Puasa dah dekat, semua ternanti-nanti di depan tv untuk melihat pengumuman puasa. Begitu jugalah dengan raya! Masing-masing tak sabar lagi untuk mendengar pengisytiharan tarikh-tarikh penting ini. Semuanya ditentukan oleh anak bulan.

Bukan puasa dan raya sahaja, tetapi sebenarnya anak bulan juga menentukan tarikh terakhir dalam bulan syawal, iaitu sama ada 29 atau 30 haribulan bagi menentukan permulaan bulan Zulhijjah dan memudahkan orang yang ingin mengerjakan haji untuk menjalani wukuf di Arafah dan sebagainya.

Melihat Anak Bulan Penentu Tarikh Puasa Ramadan, Raya Aidilfitri

Melihat anak bulan adalah kaedah yang digunakan untuk memastikan tarikh bermulanya puasa, raya dan tamatnya bulan syawal. Sekiranya mempunyai keraguan atau tidak dapat melihat bulan akibat cuaca dan sebagainya, terdapat beberapa kaedah lain yang boleh digunakan untuk menentukan tarikh tersebut seperti menggenapkan 30 hari bulan syawal dan juga menggunakan ilmu falak moden.

Kaedah pertama selalunya dilaksanakan iaitu mencerap anak bulan dari tempat yang tinggi seperti anak bukit dan sebagainya. Mengikut ilmu rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (matematik) yang dilakukan, mereka akan mengetahui kedudukan bulan dan sahihnya tarikh berpuasa, raya dan lain lagi. Disebabkan itu juga waktu berpuasa atau berbuka puasa di sesetengah tempat tidak sama.

Usai Jabatan Agama Islam melihat anak bulan, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia akan mengisyhtiharkan tarikh puasa dan raya pada malam itu juga kepada seluruh umat manusia. Inilah masa yang ditunggu-tunggu oleh semua!

Tarikh Lihat Anak Bulan Di Malaysia

Anak bulan boleh dilihat pada hari rukyah (hari kebolehnampakan) yang telah ditetapkan iaitu pada 29 Syaaban, 29 Ramadhan ataupun 29 Zulkaedah pada waktu matahari belum terbenam. Sekiranya terdapat syarat-syarat hilal (anak bulan kelihatan), ia akan dipersetujui kedudukan hilal telah ada.

anak bulan
Imej via [shafiqolbu]

Antara syarat anak bulan telah timbul adalah:

  • Anak bulan yang dilihat berada tinggi yang tidak kurang dari 2 darjah di ufuk barat ketika matahari kian terbenam.
  • Jarak lengkung anak bulan ke arah matahari ketika matahari terbenam adalah tidak kurang dari 3 darjah.
  • Ketika bulan terbenam pada hari rukyah, umur anak bulan tidak kurang dari 8 jam selepas ijtimak berlaku.
anak bulan
Imej via [shafiqolbu]

Mengikut Islam, dengan melihat rukyah atau cerapan, penentuan awal bulan dapat dilakukan. Ia akan memudahkan proses penentuan tarikh mula berpuasa. Berdasarkan mafhum hadis Nabi SAW: “Janganlah kamu mula berpuasa melainkan setelah melihat hilal.” (HR Bukhari)

Tempat Melihat Anak Bulan Di Malaysia

anak bulan
Imej via [denaihati]

Tempat-tempat yang sering digunakan untuk melihat anak bulan bagi program cerapan anak bulan tidak tertakluk kepada satu kawasan sahaja. Terdapat lebih dari 20 tempat melihat anak bulan yang telah dikenalpasti oleh Jabatan Agama Islam. Tempat melihat anak bulan ini diklasifikasikan di setiap negeri bagi memudahkan proses cerapan.

Perlis

  • Kuala Sungai Baru, Simpang Empat

Kedah

  • Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda
  • Pemandangan Indah, Pulau Langkawi
  • Menara Alor Setar, Alor Setar Kedah

Pulau Pinang

  • Pusat Falak Sheik Tahir, Pantai Acheh

Perak

  • Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjung

Kuala Lumpur

  • Menara Kuala Lumpur

Selangor

  • Bukit Melawati
  • Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat
  • Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam

Putrajaya

  • Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya

Negeri Sembilan

  • Teluk Kemang, Port Dickson

Melaka

  • Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara
anak bulan
Imej via [hasrulhassan]

Johor

  • Pontian Kecil

Pahang

  • Bukit Tanjung Batu
  • Gunung Berinchang, Cameron Highlands
  • Bukit Pelindung, Kuantan

Terengganu

  • Bukit Besar, Kuala Terengganu
  • Bukit Geliga, Kemaman
  • Pulau Perhentian, Besut
  • Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu

Kelantan

  • Bukit Peraksi, Pasir Putih
  • Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai
  • Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Baharu

Sarawak

  • Tanjung Lubang, Miri
  • Teluk Bandung, Kuching
  • Tanjung Batu, Bintulu

Sabah

  • Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan

Labuan

  • Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan
anak bulan
Imej via [sabahpost]

Tempat-tempat melihat anak bulan di Malaysia ini adalah tetap dan akan digunakan pada setiap tahun tetapi ia tetap tertakluk kepada sebarang perubahan.

Adapun tempat melihat anak bulan ini juga merupakan tempat yang boleh dikunjungi oleh orang awam, pelajar dan lain-lain lagi masyarakat. Tiada masalah untuk anda kunjungi atau melihat tempat ini, ia tetap lokasi terbuka untuk semua selain dari kawasan dalaman melihat anak bulan.

Hikmah Melihat Anak Bulan

anak bulan
Imej via [bharian]

Allah swt telah meletakkan sesuatu perkara dengan sebabnya. Dengan melihat anak bulan, tarikh yang ditetapkan adalah sah dan sahih untuk umat Islam melakukan ibadah Ramadan. Bulan Ramadan adalah bulan yang diberkati, penuh hikmah dan memberikan gandaan pahala kepada umat Islam yang beribadah.

Selain itu, keberkesanan melihat anak bulan juga adalah hikmah dimana telah tersebut dalam hadis dan Al-Quran berkenaannya. Ia menunjukkan kebenaran Al-Quran yang telah dinyatakan, malah menjadi panduan untuk semua umat Islam.

Ganjaran pahala serta kebaikan juga dapat dicapai bersama. Melihat anak bulan dan menyebarkannya kepada orang Islam untuk mencapai keseronokan bersama adalah amalan baik insan. Bayangkan jika anda melakukannya setiap tahun, pasti akan lebih bersemangat dan tak sabar menyambut bulan Ramadan.

anak bulan
Imej via [bloggerwanita]

Semoga panduan melihat anak bulan serta tempat melihat anak bulan ini bermanfaat dan dapat membantu anda dalam pencarian anda. Jom baca juga Kisah baju raya anak Saidina Umar Al-Khattab, Cara berbuat baik kepada ibu bapa, Maksud anak syurga sebenar dan Cabaran ibu tunggal.

Rujukan:

  1. libur
  2. shafiqolbu
  3. mysumber

Penulis: zulrina

Avatar

Penulis yang bekerjaya di rumah. Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.