Mencari tempat meanrik di Bali?

Bila sebut perkataan Bali, pasti terbayang keindahan pulau yang tiada tandingannya. Pantainya yang cantik. Laut yang membiru. Kawasan perkampungan dengan sawah padi yang indah.

Budaya yang sangat unik. Ditambah dengan nilai matawang Indonesia yang rendah daripada Ringgit Malaysia, Bali sememangnya destinasi perlancongan yang menjadi pilihan rakyat Malaysia.

tempat menarik di bali Sumber Gambar: Orangesmile

Jom, kami kongsikan 11 tempat menarik di Bali yang wajib anda lawati bila pergi ke sana.

1. Uluwatu

Jangan lepaskan peluang untuk pergi ke Uluwatu sekiranya anda menjejakkan kaki ke Bali. Pemandangannya yang cantik tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Perkataan Uluwatu berasal dari perkataan Ulu yang bermaksud tanah hujung dan Watu yang bermaksud batu. Maksud Uluwatu ialah batu di tanah hujung. Ianya terletak di kawasan berbatu di hujung Sememanjung Bukit.

Di Uluwatu terdapat Pura Luhur Uluwatu. Jika anda sukakan aktiviti surfing atau meluncur ombak, pantai Uluwatu adalah kawasan tumpuan utama pelancong. Tunggu sehingga senja untuk menikmati Tarian Kecak yang sungguh misteri dan unik. Anda pasti terpesona. Pemandangan matahari terbenam di Uluwatu juga pasti membuatkan anda terpukau.

tempat menarik di bali Sumber Gambar: Salonurody

2. Pura Tanah Lot

Terdapat 7 pura di tepi laut yang terdapat di Bali. Pura Tanah Lot adalah salah satu daripada yang terkenal. Pura Tanah Lot adalah salah satu daripada mercu tanda Bali yang utama.

Tanah Lot bermaksud tanah di lautan. Ianya terkenal dengan pemandangan tepi laut yang sangat indah, dan matahari terbenam yang cukup mengasyikkan. Sebaiknya, rancang perjalanan anda supaya anda sampai ke sini pada lewat petang supaya anda tidak terlepas daripada menikmati suasana matahari terbenam di sana.

Kisah di sebalik Pura Tanah Lot juga tidak kurang menariknya. Minta pemandu pelancong anda ceritakan kisah menarik tentang bagaimana Tanah Lot terbina dan ular istimewa yang ada di sana.

tempat menarik di bali Sumber Gambar: Liburanbali

3. Pantai Kuta

Boleh kami cadangkan supaya anda menempah hotel yang terletak berdekatan dengan Pantai Kuta, Bali? Pantai Kuta ialah pantai yang paling popular di Bali. Pantai Kuta terletak begitu hampir dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Bali. Terdapat banyak hotel di sini seperti Hard Rock Cafe, Westin, Grand Hyatt dan sebagainya. Kalau anda sedang bercuti dengan bajet yang terhad, terdapat puluhan hotel dengan harga mampu milik di Pantai Kuta.

Apa yang menarik, kedudukan Pantai Kuta adalah sangat strategik, dan ianya memudahkan anda untuk pergi ke  lokasi tarikan pelacongan yang lain seperti Seminyak, Tuban dan Legian.

Night life di Pantai Kuta juga sangat menarik. Terdapat deretan kedai cenderamata dan barang antik untuk anda selusuri sehingga lewat malam. Kedai makan dan cafe yang happening. Anda pasti takkan kebosanan sepanjang berada di Pantai Kuta, Bali.

tempat menarik di bali Sumber Gambar: Bali-Indonesia

4. Ubud

Ubud adalah pusat kesenian di Bali. Pemandangan sepanjang perjalanan dari Pantai Kuta ke Ubud adalah sangat menakjubkan. Kehijauan di sepanjang jalan pasti membuatkan anda terpesona. Berhenti sebentar untuk menikmati pemandangan sawah padi yang mempesonakan.

Sebaik sahaja anda tiba di Ubud, anda pasti jatuh cinta. Pastikan anda peruntukkan sekurang-kurangnya setengah hari untuk berjalan-jalan di sini. Anda pasti menyesal jika tidak dapat lama di sini.

