Jom ketahui tempat menarik di Bangkok.

Bangkok adalah salah satu destinasi percutian yang menjadi pilihan anak muda Malaysia yang ingin melancong ke luar negara.

Selain keunikan seninya, kelazatan makanan di kota Bangkok adalah tarikan utama di sana. Kali ini kami nak berkongsi 11 tempat menarik di Bangkok yang tak ramai pelancong Malaysia tahu.

tempat menarik di bangkok

Sumber Gambar: Phuket.com

1. Grand Palace

Percutian anda ke sesebuah negara takkan lengkap jika anda  tidak melawat bangunan bersejarahnya. Di Bangkok, Grand Palace adalah bangunan bersejarah yang wajib anda lawati. Istana dengan keluasan sekitar 214,000 kaki persegi  ini dibina pada tahun 1782. Ia pernah digunakan sebagai tempat tinggal keluarga diraja.

tempat menarik di bangkok

Sumber Gambar: Tedo

2. Wat Pho / Wat Chetuphon

Terdapat banyak tokong Budha di Bangkok memandangkan majoriti penduduk di sana adalah beragama Budha. Apa yang membuatkan Wat Pho atau Wat Chetuphon lain dari yang lain? Ia merupakan tokong Budha yang tertua di Bangkok. Ia dibina oleh Raja Rama I.

tempat menarik di bangkok

Sumber Gambar: Whiletravelling

3. Khao San Road

Terletak berdekatan dengan banyak tarikan menarik di Bangkok seperti Wat Pho, Wat Phra dan Grand Palace, Khao San Road terkenal sebagai pusat berkumpul kaki backpackers di Thailand. Di sinilah anda dapat menemui ramai orang yang berjiwa traveler terutamanya pelancong dari negara barat.  Di sini terdapat kafe, hotel bajet, kedai-kedai buku dan sebagainya.

tempat menarik di bangkok

Sumber Gambar: Vietnamitasenmadrid

4. Wat Arun atau Temple of The Dawn

Tokong yang  berketinggian 79 meter ini terletak bersebelahan dengan Sungai Chao Phraya. Wat Arun ataupun digelar Temple of the Dawn ini telah wujud sejak zaman peperangan antara Siam dan Burma lagi. Dalam peperangan ini Siam telah dikalahkan. Mereka yang selamat dalam peperangan menentang Burma termasuklah general angkatan perang, General Taksin telah membina tokong ini.

Di sinilah juga raja Thailand yang seterusnya mula membina istana.  Waktu yang paling menarik untuk melawati Wat Arun adalah sewaktu sebelum matahari terbenam kerana anda akan disajikan dengan pemandangan yang menakjubkan matahari terbenam di sebalik Sungai Chao Phraya.

tempat menarik di bangkok

Sumber Gambar: Bangkok.com

5. Wat Traimit

Tokong ini mempunyai sejarah yang sangat menarik. Pada sekitar tahun 1950-an, East Asiatic Company telah membeli sebidang tanah di sekitar sebuah tokong di Bangkok. Salah satu daripada perjanjian pembelian tanah tersebut adalah untuk membuang sebuah patung Buddha yang dibuat daripada plaster yang terletak di tanah ini. Namun begitu, ketika patung ini cuba diangkat menggunakan kren, kabelnya putus kerana keberatan patung ini yang agak luar biasa.

Kerja-kerja pembuangan patung ini pun dihentikan semalaman. Keesokan paginya, beberapa orang sami telah melalui kawasan patung Buddha ini dan terlihat kilauan cahaya daripada lapisan plaster patung ini. Lapisan ini kemudiannya dibuang lalu mendedahkan sebuah patung Buddha yang berketinggian 3.5 m yang diperbuat daripada 5.5 tan emas asli.

Patung tersebut ialah Wat Traimit, sebuah tokong dengan patung Buddha emas yang tidak diketahui asal-usulnya walaupun setelah banyak kajian dilakukan. Sisa-sisa plaster patung ini juga turut dipamerkan di sini.

tempat menarik di bangkok

Sumber Gambar: Dreamstime

6. Erawan Shrine

Erawan Shrine adalah sebuah tempat suci Hindu yang terletak di tengah Bangkok. Ia dibina pada tahun 1956 untuk menghilangkan nasib buruk yang menimpa mereka yang terlibat dalam pembangunan di kawasan sekitar tanah ini yang dipercayai berlaku kerana pemilihan tarikh yang salah untuk meletakkan batu asas pembinaan.

