Melbourne merupakan ibu kota Victoria dan terletak di selatan timur Australia. Terdapat lebih daripada 4 juta penduduk di sana dan ada banyak tempat menarik untuk berjalan-jalan. Jom kami kongsikan 11 tempat menarik di Melbourne yang pasti buatkan anda tak sabar nak ke sana.

1. Sea Life Melbourne Aquarium

Pusat akuarium ini terletak di tebing Sungai Yarra. Di sini ada pelbagai hidupan laut yang berwarna-warni. Kalau anda melancong bersama keluarga, dan ada anak kecil, ini merupakan destinasi yang wajib anda lawati. Akuarium ini sangat besar dan dibahagikan kepada beberapa seksyen.

Di antaranya ialah Rainforest Adventure, Crocodile Lair, Penguin Playground, Mangroves & Rockpools, Coral Atoll, Bay of Rays, Seahorse Pier, Mermaid Garden, Shipwreck Explorer dan Ocean Discovery. Menarik kan?

tempat menarik di melbourne

Sumber Gambar: Smallideas

2. Sungai Yarra

Sungai Yarra terletak di tengah-tengah Melbourne. Ianya mempunyai sejarah tersendiri dan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan Bandar Melbourne. Di sini anda boleh menikmati keindahannya dengan bersantai di tebing sungai atau menaiki Yarra River Cruise.

Selain itu ada banyak lagi aktiviti lain di sini seperti berenang, ski air, berkayak, berkenu, memancing, dan anda boleh juga menyewa basikal di sini.

tempat menarik di melbourne

Sumber Gambar: Dreamstime

3. Melbourne Cricket Stadium

Bagi penggemar sukan kriket, tempat ini wajib untuk anda kunjungi. Stadium kriket ini berusia lebih daripada 100 tahun dan mampu memuatkan seramai 100,024 dalam satu masa. Kalau pun anda tak minat sukat kriket, anda boleh menikmati kecantikan bangunan lama yang bersejarah ini.

tempat menarik di melbourne

Sumber Gambar: Wikimapia

4. Melbourne Zoo

Australia memang terkenal dengan pelbagai spesis haiwan yang unik seperti koala, kangaroo, wombat, dingo,  platipus, panda merah dan sebagainya. Nak tengok binatang-binatang ini, jom kita pergi ke Melbourne Zoo. Di sini terdapat lebih daripada 5,120 binatang dari 320 spesis yang berbeza.

Apa yang menarik, zoo ini sudah dibuka lebih daripada 150 tahun. Memang lama tu. Ianya telah dibuka pada tahun sejak 1862 & masih beroperasi sehingga hari ini.

tempat menarik di melbourne

Sumber Gambar: Melbournebig4

5. National Gallery of Victoria

National Gallery of Victoria merupakan muzium seni yang dibina pada tahun 1861 dan menjadi muzium tertua, terbesar, dan paling banyak dilawati di Australia. Ia terletak di St Silka Road, Melbourne. Apa yang menariknya di sini?

Muzium ini dibahagikan kepada beberapa seksyen iaitu seni Asia, seni Australia, seni antarabangsa, fotografi, cetakan dan lukisan. Terdapat juga 2 pameran istimewa iaitu Melbourne Winter Masterpieces dan NGV Triennial. Kalau anda melancong ke Melbourne, jangan lupa untuk singgah di muzium ini.

tempat menarik di melbourne

Sumber Gambar: Probonoaustralia

6. Luna Park, Melbourne

Terletak di St Kilada, Taman tema Luna Park, Melbourne merupakan destinasi wajib di Melbourne. Taman tema ini mempunyai permainan yang menarik, makanan yang lazat dan perlbagai aktiviti yang pastinya membuatkan anda rasa tak puas berada di sini.