Deretan kedai di sepanjang jalan menawarkan hasil seni yang berkualiti tinggi, dan halus buatannya. Jika anda berniat untuk membeli cenderamata buat orang tersayang, anda boleh membeli-belah di sini. Terdapat segalanya, dari keychain sehinggalah kotak simpanan barang kemas yang dibuat dari kayu dengan ukiran yang cantik. Loceng angin, payung, kipas tangan, lukisan, wangian, minyak aromaterapi, dan sebagainya.

tempat menarik di bali Sumber Gambar: Pickyourday

5. Jimbaran

Jimbaran adalah di antara tumpuan utama para surfer dari seluruh dunia. Ombak dan terumbu karang di Jimbaran adalah antara yang tercantik di dunia. Terdapat pelbagai pantai untuk anda pilih sama ada Pandai Suluban, Pantai Padang Padang, dan Pantai Balangan, Pantai Bingin, Pantai Dreamland dan Pantai Pandawa. Di sini juga terdapat Pusat Kebudayaan Antarabangsa Garuda Wisnu.

Luangkan masa untuk melawat Pasar Ikan Kedowangan dan nikmati ikan segar yang dijual di sana. Kenangan makan ikan bakar segar sambil menikmati pemandangan yang cantik di Jimbaran pasti akan terpahat dalam memori anda buat selama-lamanya. Sebelum pulang, pastikan anda singgah di Jenggala Galeri untuk melihat dan shopping barangan seramik.

tempat menarik di bali Sumber Gambar: Ultimatebali

6. Sanur

Perkampungan nelayan ini adalah pantai wajib yang anda kunjungi jika pergi ke Bali. Luangkan masa anda di tepian pantai, sama ada berjemur atau berjalan di sepanjang pantai.

Anda juga boleh berbasikal di sini. Pemandangan matahari terbit di sini adalah antara yang terbaik di Bali. Jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi Bali Sea Walker di mana anda boleh menyelam dan menikmati pemandangan laut yang cantik sambil memberi makan ikan yang cantik dan beraneka warna.

Anda sukakan ikan jerung? Lawati Bali Sharks. Anda sukakan penyu? Luangkan masa untuk bermesra dengan penyu di Turtle Conservation And Education Centre ( TCEC ).

Le Mayuer Museum juga adalah antara tarikan utama di sana. Jika anda ke sana dari bulan Julai hingga Ogos, anda boleh melihat festival layang-layang yang diadakan di Pantai Padanggalak. Pencinta pokok orkid boleh melawat Bali Orchid Garden. Jika anda mahukan sedikit kelainan boleh singgah di Taman Festival Bali “Ghost Town”.

tempat menarik di bali Sumber Gambar: Justgola

7. Gunung Batur

Gunung berapi yang terkenal dengan aktiviti sunrise trekking. Jika anda sukakan aktiviti outdoor, ini adalag destinasi wajib anda di Bali. Pemandangan di Gunung Batur, terutamanya sewaktu matahari terbit adalah terbaik.

tempat menarik di bali Sumber Gambar: Brobali

8. Gunung Agung

Gunung Agung merupakan gunung yang tertinggi di Bali dengan ketinggian 3031 meter diatas paras laut. Pemandangannya sangat mengagumkan dan Pura Besakih adalah tarikan utama pelancongan yang ada di sini.

tempat menarik di bali Sumber Gambar: Itrubunenews

9.Pura Ulun Danu Bratan

Lawatan anda ke Bali takkan lengkap tanpa melawat ke Pura Ulun Danu Bratan. Ianya sangat indah, menenangkan dan menakjubkan, seolah-olah anda masuk ke zaman lain. Percayalah, anda pasti akan menyesal jika tidak ke sini.

tempat menarik di bali Sumber Gambar: justgola

1o. Legian

Pantai Legian adalah destinasi terbaik sekiranya anda sukakan suasana malam yang hidup dan meriah. Untuk anda yang aktif dan sukakan aktiviti mencabar, pada waktu siang terdapat pelbagai aktiviti untuk anda termasuk Waterbom Bali, Rip Curl School of Surf, Dream Museum Zone Bali, Armada Flow House, 5GX Bali Reserve Bungy. Jangan lupa untuk singgah di Legian Art Market.

tempat menarik di bali Sumber Gambar: Ithaka

11. Tasik Bratan

Destinasi terakhir ialah Tasik Bratan yang sejuk, nyaman dan menenangkan. Suasananya seolah-olah anda berada di Cameron Highlands dengan suasana berkabus.

tempat menarik di bali Sumber Gambar: Watersportsbali

Itulah dia 11 tempat menarik di Bali yang ingin kami kongsikan buat kali ini. Menarik kan? Selamat melancong ke Bali.

Artikel Travel Lain

Anda suka tempat di atas? Ada cadangan lain tempat menarik patut kami tambah di sana? Selain tempat menarik di Bali, kami juga menulis artikel tempat melancong lain patut anda lawati. Jemput baca dan jangan lupa komen dan share ya.

Penulis: Tasneem Haneem

Tasneem Haneem

Tasneem Haneem merupakan penulis di Bidadari.My. Minat dengan tulisan kekeluargaan.

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .