Pada musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, rakyat Malaysia dinasihatkan untuk duduk di rumah bagi mencegah virus Covid 19. Apabila duduk di rumah, pelbagai aktiviti bersama keluarga dan anak-anak dapat dilakukan untuk mengisi masa lapang. Hubungan sesama keluarga juga dapat dieratkan dengan lebih lagi.

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil yang berumur 2 tahun dan ke atas yang masih tidak petah bercakap, masa ini lah yang sesuai untuk mengajar mereka untuk pandai bercakap. Pada umur-umur sebegini, sepatutnya anak-anak sudah pandai cakap beberapa perkataan tetapi mungkin mereka kurang latihan bercakap.

Bagaimanakah cara atau teknik yang mudah untuk mengajar anak pandai bercakap?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 3 teknik asas melatih anak-anak bercakap. Info ini dikongsikan oleh Puan Aishah Kassim. Puan Aishah pakar dalam membantu kanak-kanak yang lambat bercakap dan dapat membantu kanak-kanak untuk mengatasi masalah lambat bercakap.

3 Teknik asas melatih anak-anak bercakap

1) Sebut satu perkataan berulang kali

teknik asas bercakap

Imej via Facebook

Terutama perkataan yang baru diajar. Cuba ajar berulang kali perkataan dalam situasi dan konteks yang berbeza. Pengulangan ini dapat membantu anak memahami dan mengingati perkataan yang telah diajar.

2) Lakukan pengembangan ayat

teknik asas bercakap

Imej via Facebook

Lakukan dengan meniru semula perkataan atau ayat yang disebut oleh anak dan menambah satu atau dua perkataan untuk menjadikan ayat lebih panjang. Sekiranya anak boleh sebut 1 patah perkataan, anda tambah perkataan hingga jadi 2 atau 3 patah. Sekiranya anak boleh sebut 2 patah perkataan, tambah sehingga jadi 3 atau 4 patah.

3) Gunakan intonasi yang menarik

teknik asas bercakap

Imej via Facebook

Memberi penekanan kepada perkataan yang disebut dengan menggunakan memek muka serta intonasi menarik. Ini sangat penting dalam menarik minat dan perhatian anak-anak.
*Anak-anak tidak akan pandai bercakap dengan sendirinya tanpa ada sesiapa yang membantunya. Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mengajar anak untuk petah bercakap. Selain itu, perkataan yang disebut oleh ibu bapa akan  lebih diingati oleh anak-anak, maka ajarlah anak perkataan yang baik-baik. Semoga info ini dapat memberi manfaat kepada anda dan orang-orang  yang disayangi.
Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.