Tempoh hari dalam perjalanan pulang ke rumah dari rumah mak aku, 1 perbualan merepek berlaku di seat belakang kereta.

ogy and cockroaches

Mama : alamak, ade sekor lipas kat belakang ni
Faris : lipas ni nak gi mana, mama?
Mama : balik rumah dia kot..
Faris : rumah dia kat mana?
Mama : rumah dia dalam longkang… Tempat kotor2…nanti kereta berenti dia balik la rumah dia.
Faris : papa, kereta papa ni ade lipas!
Papa : oo.. Yeke Faris… Nanti dia keluar la tu.
Faris : nanti papa berenti kereta dia turun, dia baliklah rumah dia!
Papa : aa.. Betul lah tu..
Faris : eh… Rumah dia kat bukit jalil jugak ke?!

Dia konfius. Takde siapa pon jawab soalan dia, sebab kami sibuk gelak sampai ke sudah.

 

Kredit gambar kepada : http://peperonity.com/

 

Penulis: Zafri Anuwar

Avatar

Gemar menulis cerpen mengenai telatah anak lelakinya Si Faris yang sedang membesar sejak awal 2013 untuk dijadikan celoteh dan panduan untuk ibu bapa. Koleksi cerpennya boleh didapati di Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.