Cerpen hari ini : Kerja Lebih Masa

Sebelum aku mula bercerita, aku rasakan perlunya aku ceritakan 2 kes yang menjadi asas kepada cerita ini.

mana duit

Di mana duit?

 

1. Dalam 2 minggu lepas, Mama Faris terpaksa outstation ke Jakarta. Setiap kali Mama dia outstation ke luar negara, kami menggunakan terma “Mama Kerja Lama”. Bila Faris tanya mama mana, aku jawab “Mama kerja lama, nanti dia balik lah kalau Faris jadi good boy”.

2. Faris sentiasa akan argue kenapa papa mama perlu kerja, dan setiap kali kami akan jawab “Papa Mama kena kerja nak dapatkan duit beli susu Faris, pampers dan hantar Faris pergi sekolah”. Hampir setiap minggu ada argument ni.

Pada suatu petang, aku bersiap ingin keluar, dan bertanya bini aku hal berkaitan dengan suatu bayaran yang masih belum dijelaskan. Kemudian Faris mengambil purse Mamanya, lalu mula selongkar mencari duit.

Faris : Uuuuuu..banyaknya duit Mama! Patutla Mama kerja lama!
Papa : Pulak!

Sebenarnya duit yang dimaksudkan Faris ialah duit syiling. Dia teruja mengeluarkan semua syiling dalam purse tersebut. Baginya, duit syiling ialah duit yang diguna untuk membeli susu dia. Bayangkan berapa guni syiling yang seorang manusia perlu terima sebagai gaji tiap bulan.

 

 

Kredit gambar : lunatigc

Penulis: Zafri Anuwar

Gemar menulis cerpen mengenai telatah anak lelakinya Si Faris yang sedang membesar sejak awal 2013 untuk dijadikan celoteh dan panduan untuk ibu bapa. Koleksi cerpennya boleh didapati di Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.