Bulan Mac 2013, iaitu 2 bulan lepas merupakan bulan sakit. Bukan apa, pada bulan ini ramai yang kami kenal jatuh sakit, diwadkan dalam hospital. Tak kiralah muda atau tua.Dalam 2 minggu sebelum Faris sakit, dalam perjalanan menziarahi Pak Cik aku yang menghidap infeksi paru paru dan sakit jantung di IJN Kuala lumpur, kami lalu di dalam terowong bawah Prince Court (terowong selepas keluar Smart tunnel). Lalu Faris merunding jari ke arah luar kereta dan berkata :

Faris : Mama, misai mama!

misai
Iya, memang ada rupa misai. Kalau kamu perasan, terowong selepas terowong ini ada pula misai yang seakan akan telah dipotong. Cuba perhatikan lain kali kamu tersekat dalam jam ke ibu kota.

Penulis: Zafri Anuwar

Avatar

Gemar menulis cerpen mengenai telatah anak lelakinya Si Faris yang sedang membesar sejak awal 2013 untuk dijadikan celoteh dan panduan untuk ibu bapa. Koleksi cerpennya boleh didapati di Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.