Bila sebut Batu Pahat, apa yang terbayang di fikiran anda? Kalau kami, Batu Pahat sinonim dengan pengeluar nenas dan mee racun yang sangat sedap dan istimewa. Nak tak kalau kami kongsikan 12 tempat menarik di Batu Pahat?

tempat menarik di batu pahat

Sumber Gambar: Profhariz

1. Galeri Dato Onn Batu Pahat

Bangunan Galeri Dato’ Onn Batu Pahat yang telah dibina pada tahun 1938 ini terletak di dalam sebuah kawasan padang golf. Sebelum dijadikan galeri, bangunan yang berkeluasan 4487.50 kaki persegi ini merupakan rumah kerajaan yang didiami oleh Dato’ Onn dari tahun 1945 hingga 1947 sewaktu beliau mememang jawatan sebagai Pegawai Daerah Batu Pahat.

Pemimpin yang berjiwa rakyat ini pernah memegang banyak lagi jawatan lain di dalam kerajaan yang termasuklah Menteri Besar Johor yang ke-7.  Ingin mengikuti kisah hidup pemimpin yang banyak menyumbang kepada kemerdekaan negara ini? Jadikanlah Galeri Dato’ Onn Batu Pahat sebagai salah satu destinasi lawatan anda sekeluarga di Batu Pahat nanti.

Terdapat banyak foto berkaitan Almarhum yang menceritakan peristiwa-peristiwa penting yang pernah berlaku di dalam hidupnya. Di samping itu, galeri ini turut mempamerkan banyak barangan lain yang wujud pada zaman Dato’ Onn seperti basikal tua, senjata, tembikar, barangan perhiasan dan lain-lain lagi.

tempat menarik di batu pahat

Sumber Gambar: Tarmizipkb

2. Wet World Batu Pahat

Siapa yang tak suka bermandi-manda di taman tema? Walau pun tidak sebesar Sunway Lagoon, Wet World Batu Pahat pasti membuatkan anda sekeluarga gembira kepuasan bermain gelongsor air, kolam renang berombak, Kiddy Pool dan banyak lagi!

tempat menarik di batu pahat

Sumber Gambar: Kasihjuju

3. Dataran Penggaram (Dataran Batu Pahat)

Dataran Penggaram ataupun Dataran Batu Pahat sangat meriah pada musim cuti sekolah dan setiap hujung minggu dengan pelbagai acara seperti pameran, ceramah, persembahan kebudayaan dan banyak lagi.

tempat menarik di batu pahat

Sumber Gambar: Wikipedia

4. Tugu Batu Pahat

Tugu yang menjadi lambang Batu Pahat ini berdiri dengan megahnya di Dataran Penggaram. Tugu Batu Pahat ini memiliki rekaan yang cukup unik untuk menggambarkan nama ‘Batu Pahat’ itu sendiri dengan tangan yang tergantung dan memegang pahat.

Untuk pengetahuan anda, nama Batu Pahat dipilih berdasarkan peristiwa bersejarah yang dikatakan berlaku pada sekitar tahun 1456,  di mana tentera Siam telah datang menyerang kampung Minyak Beku yang merupakan lokasi batu yang dipahat untuk mendapatkan bekalan air bersih.

tempat menarik di batu pahat

Sumber Gambar: Youtube

5. Taman Botani Batu Pahat

Taman Botani Batu Pahat merupakan salah satu daripada lokasi penggambaran filem Puteri Gunung Ledang. Jika anda melawat Batu Pahat, jangan lupa untuk singgah di sini.

tempat menarik di batu pahat

Sumber Gambar: Flicker

6. Pantai Minyak Beku

Jika anda sukakan keindahan alam semulajadi, datanglah ke Pantai Minyak Beku pada waktu matahari terbit atau terbenam. Pantai ini terletak hanya 7 km dari Bandar Batu Pahat. Sambil menikmati pemandangan, jangan lepaskan peluang untuk memancing di kawasan pantai ini.

tempat menarik di batu pahat

Sumber Gambar: Enjoytv

7. Batu Pahat Walk

BP Walk ataupun Batu Pahat Walk adalah kawasan yang terletak di sepanjang Jalan Rahmat. Bagi anda yang suka berjaga malam dan  tercari-cari tempat makan pada waktu malam, inilah tempat untuk anda.Terdapat banyak gerai makan yang terdapat di sepanjang jalan ini. Di antara menu yang boleh ditemui di sini adalah sup yang beraneka rasa, mee bandung, sate, mee rebus dan banyak lagi.

tempat menarik di batu pahat

Sumber Gambar: Wikipedia

8. Old Street Batu Pahat

Jika anda sukakan fotografi, anda wajib singgah di sini jika bercuti di Batu Pahat. Berlokasi di Old Street Batu Pahat, di atas bumbung bangunan ini terdapat sebuah taman dihias cantik yang diberi nama Sky Garden Old Street. Selain taman yang indah, di bahagian atas bumbung ini juga terdapat banyak restoran yang dihias dengan penuh kreatif.

tempat menarik di batu pahat

Sumber Gambar: Twitter

9. Taman Rekreasi Tasik Y

Tasik ini dinamakan Tasik Y kerana bentuknya seperti huruf Y. Dahulunya ia merupakan tapak perlombonga. Kini ia menjadi taman rekreasi yang dkunjungi ramai orang untuk beriadah di waktu petang dan di hujung minggu.  Cukup lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti laluan refleksologi, taman permainan, peralatan senaman dan pondok rehat.

Sudah penat bersenam, anda boleh mencuba pelbagai makanan menarik yang dijual di gerai-gerai yang dibuka di sini.

tempat menarik di batu pahat

Sumber Gambar: Yellowkuning89

10. Pantai Punggur

Terletak lebih kurang  30 kilometer dari Batu Pahat, Pantai Punggur sangat cantik terutamanya pada waktu matahari terbenam. Di sini terdapat sebuah jeti yang menjadi spot yang sempurna untuk anda bergambar berlatar belakangkan keindahan lautan yang terbentang luas bersama yang tersayang.

Tempat menarik di batu pahat

Sumber Gambar: Flickr

11. Hutan Lipur Bukit Soga Perdana

Terletak 3 kilometer dari Bandar Batu Pahat, Hutan Lipur Bukit Soga Perdana adalah hutan simpan yang memiliki taman rekreasi yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti trek jogging, tandas dan pondok rehat. Di sini juga terdapat sebuah menara pemerhatian yang terletak sekitar 785 meter dari titik awal perjalanan. Pemandangan dari menara ini sungguh indah.

tempat menarik di batu pahat

Sumber Gambar: Qulukis

12. Ladang Nanas Kampung Parit Tengah

Ladang nanas yang terletak di Kampung Parit Tengah ini merupakan ladang yang terbesar di Asia Tenggara dan juga yang ketujuh terbesar di dunia. Dapat anda bayangkan keluasannya? Di antara jenis nanas yang diusahakan di sini adalah daripada jenis Josaphine dan juga Morris kerana buahnya yang besar dan isinya yang sangat manis.

tempat menarik di batu pahat

Sumber Gambar: Amalinafadzil

Itulah dia 12 tempat menarik di Batu Pahat. Menarik kan? Jom kita bercuti ke sana.

Artikel Tempat Menarik Lain

Selain tempat menarik di Batu Pahat, kami juga menulis tempat menarik lain di Malaysia. Jemput baca. Jangan lupa untuk share dan komen ya di bawah.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.