Aktiviti di rumah : Butang

aktiviti-di-rumah

Menggunakan butang

Di rumah kami tiada tv. Apabila pc pun tidak dihidupkan, Faris akan bermain bersendirian. Semalam dia mengeluarkan satu bekas penuh dengan batu sungai, dan sepapan butang kecil untuk dibuat main. Sedar tak sedar, hampir sejam dia leka bermain butang.

Pada awalnya dia menceraikan semua butang jenis socket snap ini, male daripada female. Kemudian dia akan menyusunnya dan memasang kembali butang butang tersebut pada plastiknya. Aktiviti itu akan diulangi beberapa kali setelah bermacam macam formasi berjaya dilakukan sehinggalah dia naik bosan. Ada butang silver, dan ada butang hitam. Boleh dikata macam main Lego lah.

Aktiviti yang murah dan berguna untuk merangsang otak kanak kanak pada usia 2 hingga 3 tahun. Cubalah, pasti anak kamu suka.

 

 

Penulis: Zafri Anuwar

Avatar

Gemar menulis cerpen mengenai telatah anak lelakinya Si Faris yang sedang membesar sejak awal 2013 untuk dijadikan celoteh dan panduan untuk ibu bapa. Koleksi cerpennya boleh didapati di Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.