Selain Sydney dan Melbourne, Perth merupakan di antara bandar di Australia yang menjadi tumpuan pelancong dari Malaysia. Nak tahu apa yang best di sana? Jom kami kongsikan 13 tempat menarik di Perth yang pasti buatkan anda tak sabar nak ke sana.

1. Hyde Park

Hyde Park yang terletak di Perth ini terkenal dengan pokok-pokok hijau yang tua dan rendang.Ada juga yang mengatakan bahawa taman ini merupakan yang terindah di Perth dengan tumbuhan yang berbunga warna-warni, dan kawasan berjalan kaki di sekitar tasik.

Sambil anda dan keluarga berkelah di sekitar tasik di sini, anda boleh melihat kecomelan itik-itik dan burung yang terdapat di sini. Bukan orang dewasa je yang seronok di sini, kanak-kanak pun turut teruja melihat fauna yang ada.

tempat menarik di perth

Sumber Gambar: Wildaboutscotland

2. Avon Valley

Setibanya anda di Avon Valley, anda akan dapat melihat keindahan kawasan perkampungan yang sangat menenangkan jiwa. Lagi best kalau anda ke sini pada musim bunga, anda dapat melihat pelbagai tumbuhan dan bunga kembang mekar, bolehlah dijadikan latar belakang untuk anda bergambar.

Banyak juga aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini bersama keluarga untuk melihat pemandangan di sekitar Avon Valley dari sudut yang berbeza seperti menaiki belon udara panas, paragliding dan skydiving. Kalau dah puas memacu adrenalin, anda juga boleh membawa keluarga melawat galeri-galeri seni, kedai-kedai antik, muzium dan tarikan bersejarah yang banyak terdapat di sini.

tempat menarik di perth

Sumber Gambar: Discover

3. Hillarys Boat Harbour

Hillarys Boat Harbour adalah lokasi pilihan ramai orang untuk beraktiviti bersama keluarga. Di sinilah juga terletaknya AQWA ataupun The Aquarium of Western Australia yang menempatkan pelbagai hidupan laut yang terdapat di lautan Western Australia.

Antara tarikan lain yang terdapat di Hillarys Boat Harbour adalah penerbangan helicopter,  menaiki kapal layar atau bot, memancing, bermain gelongsor air, menyelam skuba dan banyak lagi! Tak kisahlah berapa pun usia anda, ada sahaja aktiviti yang sesuai untuk dibuat di sini.

tempat menarik di perth

Sumber Gambar: Syahidtravel

4. Aquarium of Western Australia

Tak perlu pergi menyelam, pengalaman di sini terasa seperti berada dalam air laut dalam. Melalui kaca akuarium anda dapat melihat ikan jerung, ikan pari dan banyak lagi hidupan laut yang lain dengan dekat. Bukan sikit ikan-ikan yang ada di sini sebab anda boleh melihat lebih daripada 4000 kesemuanya yang terdiri daripada 400 spesies yang berbeza.

Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00am – 5.00pm)

Bayaran: Dewasa (16 Tahun Dan Ke Atas) AUD 30 | Kanak-kanak (4-15 Tahun) AUD 18

tempat menarik di perth

Sumber Gambar: Aqwa

5. Lancelin Sand Dunes

Di sini anda dapat berseronok dengan aktiviti sandboarding. Anda cuma perlu pergi ke kawasan pasir yang lebih tinggi, kemudian berdiri di atas papan luncur ini dan meluncurlah anda sepuasnya di kawasan padang pasir ni.

Lebih kurang je seperti snowboard cuma sandboard ini boleh dikatakan versi hipster untuk aktiviti meluncur. Kalau anda tak ada board sendiri, anda boleh menyewa board dengan harga AUD 10 untuk 2 jam. Anda juga boleh menyewa basikal dengan harga AUD 50 untuk 30 minit. Apa-apa pun, jangan lupa untuk memakai pelindung mata dan sunblock!

tempat menarik di perth

Sumber Gambar: Lancelin

6. The Pinnacles

Sekitar 3 jam perjalanan dari bandar Perth, anda akan sampai ke kawasan padang pasir The Pinnacles yang mana terdapat banyak batuan besar yang unik untuk anda jadikan subjek atau latar belakang foto. Kalau anda bernasib baik, mungkin anda dapat bertembung dengan kanggaru yang menjadikan kawasan ini habitat mereka.

