Cerpen hari ini : Imaginasi Kanak-kanak. Kisah cinta dua objek.

Imaginasi kanak kanak memang menakjubkan. Pasti ada sahaja perkara yang mereka lakukan tiap hari yang akan memeranjatkan kamu, membuktikan pernyataan di atas benar. Dan, kadang kala terlampau mengarut.

imaginasi-kanak-kanak

Di dalam kereta, dikurung di car seat, Faris akan menyibukkan dirinya bermain berseorangan. Perbualan rekaan antara mainan A dan mainan B selalu didengari. Plot dan skrip rekaan nya selalu menjurus kepada kisah cinta dan kungfu antara 2 objek. Kali ini, objeknya agak mengarut, sukar utk aku terima. Mari aku ceritakan kisah yang berlaku di dalam kereta seminggu lepas.

Faris : Saya sayang awak (objek A). Tak, saya tak sayang awak! Hiyaaaaaa! (objek B – ala ala sedang melakukan flying kick)

Aku yang sedang memandu sudah pasti tidak boleh melihat scene tersebut. Mama menoleh ke belakang dan dengan nada terkejut berkata kepadaku berbisik : ‘yang, dia tengah main lawan taik hidung la’, sambil membuat gaya 2 jari telunjuk sedang berlawan. ‘ade taik hidung atas jari dia’, tambah Mama.

Papa : Faris buat pe tu Faris?
Faris : Saya main taik hidung Mama! (senyum)

Begitulah kisah cinta antara dua taik hidung yang berakhir dengan flying kick. Mengarut, bukan?

Kredit gambar Kisah Cinta

Penulis: Zafri Anuwar

Avatar

Gemar menulis cerpen mengenai telatah anak lelakinya Si Faris yang sedang membesar sejak awal 2013 untuk dijadikan celoteh dan panduan untuk ibu bapa. Koleksi cerpennya boleh didapati di Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.