Semasa kami bertiga sedang bersiap ke klinik pagi tadi, bini aku pening pening lalat akibat selesema. Suhu badan tu tak payah cerita lah, mencanak. Di kala itu Faris sedang menonton Boboiboy di komputer.

Papa : Yang, u nak activefast tak? Dah pening camtu cane nak gi klinik…
Mama : takyah lah kot…
Faris : Takpe Papa, takyah bukak kipas. Satu kipas je dah cukup Papa!
Mama : Ikut suka hati je nak join conversation!

panadol

 

Disebabkan susah aku nak terangkan kepada dia yang activefast tu sebenarnya satu spesis ubat penenang, aku diam je. Skang ni Faris selalu berlagak faham dan suka join diskusi mak bapak dia, tak kesah lah dia Paham atau tidak. Yang penting cakap mesti mau yakin! Macam kebanyakan politikus zaman sekarang ni. Hik hik

Penulis: Zafri Anuwar

Avatar

Gemar menulis cerpen mengenai telatah anak lelakinya Si Faris yang sedang membesar sejak awal 2013 untuk dijadikan celoteh dan panduan untuk ibu bapa. Koleksi cerpennya boleh didapati di Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.