Anda belum pernah sampai ke Kota Tinggi? Tak pasti kalau ada tempat menarik di sana? Jom kami kongsikan 12 tempat menarik di Kota Tinggi yang pasti membuatkan anda tertarik nak ke sana.

1. Air Terjun Kota Tinggi

Air Terjun Kota Tinggi terletak 15 km dari Pekan Kota Tinggi. Air terjunnya yang landai menjadikan ia destinasi yang sesuai untuk seisi keluarga.

Terdapat juga gelongsor buatan manusia. Sesuai untuk anda bermandi-manda sambil berkelah dan berbabeku.

Kalau anda nak bermalam di sini, boleh sewa bilik di Air terjun Kota Tinggi Resort.

tempat menarik di kota tinggi

Sumber Gambar: Caridestinasi

2. Kelip-kelip Kota Tinggi

Anda perminat kelip-kelip? Dengan bayaran RM20 untuk sekepala, anda akan dibawa dengan bot untuk menyusuri Sungai Kota Tinggi sambil melihat kecantikan kelip-kelip.

Waktu yang paling sesuai ialah dari pukul 8 hingga 10 malam.

tempat menarik di kota tingi

Sumber Gambar: Deenamik

3. Firefly Valley Leisure Park

Jika anda malas untuk menaiki bot untuk melihat kelip-kelip, boleh juga melihat kelip-kelip dari daratan di Firefly Valley Leisure Park.

Dengan bayaran RM10 untuk sekepala, anda boleh berjalan-jalan di sekitar taman sambil melihat kelip-kelip berterbangan sambil bercahaya.

tempat menarik di kota tingi

Sumber Gambar: Kevinwoon

4. Muzium Kota Tinggi

Muzium yang dibina pada tahun 1997 ini dibuka kepada umum pada tahun 2002. Ia dibuka bagi mengimbau kembali sejarah kesultanan Johor selepas jatuhnya kesultanan Melaka kepada Portugis pada tahun 1511.

Muzium ini dibina di sini kerana kepentingan Kota Tinggi sebagai takhta kesultanan Johor Lama.

Muzium ini dibuka pada hari sabtu hingga khamis dari pukul 9 pagi hingga 4 petang. Ianya ditutup pada hari jumaat. Masuk adalah percuma.

tempat menarik di kota tingi

Sumber Gambar: Orangjohor

5. Makam Sultan Mahmud Mangkat Di Julang

Makam Sultan Mahmud Mangkat Di Julang terletak di Kampung Makam. Ia merupakan lokasi pelancongan yang paling popular di Kota Tinggi.

Makam ini menyimpam seribu satu sejarah pemerintahan kesultanan Johor Lama. Mengikut kitab hikayat Tuhfat Al-Nafis, semasa pemerintahan Sultan Mahmud II, Laksamana Bentan telah pergi memerangi lanun di perairan Johor.

Isterinya Dang Anum yang sedang mengandung telah mengambil sulas nangka yang kemudiannya dihidangkan kepada sultan menyebabkan baginda murka. Lalu Dang Anum dijatuhkan hukuman mati.

Laksamana Bentan pulang dan marah bila mengetahui isterinya telah dibunuh. Lalu di menikam Sultan Mahmud yang sedang dijulang.

tempat menarik di kota tingi

Sumber Gambar: Sayadankamerasaya

6. Hotel Canopy Tribe

Kedudukannya cuma 10 minit berjalan kaki dari Kota Tinggi. Kenapa kami masukkan Canopy Tribes dalam senarai tempat menarik di Kota Tinggi? Kerana ianya bukan seperti hotel tipikal yang biasa. Di sini anda bukannya menyewa bilik, tapi anda akan tidur di dalam khemah ( kanopi ) mewah lengkap dengan wifi, tv skrin rata dengan saluran satelit dan pemain DVD.

Keesokan paginya, anda akan dihidangkan dengan Sarapan Inggeris/Ireland . Dihantar terus ke khemah mewah anda. Hebat kan?

tempat menarik di kota tingi

Sumber Gambar: Booking.com

7. Bangunan Sultan Iskandar

Bangunan Sultan Iskandar adalah kompleks imigresen, kastam dan kuarantin (ICQ) di Johor. Terletak di Tambak Johor-Singapura, ia adalah salah satu daripada dua jalan darat masuk ke Malaysia di sempadan Malaysia-Singapura.

Bangunan ini dinamakan sempena Almarhum Sultan Iskandar Johor. Dibina sebagai sebahagian daripada projek Gerbang Selatan Bersepadu di bekas tapak rumah pangsa Lumba Kuda, Kampung Bukit Chagar. Bangunan ini terletak di kawasan seluas 232.237 meter persegi (2.499.780 kaki persegi), menjadikannya kompleks CIQ yang terbesar di Malaysia. Bangunan ini mula beroperasi pada 2008, menggantikan bekas Kompleks CIQ Tambak Johor Johor Bahru.

