Ni duit!

Kisah ini terjadi beberapa bulan lepas, cuma aku sahaja yang tak menulis. Biasalah, kadang tu lupa, kadang tu malas dan macam-macam lagi alasan.

kad-kredit

Bahaya kad kredit

Hujung minggu merupakan hari yang indah, lagi-lagi untuk menghabiskan masa berendam dalam tub mandi. Rumah kami kecil, jadi jangan mimpilah hendak menyumbat tub mandi besar dalam toilet rumah. Mujur Faris masih muat dalam tubmandi plastik yang kami beli sejak dia kecil. Pada kebiasaannya Faris akan mengambil beberapa mainannya untuk dibawa masuk bersama dalam toilet. Berjam! Dia akan membuat dialog antara mainan-mainannya. Kadang-kadang aku dengar Faris marah, “Hey, tepilah! Saya nak lalu ni!”. Bila aku jenguk, rupanya itulah dialog kereta A kepada kereta B. Memang berjam. Aku bayangkan air yang dipakai Faris seorang mampu digunakan untuk membasuh seekor lembu gergasi. Mungkin~

Pada satu hujung minggu yang aku tidak ingat bila, Faris telah menghabiskan sebotol sabun cecair sebamed. Kulit kami sekeluarga agak sensitif, lantaran itu, kami mandikan Faris dengan sabun cecair Sebamed. Memanglah harganya tidak mencecah jutaan ringgit, tapi jika dibandingkan dengan sabun buku cap ayam (yang mampu menghakis bukan sahaja kulit, malah lantai), harganya sedikit mahal.

Macam biasa, proses menanamkan rasa bersalah ke dalam hati pesalah bermula.

Mama : Mana boleh Faris membazir sabun macam tu. Sabun tu mahal lah Faris. Papa Mama kerja tau nak cari duit untuk beli sabun tu!
Faris : hmm?
Mama : Kita dah takde duit nak beli sabun dah

Faris (dalam keadaan bogel dan basah) pergi mendapatkan handbag Mama nya, lalu mengeluarkan purse Mama. Dia seakan-akan mencari sesuatu. Aku sangka dia akan keluarkan duit, tetapi dia mengeluarkan kad bank dan credit card Mamanya.

Faris : Ni ada duit ni! Nah Mama (sambil menghulurkan kad)

Kami terdiam jap. Uuu..dia tahu kalau tiada duit boleh cucuk kat bank. Itu pun kalau lah ada kan!

 

 

Kredit gambar : KHAIRUL AMRAN

Penulis: Zafri Anuwar

Avatar

Gemar menulis cerpen mengenai telatah anak lelakinya Si Faris yang sedang membesar sejak awal 2013 untuk dijadikan celoteh dan panduan untuk ibu bapa. Koleksi cerpennya boleh didapati di Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.