Kita lihat sekarang, bagaimana kanak-kanak yang berusia  3 tahun tahu untuk menggunakan aplikasi Youtube? Ia kerana mereka fokus dan mudah tangkap dengan perkara yang selalu dilihat di depan mata mereka setiap hari. Begitu hebat sekali tahap mereka belajar pada usia yang muda. Namun, daya fokus mereka di salah gunakan.

Kita lihat kanak-kanak kini akan lebih menjadi lasak dan susah untuk ajar mereka untuk fokus melakukan aktiviti indoor. Sebagai contoh, aktiviti mewarna, melukis, bina lego, menyusun puzzle dan lain-lain lagi. Pening kepala ibu bapa yang ingin melakukan aktiviti indoor bersama mereka. Tetapi ada caranya kita boleh mengajar anak-anak untuk lebih fokus. Bagaimana?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 3 teknik asas mengajar anak jadi fokus dan tenang. Info ini dikongsikan oleh Puan Aishah Kassim. Puan Aishah pakar dalam membantu kanak-kanak yang lambat bercakap dan dapat membantu kanak-kanak untuk mengatasi masalah lambat bercakap.

3 Teknik asas mengajar anak jadi fokus

anak fokus

Imej via Facebook

1) Kenal pasti jangka masa anak untuk fokus

Fokus yang normal adalah dalam lingkungan (3-5 minit x umur anak ) : iaitu jika anak berumur 1 tahun, fokus yang sepatutnya mereka perlu adalah 3-5 minit dan anak yang berumur 2 tahun mereka boleh memberikan tumpuan selama 6-10 minit. Jadi tingkatkan sedikit demi sedikit fokus anak semasa melakukan aktiviti.

anak fokus

Imej via Facebook

2) Mainan yang sesuai dan disukai anak

Mainan juga mempengaruhi fokus anak. Cari mainan yang anak gemari tetapi ibu bapa harus kawal rentak permainan.

 

"
anak fokus

Imej via Facebook

3) Guna intonasi dan interaksi yang menarik

Anak-anak memang sukakan intonasi, sebab itu mereka tertarik apabila tengok Youtube. Jadi gunakan intonasi dan berinteraksi dgn menarik dalam tarik perhatian dan fokus anak.

*Anak-anak akan mudah fokus apabila ada sesuatu yang menarik perhatian mereka. Ibu bapa memainkan peranan utama untuk mendidik anak menjadi fokus apabila melakukan sesuatu perkara. Musim PKP ini, harap ibu bapa akan banyak luangkan masa bersama anak di rumah. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.