basikal-tua

basikal-tua

Kisah ini kisah lama, beberapa bulan sudah. Hari rabu, aku dan wife aku cuti. Sajalah nak pergi dating. Mulanya pergi menonton wayang, movie Great Gatsby (menarik cerita tu, recommended!) dan kemudian pergi membeli basikal Faris sekitar Pekan Sg Besi. Selama ni Faris menaiki basikal tinggalan seorang kanak-kanak yang dihantar ke rumah makcik aku tu, yang kini prewel (freewheel)nya sudah barai akibat dilenjan berabad lamanya oleh tiap kanak-kanak yang tinggal di situ. Basikal wakaf lah katakan…

Setibanya di rumah makcik aku, Faris yang sedang tidur dikejutkan oleh Mamanya. Seperti biasa, amuk jika dikejutkan. “Nak tengok basikal?”, tanya Mama. Tiba di pintu depan rumah, dia senyum lebar tengok basikalnya ada di tempat parkir kereta. Pada masa yang sama, Meen, anak Ayut Farruddeen juga bergegas keluar, dan mahu bermain sama. Melihatkan Faris menaiki basikal, dia pun minta dibawa pusing2 menaiki basikal. Mujurlah dia masih belum pandai kayuh, jadi bolehlah dia naik basikal yang rosak tu tadi.

Faris syok sendiri dengan basikal barunya, menyebabkan aku menghabiskan petang itu dengan Yasmeen. Aku berbual, tanya soalan-soalan random, dan bawa pusing-pusing sekitar rumah. Suaranya lembut je, senyum sentiasa. Tiba-tiba aku dengar suara nyaring Faris. ” Papa. Papa tolong jagakan basikal saya. Saya nak pergi belakang tengok Mak (makcik aku). Kalau basikal saya rosak,….siap!” kata Faris.


Memang berbeza dua budak ni.

“Hmm…jeles lah tu”, jawabku kepada Faris.

Kredit gambar :  opi3ss3

Penulis: Zafri Anuwar

Avatar

Gemar menulis cerpen mengenai telatah anak lelakinya Si Faris yang sedang membesar sejak awal 2013 untuk dijadikan celoteh dan panduan untuk ibu bapa. Koleksi cerpennya boleh didapati di Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.