Chicken Rice Shop dan Kokok

chicken-rice-shop

Ayam berkokok

Kamu ada memori tentang satu kejadian memalukan sewaktu makan malam di Chicken Rice Shop? Aku ada. Sila lihat gambar di atas ini. Ianya tempat letak sudu garfu berbentuk ayam, diperbuat dari rotan (mungkin…) yang terdapat di setiap franchise Chicken Rice Shop serata negara. Memang comel, tapi siapa sangka ayam itu akan menghantui hari kamu.

Pada suatu hujung minggu, setelah bosan makan, Faris mengosongkan ayam tersebut, lalu berdiri memegangnya setinggi mungkin. Tanpa disangka, dia mula berkokok sekuat hati.

Iya, dia berkokok dalam kedai yang penuh manusia. Proses berkokok itu berlangsung selama 10 minit. Pada mulanya aku gelak, merasakan ianya lucu. Tapi setelah berapa lama, … aku mula pandang kiri kanan. Dapat bayangkan?

Penulis: Zafri Anuwar

Avatar

Gemar menulis cerpen mengenai telatah anak lelakinya Si Faris yang sedang membesar sejak awal 2013 untuk dijadikan celoteh dan panduan untuk ibu bapa. Koleksi cerpennya boleh didapati di Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.