Siapa di sini selalu selesema teruk sampai rasa tersumbat dan tertutup telinga? Cuba pelbagai cara? Sudah cukupkan tidur? Akan tetapi, keadaan tidak bertambah baik.

Maka, kami kongsikan di sini pengalaman Dr Ezairy M.Sallih, seorang pakar telinga, hidung dan tekak, di mana artikel ini dipetik dari laman Facebook peribadi beliau.

Apakah Yang Berlaku Pada Pesakit Resdung?

Salah seorang pesakit bertanya saya, “doktor, kenapa telinga saya terasa block, seperti tertutup dan rasa macam dengar tak normal?”

Soalan itu tidak segera saya jawab. Saya perhati sejarah lampau pesakit. Rawatan apa yang sudah diterima saya telusi.

Ya, pesakit merupakan seorang yang mengalami masalah resdung yang tidak begitu terkawal. Berbagai-bagai ubat sudah dicuba.

Saya terangkan kepadanya apa sebenarnya yang sedang berlaku kepadanya. Apa pula yang menyebabkan telinganya turut bermasalah.

Ada beberapa perkara yang saya rasa wajar dikongsi bersama anda :

Tiub eustachia menyambung hidung ke telinga

Tahukah anda bahawa hidung kita berhubung dengan bahagian telinga tengah melalui suatu bukaan dan penghubung. Ia dipanggil sebagai eustachian tube.

Apa berlaku kepada pesakit resdung?

Bagi anda yang mempunyai masalah alahan pada hidung yang teruk, resdung dan kerap selsema, ia akan turut menyebabkan lapisan dinding rongga hidung membengkak sehingga ke bukaan di belakang hidung. Cecair mukus juga lebih mudah berkumpul pada bukaan eustachian tube!

Apa berlaku apabila eustachian tube ini tidak berfungsi?

Tube ini berfungsi untuk menyeimbangkan tekanan di dalam telinga tengah dengan persekitaran luar. Oleh itu, apabila ia tersumbat dan tidak dapat menjalankan fungsinya, beberapa simptom boleh berlaku kepada pesakit.

Apa simptom eustachian tube dysfunction?

Beberapa gejala boleh berlaku jika tiub ini tidak berfungsi dengan normal

  •  telinga rasa tertutup
  •  mengadu mendengar bunyi seperti ‘pop’, ‘klik’ dan lain-lain
  •  telinga seperti berdesing atau ‘ringing sound’
  •  suara persekitaran menjadi kurang jelas
  •  sakit sebelah atau kedua-dua telinga

Apa langkah rawatan terbaik?

Rawatan terbaik ialah kawal dan rawat masalah hidung anda. Kami akan beri pesakit ubat seperti decongestant, ubat antihistamine, ubat makan dan ubat nasal spray.

Jangan ragu-ragu jika anda ada masalah seperti saya sebut tadi. Jumpalah doktor anda.

*Diharap perkongsian beliau dapat sedikit sebanyak membantu anda, keluarga dan rakan taulan. Marilah kita kongsi info penting ini!

*Artikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di sini.

Penulis: Dr Ezairy M. Salih

Dr Ezairy M. Salih

Merupakan Doktor Telinga, Hidung dan Tekak di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Rajin berkongsi tips kesihatan di status Facebooknya. Ikuti beliau untuk dapatkan tips-tips kesihatan yang menarik.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.