Sekiranya anda ke sini pada musim panas, lebih baik untuk anda datang pada awal pagi atau lewat petang untuk mengelakkan sinaran mentari yang terik. Tapi musim yang paling best untuk ke sini adalah antara bulan Ogos ke Oktober iaitu pada musim bunga untuk melihat tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sini hidup mekar.

Nasihat untuk anda sebelum ke sini, jangan lupa juga untuk membawa air minuman yang secukupnya kerana tiada air yang disediakan di sini.

tempat menarik di perth

Sumber Gambar: Backpakerdeals

7. Scitech Discovery Centre

Pusat sains di Australia yang diberi nama Scitech Discovery Centre ini tidaklah besar mana, tapi mudah untuk anda melihat anak-anak bebas bergerak menerokai alam sains dalam set-up yang  cukup interaktif dan menyeronokkan.

Cukup padat dengan lebih daripada 160 jenis pameran yang kesemuanya interaktif dan khas untuk kanak-kanak. Memang tak sempatlah kalau satu jam je kat sini. Antara yang terdapat di sini adalah simulasi taufan, permainan atau eksperimen fizik dan kejuruteraan, ruang bacaan, lego, stesen buih, kereta pintar, dan lain-lain lagi.

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (9.30am – 4.00pm) | Sabtu & Ahad (10.00am – 5.00pm)

Bayaran: Dewasa AUD 19 | Kanak-kanak AUD 12 | Kanak-kanak (Bawah 4 Tahun)

tempat menarik di perth

Sumber Gambar: Walkersdownunder

8. Freemantle Round House

Dibina pada tahun 1830, Round House merupakan bangunan yang pertama dibina di Swan River Colony. Dikatakan bahawa bangunan Freemantle Round House ini merupakan yang tertua sekali di Western Australia. Pada asalnya bangunan ini digunakan sebagai penjara bagi tahanan-tahanan penduduk asli dan penjajah sehinggalah tahun 1990. Selepas itu, ia dijadikan kuarters bagi ketua konstabel  dan keluarganya.

Namun kini ia dijadikan destinasi pelancongan sebagai penjara pertama yang dibina di Fremantle. Jika anda datang ke sini, anda boleh memasuki terowong yang terletak di bahagian bawah bangunan dan berjalan-jalan di bahagian penjara yang turut lengkap dengan foto-foto lama dan informasi berkaitan penjara di sini.

Kalau dah puas berjalan, anda boleh naik di tingkat atas bangunan untuk menikmati pemandangan indah lautan yang terletak berdekatan dengan Round House sambil menikmati bayu laut. Alang-alang dah sampai ke sini, jangan lepaskan peluang melihat meriam dibunyikan pada setiap pukul 1.00pm.

Waktu Operasi: Setiap Hari (10.30am – 3.30pm)

Bayaran: Sumbangan Ikhlas

tempat menarik di perth

Sumber Gambar: Freemantleroundhouse

9. Old Mill

Mula dibina pada tahun 1835, Old Mill merupakan tempat pemprosesan tepung sehinggalah tahun 1859. Kilang ini kemudiannya telah banyak diubah kegunaannya dari sebuah hotel, kepada tempat tinggal dan bermacam lagi. Namun pada tahun 1992, Old Mill ini telah dibaikpulih dan diletakkan di bawah penjagaan National Trust. Nak kembali ke masa silam? Jom ke sini!

