Sekarang ni, Faris makin liat kalau disuruh duduk di car seat nya di dalam kereta. Berbuih mak bapak dia terangkan adalah bahaya jika dia tidak duduk di tempat yang sepatutnya, takut terpelanting ke hadapan apabila kereta terpaksa diberhentikan mengejut.

inersia

Papa : Faris, duduk la kat kerusi Faris. Bahaya lah.. Nanti Faris ke depan, terhantuk, terbang keluar kereta, berdarah darah, nanti kena pergi hospital.
Faris : Kenapa kena duduk kat kerusi saya? Kenapa ke depan?
Mama : Inertia (inersia) namanya.
Faris : Inersia tu apa Mama?
Papa : Cuba Faris letak bola ke kereta ke kat car seat tu. Nanti papa brek, kita tengok dia ke depan ke tidak.

Faris terus meletakkan kereta mainannya di atas car seat. Setibanya kereta di bonggol jalan, aku brek dengan agak kuat.

Faris : wow. Dia ke depan lah!
Papa : ha.. Macam tulah Faris kalau tak duduk kat seat. Nanti terhantuk kalau Papa brek.

Aku tahu memang sukar mengajar budak kecil pasal inersia. Ye la, budak sekolah menengah pun belum tentu paham kan. Kalau kamu ingin cuba, untuk menjadikannya lebih dramatik, kamu boleh lah gantikan kereta mainan tu tadi dengan telur rebus, nasi bungkus dan sebagainya. Tapi sendiri mau ingatlah keadaan dalam kereta kamu nanti. Amacam?

 

Kredit gambar kepada : duniafiziksaya.blogspot.com

Penulis: Zafri Anuwar

Avatar

Gemar menulis cerpen mengenai telatah anak lelakinya Si Faris yang sedang membesar sejak awal 2013 untuk dijadikan celoteh dan panduan untuk ibu bapa. Koleksi cerpennya boleh didapati di Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.