Kalau anda sampai di Kota Tinggi, jangan lupa untuk melawat bangunan ini.

tempat menarik di kota tingi

Sumber Gambar: Wikipedia

8. Hutan Lipur Panti

Terletak 9 km dari bandar Kota Tinggi melalui jalan Kota Tinggi-Mersing dan 48 km dari Bandaaya Johor Bahru. Hutan Lipur Panti terletak di dalam Hutan Simpan Panti, iaitu hutan dipterokarpa tanah pamah. Hutan lipur ini sesuai sebagai tempat berekreasi sambil menikmati keindahan alam semula jadi.

Untuk ke sini, pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau kenderaan awam seperti bas dan teksi.

Waktu operasi: Dibuka pada hari Selasa hingga hari Ahad dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Ditutup pada hari Isnin untuk penyelenggaraan.

tempat menarik di kota tingi

Sumber Gambar: Dslrku

9. Gunung Muntahak

Tempat menarik ini sesuai untuk mereka yang suka mendaki atau jungle trekking. Gunung Muntahak yang terletak di Kota Tinggi, Johor mempunyai ketinggian setinggi 713 meter (2,339 kaki). Gunung ini mempunyai banyak flora yang mempunyai nilai perubatan. Air Terjun Kota Tinggi berpunca dari gunung ini, di mana Sungai Pelepah Kanan yang membentuk air terjun tersebut mengalir turun dari Gunung ini.

Ulu Sungai Tengkil yang mengalir turun dari Gunung Muntahak mewujudkan air terjun 10 tingkat. Terdapat trek di sebelah kiri air terjun. Trek tersebut akan membawa pendaki hingga ke tingkat ke-7 air terjun. Pemandangan air terjun di tingkat ini paling cantik sekali. Air terjun yang setinggi kira-kira 30 meter turun menegak melalui permukaan seakan dinding dengan kecuraman 90 darjah.

Terdapat kolam semulajadi yang berair jernih dan sejuk di bawahnya, sesuai untuk mandi-manda. Pendakian ke puncak Gunung Muntahak akan bermula dari tingkat ke-7 air terjun. Ikut sebelah kiri air terjun, trek agak curam dan penuh dengan resam. Trek akan menjadi semakin landai apabila pendaki sampai di ketinggian 1700 kaki. Pendaki perlu mendaki dua puncak permatang sebelum tiba di puncak sebenar.

Puncak permatang yang pertama setinggi 1900 kaki, dari sini pendaki boleh melihat pemandangan di sebelah utara di satu kawasan lereng bukit yang telah runtuh. Puncak permatang yang ke-2 setinggi 2000 kaki. Dari sini ke puncak sebenar hanya kira-kira 15 minit sahaja, dimana pendaki akan menuruni lurah kemudian mendaki semula puncak yang tertinggi.

Anda nak cuba mendaki di sini?

tempat menarik di kota tingi

Sumber Gambar: N-hafizah

10. Makam Tauhid Kota Tinggi

Makam ini juga terletak di Kampung Makam. Ingat lagi kisah Sultan Mahmud Mangkat Di Julang tadi? Makam ini berkaitan dengan kisah tersebut. Papan maklumat pada makam ini menyatakan bahawa tempat ini adalah kota juga makam.

Kota Tauhid  menjadi pusat pemerintahan Empayar Johor-Riau 2 kali, iaitu pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Jalil III (1633-1677) seterusnya Sultan Abdul Jalil IV (1699-1718), dan diikuti oleh anakanda Bendahara Tun Habib yang menaiki takhta setelah kemangkatan Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.

tempat menarik di kota tingi

Sumber Gambar: Artmelayu

11. Makam Laksamana Bentan

Ingat lagi kisah Laksamana Bentan yang menikam Sultan Mahmud? Sebenarnya dia pun meninggal dunia di tempat kejadian. Sebelum Sultan mangkat, baginda sempat menikam kaki Laksamana Bentan dan menyumpah 7 keturunannya tidak boleh menjejakkan kaki ke Johor atau akan muntah darah.

Di sinilah jasad Laksamana Bentan disemadikan.

tempat menarik di kota tingi

Sumber Gambar: Orangjohor

12. Makan Bendarara Tun Habib Abdul Majid

Tun Habib Abdul Majid merupakan Bendahara ke19 dalam kesultanan Johor pada abad ke 17. Jika anda melawat Kota Tinggi, jangan lupa untuk melawat makam ini.

tempat menarik di kota tingi

Sumber Gambar: Cikgusir

Itulah dia 12 tempat menarik di Kota Tinggi yang ingin kami kongsikan kepada anda. Semoga bermanfaat!

Jemput baca artikel tempat menarik di Mersing, tempat menarik di Miri atau tempat menarik di Labuan.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.