Aku menyuruh Faris masuk ke kamar tidur disebabkan sudah lewat malam. ‘Faris meh masuk bilik, baring. Muka dah ngantuk tu’. Seperti biasa dia tidak mahu tidur lagi. Tapi disebabkan papa mama sudah masuk bilik, dia tiada pilihan lain. Faris berlari anak dari ruang tamu menuju bilik tidur. Lari sikit, dia tiba-tiba berhenti, lalu memegang dinding, sambil membuat muka terkejut, ala-ala sedang memikirkan sesuatu. Dia sambung berlari tip toe dan berhenti sekali lagi memegang dinding.

air besar

Ekspresi sama, bersilang seli dengan senyuman kepadaku. Buat kali ketiga dia sambung tiptoe dan berhenti memegang pintu bilik. Dia senyum memandangkan dan tiba-tiba dia menggeletat (dalam bahasa Inggeris nya dipanggil wiggling). Tanya ku kepada Faris.

Papa : kenapa faris? Berak eh?

Faris mengangguk dan gelak menjengkelkan (annoying). ‘hihihihihi’.

Faris ni kalau di pergi senyap-senyap ke tempat-tempat pelik seperti bawah ampai baju, penjuru rumah, tepi katil sempit, memang sah dia berak. Malu lah tu. Kalau anak anda berkelakuan pelik, sila periksa pampers mereka ya

 

Kredit gambar kepada : http://www.tipsdietcepat.com

Penulis: Zafri Anuwar

Avatar

Gemar menulis cerpen mengenai telatah anak lelakinya Si Faris yang sedang membesar sejak awal 2013 untuk dijadikan celoteh dan panduan untuk ibu bapa. Koleksi cerpennya boleh didapati di Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.