Bila saya besar…

Hari ni masuk hari ketiga aku dok di rumah keseorangan bersama Faris di suatu bulan. Mama “Kerja Lama” di Kemboja, untuk beberapa malam. Beberapa hari ini, Faris liat hendak tidur. Ada kalanya sampai jam 11.30 malam pun masih belum tidur. Biasalah, untuk melengahkan tidurnya, dia akan pancing borak, berguling sana-sini tak henti, dan melompat-lompat di atas katil.

Malam ini aku tiba di rumah sekitar jam 11, kerana melepak di rumah atuk aku. Tibanya di rumah, sedang aku menukar seluar, Faris terus meminta susu. Aku menyediakan susu dalam botol, dan berikan padanya yang sedang terbaring di atas katil. Sementara menunggu dia selesai, aku keluar bilik untuk membasuh baju. 5 minit kemudian, aku dengar suaranya memanggil masuk ke bilik untuk teman dia tidur. “Haih, memang berzaman la ni”, kataku dalam hati.

bila-besar-nanti

Bila besar nanti

Faris : Papa! Saya dah habis minum susu ni!
Papa : Faris letak je tepi katil tu, nanti Papa amik.
Faris : Saya nak letak atas meja. (sambil bangun dan meletakkan botolnya atas meja kecil tepi katil)
Papa : Eh, nak buat apa tu? Pergi baring balik, tido.
Faris : Papa meh la sini teman saya~
Papa : Ok boleh, tapi Papa tak boleh lama…Papa banyak kerja ni nak buat…Faris kenalah belajar tido sendiri, nanti dah besar nanti mana boleh Papa Mama teman Faris tidur. (aku mula baring sebelah Faris).
Faris : Saya dah besar nanti, saya boleh bawak kete, saya boleh naik moto~, saya boleh bukak kipas, saya boleh naik lift, saya boleh pergi kerja~, saya boleh hug Papa Mama…. Tengok ni, kaki saya dah panjang dah macam kaki Papa, tapi…., pendek sikit! Nanti saya dah besar kaki saya lagi panjang dari kaki Papa~
Papa : Iyelah Faris…dah, sekarang kena tidur. Ikut Papa baca doa tidur

Selepas membaca doa tidur, dia masih bergolek-golek lagi.

Faris : Nanti saya besar, saya boleh baca doa~, saya boleh bukak lampu,..saya boleh…
Papa : Eh dah Faris, dah dah. Itu semua Faris boleh buat bila besar nanti. Sekarang ni, nak besar kena tidur. Kejap lagi Papa keluar, Papa rapatkan pintu bagi tak bising, ok?
Faris : Biarla pintu tu terbukak, nanti angin masuk.
Papa : La..kan dalam bilik ni ada aircond, ada kipas Faris oi…Meh sini, Papa hug, lepas tu Faris tidur sendiri.
Faris : …..(terdiam, tak tau nak menjawab. Ye lah, alasan angin tu tak valid dengan adanya aircond dan kipas yang telah dihidupkan)

"

Selepas aku memeluk dia, mengucap kata-kata “Papa sayang Paish” berkali-kali, cium bagai, aku bangkit keluar bilik.

Papa : OK eh Faris,…tidur sendiri eh. Boleh?
Faris : OK (sambil buat thumbs up – gaya macam superhero)
Papa : (aku celet sket, kemudian berjalan menghampiri pintu bilik)

Aku keluar, rapatkan pintu dan sambung buat kerja rumah. Alhamdullillah, 10 minit kemudian Faris sudah tidur. Camni lah hari-hari nak tidurkan dia tanpa Mama.

 

 

Kredit gambar :  splitreason.com

Penulis: Zafri Anuwar

Avatar

Gemar menulis cerpen mengenai telatah anak lelakinya Si Faris yang sedang membesar sejak awal 2013 untuk dijadikan celoteh dan panduan untuk ibu bapa. Koleksi cerpennya boleh didapati di Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.