Faris kini berumur hampir 2 tahun setengah. Semalam ada keluarga dari Segamat datang beraya di rumah mak aku. Kali ini giliran keluarga Tok Tam datang beraya. Macam biasa orang Johor peramah, lagi lagi dengan budak kecil yang suka menjawab. Tibanya Tok Tam perempuan di perkarangan rumah, aku dan Faris menyambutnya. Bagi Faris, Tok Tam ni kira jatuh pangkat Moyang lah.

Papa : Salam Onyang, Faris.
Faris : Onyang kan dah meninggal.
Papa : ni Onyang lain.
Tok Tam : Ni laki ke perempuan ni?
Faris : Saya boy, sama macam Boboiboy!

pistol

Kami sengaja tidak memotong rambut Faris raya kali ini. Saje nak tengok cane rupanya kalau rambut nya panjang sikit. Sejam kemudian, Faris yang ramah rancak berborak ngan Onyang nya juga yang peramah. Dua dua pun pitch tinggi, seolah olah ade sekampung sedang berborak, padahal 2 orang je. Memang riuh. Tok Tam seakan akan kagum ngan kebolehan berbual macam orang tua yang dimiliki Faris. Sehingga lah subjek di atas muncul kembali.

Tok Tam : Aku ingat dia ni pompuan tadi! Rupanya ada Pestol!
Faris : Kat rumah saya ada senapang! Lagi paaaaanjang!

 

Semua orang dalam rumah tu gelak. Faris hanya senyum buat muka faham. Owh ya, Pestol dimaksudkan di atas merupakan kemaluan budak kecil lelaki. Inilah kisah pistol mainan dan senapang. Alahai..

Penulis: Zafri Anuwar

Avatar

Gemar menulis cerpen mengenai telatah anak lelakinya Si Faris yang sedang membesar sejak awal 2013 untuk dijadikan celoteh dan panduan untuk ibu bapa. Koleksi cerpennya boleh didapati di Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.