Pada Selasa bulan March lepas, kesihatan Faris agak tidak menyinar, lalu Mama tinggal lah di rumah untuk menjaganya.

Lepas menggeledah dapur, Faris terjumpa shringe yang dipanggilnya pam air dan minta mama mengisi air dalam sebuah bekas lain supaya dia boleh bermain dengan pam air tersebut. Mama akur dengan kehendaknya, lalu mengisi air ke dalam satu tuuperware bersaiz sederhana , diberinya kepada Faris yang sedang bermain di ruang tamu, dan kemudian meneruskan kerja memasaknya di dapur. Selang beberapa minit kemudian Faris datang ke dapur, sekali lagi.

Faris: mama.. Ada kain untuk lap tak? Air tumpah
Mama: air tumpah? Banyak ke sikit air yang tumpah tu?
Faris: ermm.. Dia sikit je, tapiii.. Dia banyak
Mama: huh!? (sambil menghulurkan kain lap)
Faris: mama jangan marah tau. (muka tenang seperti tiada apa apa berlaku)

Mencurigakan. Sangsi.

air tumpah

Langkah berjaga jaga sentiasa perlu diambil jika Faris berkelakuan sedemikian. Adalah tu benda pelik yang dibuatnya. Mama mengambil keputusan untuk menjenguk apa yang telah Faris lakukan. Rupanya, satu mangkuk tu tertumpah. Habis carpet basah. Faris kelihatan sedang mencangkung mengelap carpet basah tersebut. Ingat boleh kering eh?

Patut lah siap berpesan mama jangan marah. Tau takut.

 

 

Kredit gambar kepada : http://www.caranddriver.com

Penulis: Zafri Anuwar

Avatar

Gemar menulis cerpen mengenai telatah anak lelakinya Si Faris yang sedang membesar sejak awal 2013 untuk dijadikan celoteh dan panduan untuk ibu bapa. Koleksi cerpennya boleh didapati di Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.