Aku pulang lewat malam , sekitar jam 11, gara-gara closing akaun untuk syarikat operasi di Korea yang menyakitkan kepala. Bangla pun mungkin dah habis shift, tapi aku masih di tempat kerja, keseorangan. Faris pula sudah berada di rumah dengan Mama nya.

Setibanya di depan pintu gril rumah, aku tekan loceng, lalu keluarlah bini aku menghulurkan kunci. Setelah memberi salam, aku melangkah masuk ke dalam rumah lalu ditegur Faris.

mana duit

Di mana duit?

Faris : Hi Papa
Papa : Hi Faris
Faris : Kenapa Papa balik lambat?
Papa : Papa banyak kerja lah Faris. Pasal tu balik lambat.
Faris : Papa kerja.., Dapat duit! (muka excited)
Papa : Iya.. Betul lah tu.
Faris : Mana duit Papa? (hulur tangan)
Papa : Duitnya mana dapat sekarang Faris oi… Tunggu gaji la. Meh sini peluk, Papa rindu kat Faris.
Faris : Kenapa rindu?
Papa : Sebab Papa balik kerja lambat, rindu la kat Faris.
Faris : Papa rindu kat saya, lepas tu Papa pergi kerja. Papa pergi kerja tak tanya saya pun!
Papa : Ok, lain kali Papa tanya Faris eh.

Moralnya di sini ada dua. Pertama, kalau kamu kata kamu kerja, jangan kata dapat duit, katalah kamu akan dapat gaji. Confusing. Kalau kamu kata kamu dapat duit, mesti dia hendak tengok duit yang kamu dapat tu bukan? Kedua, kalau pergi kerja, atau balik lewat, bagitau lah anak kamu awal awal. Dia pasti tertunggu tunggu kamu pulang. Disebabkan terasa bersalah, tanpa bermain candy crush, aku layan lah dia bermain sampai dia tertidur. Entahlah, aku pun tak ingat siapa tidur dulu, aku ke Faris .

 

 

Kredit gambar : lunatigc

Penulis: Zafri Anuwar

Avatar

Gemar menulis cerpen mengenai telatah anak lelakinya Si Faris yang sedang membesar sejak awal 2013 untuk dijadikan celoteh dan panduan untuk ibu bapa. Koleksi cerpennya boleh didapati di Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.