Anda anda hamil? Ini persoalan yang sukar sebenarnya.  Sesetengah wanita yang sudah biasa dengan irama badannya, boleh mengesyaki sama ada  mereka sedang hamil ataupun tidak.

Walau bagaimanapun ada tanda perubahan  kehamilan ini yang tidak dirasai oleh  wanita lain u dan hanya disedari setelah mereka mula mempunyai beberapa gejala berikut:

 

hamil

Imej:pregnancytips.org

Apakah Simpton-Simpton Mengandung?

  • Haid lewat waktu atau terlepas kitaran haid asal
  • Terasanya sakit pada dada dan puting sedikit gelap dan bengkak
  • Terasa sakit
  • Perasaan hendak muntah menjadi-jadi
  • Berasa amat letih walaupun tidur yang cukup
  • Mula mengidam sesuatu yang tidak pernah terfikir
  • Sangat kurang selesa dengan bauan asap rokok dan busukLebih beremosi dan terasa ingin menangis lebih daripada kebiasaan

Walaupun bagaimanapun, perlu diingatkankan, kita mudah terkeliru dengan tanda-tanda awal kehamilan (sakit dada, rasa sedikit terganggu) . Lebih-lebih lagi apabila perasaan ingin hamil itu tinggi, menyebabkan apabila gejala ini berlaku kita meninggikan harapan tersebut. Kesannya kita berasa kecewa apabila ianya adalah sebaliknya.

"

Terlepas Haid

Terlepas haid adalah tanda yang paling jelas bagi ramai wanita bahawa mereka sedang hamil. Tetapi perlu ingat, kadang-kadang  terdapat sebab-sebab lain mengapa haid itu tidak datang pada kitarannya. Faktornya mungkin seperti tekanan, mengambil ubat-ubatan tertentu, contohnya pil, dan penyusuan.

Tetapi jika tempoh anda lewat atau lebih cepat daripada kebiasaan dan anda telah mengadakan hubungan seks akhir-akhir ini, nampaknya anda perlu melakukan ujian kehamilan untuk mengesahkannya. Bagaimanakah pula simpton kehamilan untuk anda?

 

 

Penulis: Tasneem Haneem

Tasneem Haneem

Tasneem Haneem merupakan penulis di Bidadari.My. Minat dengan tulisan kekeluargaan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.