Pada awal kehamilan, ada banyak berlaku simptom-simptom yang tidak biasa berlaku terhadap para wanita. Antaranya wanita hamil akan mula mengidam makanan tidak kira masa dan tempat, perasaan yang tidak stabil, sakit perut dan pelbagai lagi.

Tetapi perkara yang selalu diadukan oleh wanita hamil adalah sakit perut. Pada awal kehamilan, wanita akan merasa sakit perut tetapi tidak tahu apa puncanya. Sakit perut yang rasanya seperti mahu period tetapi tidak ada apa-apa pun.

Mengapa hal ini berlaku? Apakah puncanya?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 4 tanda sakit perut ketika hamil. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai ‘service’ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan ‘service’ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.

tanda sakit perut ketika hamil
Imej via Facebook

4 Tanda sakit perut ketika hamil

1️⃣️ Sakit Pada Bahagian Tengah Perut

Sakit yang teruk atau mencucuk-cucuk pada bahagian tengah atau atas perut, samada disertai dengan loya atau muntah ataupun tidak, boleh membawa beberapa maksud iaitu ketidakcernaan yang teruk,jangkitan virus dalam perut dan juga keracunan makanan.

2️⃣️ Sakit Pada Bahagian Bawah Perut

Sakit yang teruk di satu sisi atau kedua-dua sisi perut boleh jadi petanda beberapa perkara. Contohnya ligamen anda mungkin tertarik dengan kuat atau ia juga mungkin disebabkan keguguran,kelahiran pramatang,kehamilan ektopik,fibroid menyusut dan berdarah.

Selain itu,mungkin juga sakit perut tanda hamil ini adalah disebabkan pemisahan plasenta, iaitu di mana sebahagian daripada plasenta terpisah daripada dinding rahim sebelum masanya. Kehadiran plasenta adalah sangat penting kerana ia membekalkan nutrien kepada janin dan mengeluarkan bahan buangannya.

3️⃣️ Kembung Perut

Oleh kerana perubahan hormon berlaku di awal kehamilan,maka ianya mungkin akan menjurus kepada sakit perut tanda hamil seperti kembung. Keadaannya sama seperti rasa ketika anda hendak datang haid.

Selalunya gejala ini terjadi pada ibu hamil ketika trimester I dan trimester III. Mungkin pada ketika ini pakaian anda akan terasa sendat di bahagian pinggang walaupun uterus masih lagi bersaiz kecil.

4️⃣ ️Kejang Perut

Kebiasaannya anda akan mengalami kejang perut seminggu sebelum kehamilan disahkan. Kejang yang dialami seakan-akan macam rasa sakit senggugut.

Cara Mengatasi Sakit Perut Tanda Hamil

✅ Hindari makanan atau minuman yang memiliki kandungan banyak gas yang boleh membuatkan perut anda kembung, seperti durian,air gas dan sebagainya.

✅ Pakailah pakaian yang longgar dan selesa untuk mengelakkan ketidakselesaan kepada perut dan pinggang ibu hamil.

✅ Amalkan senaman dan latihan pernafasan untuk menenangkan diri anda.

✅ Lakukan aktiviti seperti berjalan di pagi hari untuk membantu pencernaan sekaligus mengelakkan sakit perut tanda hamil.

✅ Amalkan pemakanan yang seimbang dan banyakkan sayuran dan buah-buahan dalam diet.

✅ Jangan biarkan diri anda berada dalam tekanan.

✅ Cukupkan masa untuk anda beristirahat.

*Jika berlaku tanda-tanda sakit perut ini, jangan risau. Cuba pergi ke klinik pakar untuk mendapatkan nasihat dan periksa kandungan. Insyaallah, semuanya akan baik-baik sahaja. Perbanyakkan rehat dan kurangkan aktiviti lasak. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.