Aktiviti di rumah : DIY nontoxic play dough!

Bermain benda sama tiap hari sememangnya akan membosankan si kecil. Di rumah kami, sekali sekala kami adakan mainan ‘baru’, pakai buang, iaitu play dough. Sudah beberapa hari Faris merayu Mama membikin nya play dough. Akhirnya dapat juga hari ini ianya.

Ianya non toxic, jadi tidak usah risau jika anak kamu termakan, kerana ianya hanya diperbuat daripada tepung dan garam. Ye lah, melainkan kamu membikin nya keras batu sehingga anak kamu boleh tercekik jika termakan. Alamatnya, kamu jangan sekali kali cuba membuat roti untuk famili, bahaya.

Cara membuatnya ringkas, cuma perlukan 15 minit. Kalau kamu kaya, lantak kamulah kalau kamu malas dan memilih untuk membeli playdoh di toysrus. Panduan ini hanya untuk orang saving! Sila ikut langkah di bawah sekiranya kamu kiasu.

1. Campurkan 1 cawan tepung, 1 cawan air, setengah cawan garam, 2 sudu besar cream of tartar dan 1 sudu besar minyak masak di dalam periuk.
2. Panaskan di atas dapur dengan api yang sederhana.
3. Kacau sehingga sebati, dan mempunyai tekstur melekit.
4. Asingkan dough tersebut kepada 3 bahagian. Warnakan setiap dough tersebut dengan pewarna berlainan.

Ta da.. Sudah siap!

play dough 2 play dough 1

Keburukan dough DIY ini ialah ianya tidak tahan panas, dan tidak dapat menahan kelembapan nya sendiri. Jika kamu biarkan semalaman tanpa ditutup, ia akan keras. Jika kamu biarkan di bawah cahaya lampu, ia akan cair, lalu melekat. Selamat mencuba.

Penulis: Zafri Anuwar

Gemar menulis cerpen mengenai telatah anak lelakinya Si Faris yang sedang membesar sejak awal 2013 untuk dijadikan celoteh dan panduan untuk ibu bapa. Koleksi cerpennya boleh didapati di Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.