Pada hujung minggu suatu bulan, kami sekeluarga singgah menziarahi keluarga aku di Putrajaya. Pada ketika ini, Faris terkulai layu sebab demam Pneumonia.

Kami memang jarang beri paracetamol kepada Faris bila dia demam. Untuk mengawal suhunya, kami biasanya hanya membasahkan badannya, dan menyuruh dia minum banyak air. Ketika Faris mamai, aku berkata:
antibody

Papa : Badan Faris panas sebab ada kuman dalam badan Faris. Kuman baik (antibodi) tengah lawan dengan kuman jahat. Pasal tu naik suhu ni. Faris minum air ya kejap.

Faris mengangguk tanda setuju. Selepas minum air, dia kembali sambung tidur, sehinggalah malam.

Beberapa jam kemudian sekitar jam 8 malam, bila sihat sikit badannya dia bangkit bermain. Dia pun mulalah bercerita kepada nenek nya, dengan muka yakin.

Faris : nenek, dalam badan saya ada siput jahat dengan siput baik. Siput baik tengah lawan dengan siput jahat, tu badan saya panas.

Nenek hanya mampu ketawa. Macam itulah rupa kuman kepada seorang budak.

Geli pulak aku rasa kalau ada siput banyak banyak dalam badan.

Kredit gambar kepada : http://www.sciencedirect.com

Penulis: Zafri Anuwar

Avatar

Gemar menulis cerpen mengenai telatah anak lelakinya Si Faris yang sedang membesar sejak awal 2013 untuk dijadikan celoteh dan panduan untuk ibu bapa. Koleksi cerpennya boleh didapati di Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.