Di antara perkara malang yang berlaku adalah seperti kos pembinaan yang lebih daripada bajet, kecederaan buruh-buruh binaan dan kegagalan kapal yang membawa batu marmar dari Itali untuk sampai ke tapak pembinaan. Setelah patung Brahma ini dibina, pembinaan bangunan dapat dijalankan dengan lancar.

tempat menarik di bangkok

Sumber Gambar: Tripsavvy

7. Giant Swing

Giant Swing ataupun Buaian Gergasi ini bukanlah buaian seperti di taman permainan. Ia adalah tiang yang kelihatan seperti pintu gerbang yang tinggi. Giant Swing ini asalnya pernah digunakan untuk menjalankan majlis keagamaan selepas musim menuai padi.

Dalam setiap kumpulan terdapat 3 orang peserta yang akan cuba mengimbangkan badan mereka pada sebuah papan yang sempit dan salah seorang daripada mereka akan dilantunkan sehingga ke ketinggian 25 meter dari paras tanah untuk cuba menangkap sekantung beg yang diisi dengan duit syiling perak menggunakan gigi mereka.

Namun begitu, majlis ini telah menyebabkan banyak kematian sehingga diharamkan oleh King Rama VII pada tahun 1932.

tempat menarik di bangkok

Sumber Gambar: Grandsukhumvithotel

8. National Museum And Wang Na Palace

Ia merupakan satu-satunya muzium yang ada di Thailand sehingga tahun 1970. Muzium ini mula dibuka oleh King Rama V untuk mempamerkan kesemua pemberian oleh ayahnya. Antara yang terdapat di muzium ini adalah batu-batu permata, pakaian, topeng Khon, senjata, emas, seramik, ukiran kayu, alat muzik dan banyak lagi.

Di samping ini semua, tapak muzium ini juga tak kurang nilai klasiknya kerana ia dibina di dalam kawasan istana lama, Wang Na yang dibina pada tahun 1887. Walau bagaimanapun, anda tidak dibenarkan untuk menangkap gambar di dalam galeri-galeri muzium ini.

tempat menarik di bangkok

Sumber Gambar: Planetware

9. Rumah Jim Thompson

Siapa Jim Thompson? Beliau merupakan seorang usahawan ternama yang terlibat dalam industri sutera Thailand sehingga dianugerahkan dengan anugerah ‘The Order of the White Elephant’ iaitu anugerah  khas yang diberikan kepada orang luar negara yang menyumbang kepada negara Thailand. Rumah Jim Thompson  dijadikan sebagai muzium sutera Thailand.

tempat menarik di bangkok

Sumber Gambar: Somuchmoretosee

10. Chatuchak Market

Ini adalah syurga bagi anda yang kaki shopping. Dengan keluasan sekitar 27 ekar, Chatuchak Market menempatkan lebih daripada 8000 buah gerai menjadikan ia salah satu pasar yang terbesar di dunia. Setiap hari Sabtu dan Ahad ia mampu menarik hampir 200,000 orang pelawat.

tempat menarik di bangkok

Sumber Gambar: Tripsavvy

11. Sungai Chao Phraya

Sungai Chao Phraya adalah sungai yang terpenting dan terpanjang di Thailand. Ia sangat penting sehingga dinamakan sebagai Chao Phraya yang bermaksud Sungai Raja ataupun sungai milik tuhan. Sehingga ke hari ini sekitar 50,000 penduduk Thailand masih menggunakan sungai ini yang juga merupakan laluan feri untuk menuju ke tempat kerja.

Sekiranya anda berpeluang ke Sungai Chao Phraya, jangan lepaskan peluang untuk menaiki feri merentasi sungai.

tempat menarik di bangkok

Sumber Gambar: Liburkeluarga

Itulah dia 11 tempat menarik di Bangkok yang wajib anda kunjungi. Semoga bermanfaat untuk anda. Selamat bercuti!

Artikel Travel Lain

Anda suka tempat di atas? Ada cadangan lain tempat menarik patut kami tambah di sana? Selain tempat menarik di Bali, kami juga menulis artikel tempat melancong lain patut anda lawati. Jemput baca dan jangan lupa komen dan share ya.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.