Umum (10.00am – 10.00pm)

Bayaran Masuk: Dewasa S$20 (Anggaran RM62.18)| Kanak-kanak 7-12 Tahun, Warga Emas, Pelajar S$15 (Anggaran RM46.64)

tempat menarik di singapore

Sumber Gambar: Theculturetrip

23. Sentosa Adventure Park

Perhatian kepada pencinta aktiviti lasak, ini khas untuk anda! Sentosa Adventure Park dapat memberikan anda pengalaman yang memacu adrenalin anda ke langit ketujuh dengan pelbagai aktiviti lasak yang menarik.

Antara yang terdapat di sini adalah MegaZip untuk aktiviti flying fox yang terpanjang di Asia, MegaClimb, MegaWall untuk pengalaman wall climbing yang tertinggi di Singapura dan MegaJump. Anda sekeluarga pasti puas hati dengan semua aktiviti yang ditawarkan di sini, jangan fikir dua kali, kuatkan stamina dari sekarang untuk mencuba semua yang ada di sini sepuas hati!

Waktu Operasi: Setiap Hari (11.00am – 7.00pm)

Bayaran Masuk: Megazip S$45 (Anggaran RM139.91) | Megaclimb S$45 (Anggaran RM139.91)  | Megajump S$25 (Anggaran RM77.73) | Megawall S$15 (Anggaran RM46.64) | Megabounce S$15 (Anggaran RM46.64)

tempat menarik di singapore

Sumber Gambar: Sofitel

24. Chinese Garden

Seperti namanya, taman ini diinspirasikan daripada reka bentuk taman sewaktu zaman Dinasti Sung di China. Sungguh menenangkan dan tidak terganggu dengan hiruk-pikuk kota. Sebaik anda sampai ke pintu masuk Chinese Garden ini anda akan disambut oleh sepasang tugu singa yang mengawal kawasan taman seperti mana ia turut digunakan pada zaman dinasti dahulu.

Taman yang berkeluasan 13.5 hektar ini dilengkapi dengan jambatan batu yang cukup indah, rumah teh, pagoda dan taman Bonsai. Bukan itu sahaja, di sini juga terdapat Live Turtle and Tortoise Museum yang menempatkan lebih daripada 200 ekor penyu dan kura-kura yang terdiri daripada 60 spesies yang berbeza.

Percayalah, pemandangan di Chinese Garden ni memang wow!

Waktu Operasi: Setiap Hari (6.00am – 11.00pm)

Bayaran Masuk: Percuma

tempat menarik di singapore

Sumber Gambar: Visitsingapore

25. Asian Civilisations Museum

Asian Civilisations Museum merupakan sebuah muzium tiga tingkat yang menempatkan pameran budaya Asia yang  terdiri daripada budaya masyarakat Melayu, Cina, India, Dunia Islam dan Asia Tenggara. Seperti kebanyakan muzium yang terdapat di Singapura, semua pameran dilengkapi dengan teknologi moden untuk menjadikan galeri lebih interaktif bagi para pelawat.

Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (10.00am – 7.00pm) | Jumaat (10.00am – 9.00pm)

Bayaran Masuk: S$8 (Anggaran RM24.87) | Jumaat 7.00pm – 9.00pm S$4 (Anggaran RM12.44) | 5 Orang Ahli Keluarga S$24 (Anggaran RM74.62)| Pelajar & Warga Emas S$4 (Anggaran RM12.44) | Pelajar & Warga Emas Jumaat 7.00pm – 9.00pm S$2 (Anggaran RM6.22)

tempat menarik di singapore

Sumber Gambar: Todayonline

Itulah dia 25 tempat menarik di Singapore yang ingin kami kongsikan untuk anda. Jom bercuti ke Singapore!

Artikel Tempat Menarik Lain

Kami harap anda sukakan senari tempat menarik di Singapore, tidak kisalah sama ada laut di Sinagpore ataupun tempat yang lain. Selain tempat di Singapore, kami juga menulis artikel lain. Jemput baca dan jangan lupa share untuk panduan masa hadapan.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.