Waktu Operasi: Selasa – Jumaat (10.00am – 4.00pm) | Sabtu & Ahad (1.00pm – 4.00pm) | Cuti Umum (Tutup)

Bayaran: Sumbangan Ikhlas

tempat menarik di perth

Sumber Gambar: Southperth

10. Fremantle Markets

Kalau dah sampai ke luar negara tu, mesti nak bawa pulang sesuatu untuk orang tersayang bila balik nanti kan? Jadi, jangan lupa singgah ke Fremantle Markets. Dekat sini anda boleh jumpa pelbagai barangan dari barang-barang antik, hasil kayu, barangan kulit sehinggalah ke barangan basah untuk dimasak sepanjang percutian anda di Australia ni.

Bukan itu sahaja tarikan Fremantle Markets ni ya, sebenarnya, bangunan pasar ini dibina pada tahun 1897, pada waktu ketika masih ramai orang menggunakan kereta kuda sebagai pengangkutan utama. Masih terasa aura klasik pasar ini bila anda sampai ke sana nanti.

Waktu Operasi: Jumaat (9.00am – 8.00pm) | Sabtu & Ahad (9.00am – 6.00pm) | Isnin – Khamis (Tutup)

tempat menarik di perth

Sumber Gambar: Pinterest

11. Perth Zoo

Perth Zoo yang berkeluasan 41 ekar ini telah lama dibuka, sejak 1898 lagi. Oleh sebab itu, tersangatlah banyak haiwan yang dapat dilihat di sini iaitu lebih daripada 1250 ekor haiwan yang terdiri daripada 164 spesies yang berbeza.

Perth Zoo terbahagi kepada 3 bahagian berbeza iaitu Australian Walkabout, African Savannah dan Asian Rainforest serta beberapa pameran mini yang melibatkan burung-burung dari selatan Amerika, kura-kura Galapalagos dan bermacam lagi. Ambil masa 2 atau 3 jam juga kalau anda nak habis melihat semua haiwan yang terdapat di sini, memang berbaloi dengan harga tiket yang dibayar.

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00am – 5.00pm)

Bayaran: Dewasa AUD 31 | Kanak-kanak (4-15 Tahun) AUD 15 | Warga Emas AUD 24

tempat menarik di perth

Sumber Gambar: Perthzoo

12. Penguin Island

Jaraknya hanya 45 minit perjalanan dari Perth dengan menaiki feri. Sepanjang perjalanan, anda dapat melihat singa laut dan ikan lumba-lumba yang berkeliaran di sekitar perairan. Sampai sahaja di Penguin Island anda dapat mendekati penguin-penguin yang tercomel dan terkecil di dunia.

Dah puas bermain-main dengan penguin, anda boleh menghabiskan masa di pulau ini dengan aktiviti snorkeling, berenang, berjalan-jalan untuk menikmati flora dan fauna atau bersantai sambil menikmati pemandangan di sekitar pulau yang cukup mengasyikkan.

Waktu Operasi Penguin Island Discovery Centre: Setiap Hari (10.00am- 3.30pm)

Bayaran (Penguin Island Ferry & Discovery Centre): Dewasa AUD 27 | Kanak-kanak (3 – 12 Tahun) AUD 20 | Warga Emas AUD 24

tempat menarik di perth

Sumber Gambar: Aussieperthtours

13. Fremantle Fishing Boat Harbour

Kawasan perikanan ini telah wujud sejak tahun 1919 lagi. Pemandangan di sekitar Fishing Boat Harbour ini cukup menyegarkan pandangan mata. Untuk menikmati pemandangan indah di sini, anda boleh menaiki bot atau feri yang disediakan ataupun berjalan-jalan di ruang berjalan kaki di atas papan kayu yang terdapat di sini.

Kalau dah puas menikmati keindahan panorama, jangan lupa  untuk ke The Western Australian Maritime Museum Shipwreck Galleries yang juga terletak di sini. Rugi kalau tak pergi!

tempat menarik di perth

Sumber Gambar: Mikehardisty

Itulah dia 13 tempat menarik di Perth. Menarik sungguh kan? Jom kita bercuti ke Perth!

Artikel Menarik Tempat Lain

Bagaimana dengan senarai tempat menarik di Korea yang dikongsikan? Anda teruja?

Jangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel tempat lain untuk di lawati.

Sumber: Maisinggah

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.