Anda boleh menaiki roller coaster & banyak lagi permainan lain seperti The Great Scenic Railway, Silly Serpent, Twin Dragon, Metropolis, mainan karnival, Holodeck, Betty Choo Choo, The Power Surge, Road Runner, Mirror Maze, Street Legal Dodgem, Spider, Sky Rider, Ghost Train, Arabian Merry, Red Baron, Coney Island Top Drop, Enterprise, Carousel, Paraoh’s Curse.

tempat menarik di melbourne

Sumber Gambar: Expedia

 7. Eureka Tower (Eureka Skydeck 88)

Nak nikmati permandangan bandar kedua terbesar di Australia dari udara? Di Eureka tower, kita dapat menyaksikan permandangan yang indah dari bangunan pencakar langit.  Di sini anda dapat menikmati pemandangan 360 ° yang menakjubkan di tengah-tengah Bandar Melbourne.

Nak lagi cantik? Anda datang ke sini pada waktu matahari terbenam atau pada waktu malam. Pemandangannya jauh lebih indah daripada waktu siang.

tempat menarik di melbourne

Sumber Gambar: Eurekaskydeck

8. Puffing Billy Railway

Teringin nak naik keretapi stim? Jom pergi ke Puffing Billy Railway. Destinasi ini memang sangat sesuai untuk anda seisi keluarga. Kalau anak anda sukakan kartun Thomas & Friends, pasti akan teruja untuk berjumpa Thomas yang sebenar. Ya! Ada keretapi Thomas di Puffing Billy Railway. Menarik sungguh kan?

Selain itu, ada juga aktiviti menarik seperti Murder Mystery Dinner on the Puffing Billy Railway danPuffing Billy Steam & Cuisine Luncheon.

tempat menarik di melbourne

Sumber Gambar: Visitdandenongranges

9. Sunny Ridge Strawberry Farm

Jika kita teringin nak makan Strawberry segar yang di petik sendiri dari ladang strawberry tempatan di Melbourne, jangan lupa singgah ke sini. Ladang Strawberry Sunny Ridge dibuka pada setiap hujung minggu untuk lawatan pengunjung.

Lokasi ini terletak lebih kurang satu jam perjalanan dari Bandar Melbourne. Nak petik strawberi sendiri pun boleh. Anak-anak pasti suka.

tempat menarik di melbourne

Sumber Gambar: Overseasattractions

10. Queen Victoria Market

Jika kita sampai ke Melbourne, tidak lengkap jika tidak shopping cenderamata di sini. Pasar klasik di Melbourne ini telah dibuka pada 1878 dan menampilkan gaya seni bina Victoria. Terdapat juga banyak cafe di sini. Ada juga  persembahan seni & kebudayaan.  Kalau di Malaysia, tempat ini lebih kurang macam Pasar Seni Kuala Lumpur.

tempat menarik di melbourne

Sumber Gambar: Pinterest

11. Royal Botanic Gardens Victoria

Taman ini telah dibina pada tahun 1845. Royal Botanic Gardens merupakan salah satu taman botani terbaik Australia. Di sini terdapat beberapa bangunan bersejarah yang telah dipelihara dengan baik. Taman ini menempatkan lebih daripada 10,000 bunga dan tumbuhan herba eksotik yang digunakan sebagai ubat tradisional untuk pelbagai penyakit.

Sejak penubuhannya, ia telah mengumpulkan lebih daripada 12,000 spesies dan lebih daripada 30,000 tumbuh-tumbuhan dan bunga dari seluruh dunia. Ambil masa lawati taman ini & lihat sendiri kepelbagaian tumbuhan yang ada di sini. Memang cantik & terjaga rapi.

tempat menarik di melbourne

Sumber Gambar: Wikimedia

Itulah dia 11 tempat menarik di Melbourne yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat untuk anda. Selamat bercuti ke Melbourne.

Artikel Menarik Tempat Lain

Bagaimana dengan senarai tempat menarik di Melbourne yang dikongsikan? Anda teruja?

Jangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel tempat lain untuk di lawati.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.