Jom kenali punca bisul.

Bisul adalah benjolan pada bahagian kulit dimana didalamnya mengandungi nanah. Ia berlaku disebabkan jangkitan kuman pada liang roma yang tersumbat. Bisul boleh tumbuh pada mana-mana bahagian badan tetapi lebih kerap timbul pada bahagian belakang badan, dada dan juga bahagian pinggul.

bisul Sumber: petua[/caption]

Bagaimana rupa bisul?

Benjolan ini selalunya berada di bahagian kulit dan berwarna merah. Jika ia sudah mengandungi nanah, bahagian tengahnya akan berwarna kekuningan menunjukan ia sudah dipenuhi dengan nanah.

Jika benjolan tersebut terlalu besar dan terjadi kepada seorang bayi, ia mungkin mendatangkan simptom yang lain seperti demam, rasa sejuk dan menggigil.

Pada peringkat awal, saiz bisul biasanya kecil dan kemudian semakin membesar. Kulit di sekitar menjadi merah lalu mula bengkak dan terasa panas apabila disentuh. Ini menunjukkan bahawa jangkitan telah merebak ke kulit di sekitarnya.

Bisul akan makin mengembang dan dipenuhi dengan nanah. Terbentuk dot putih di bahagian atas ketulan ini.

Apakah Punca Bisul?

Terdapat 2 punca yang menyebabkan bisul tumbuh dibadan anda iaitu:

1) Jangkitan bakteria

Bakteria Staphylococcus adalah bakteria utama penyebab bisul. Risiko anda untuk mendapat bisul akan meningkat jika anda:

  • Berada bersama dengan mereka yang mempunyai masalah bisul
  • Penyakit kulit yang kronik seperti ekzema danjerawat
  • Kencing manis
  • Pesakit yang mengalami fungsi imun sistem yang kurang seperti mereka yang mengalami jangkitan HIV
  • Mereka yang tidak mengamalkan kebersihan

2) Jangkitan folikel

Folikel adalah kawasan tumbuhnya bulu ataupun rambut. Ia boleh terjadi selepas mencukur bulu dimana berlakunya luka dan memberikan peluang kepada kuman di atas kulit untuk masuk ke dalam lalu menyebabkan bisul.

bisul

Sumber: petua

Bila anda perlu berjumpa dengan doktor?

Kebiasannya, bisul tidak berbahaya dan akan sembuh dengan sendirinya. Orang kata, bisul akan pecah sendiri apabila ia masak. Kalau tak tahan, anda juga boleh membeli krim antibiotik yang boleh didapati di farmasi untuk merawat masalah tersebut. Tetapi jika anda dalam kategori dibawah, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor:

  • Anda seorang kanak-kanak.
  • Umur anda lebih daripada 65 tahun.
  • Anda mempunyai sistem imun yang lemah sebagai contoh, seorang pesakit HIV dan kanser.
  • Anda baru sahaja menjalani kemoterapi.
  • Bisul terletak pada bahagian muka dan tulang belakang.
  • Bisul tersebut terlalu besar.
  • Bisul tersebut tidak sembuh selepas seminggu.
  • Kawasan disekeliling bisul menjadi sangat merah dan sakit.
  • Bisul berulang.
  • Bisul tumbuh lebih daripada satu pada satu lokasi yang sama. Ini jenis serat dikenali sebagai bisul atau karbunkel, dan keadaan ini diklasifikasikan sebagai jangkitan yang lebih serius.
  • Anda mula demam.
  • Bisul terus mengembang lebih daripada 5 cm diameter dan sangat sakit walau pun tidak disentuh.
bisul

Sumber: petua

Apakah komplikasi bisul?

Dalam sesetengah kes, bisul boleh menyebabkan komplikasi yang teruk seperti:

  • Jangkitan kuman merebak ke dalam darah
  • Jangkitan kuman merebak ke dalam jantung
  • Jangkitan kuman merebak ke kawasan kulit yang lain dan menyebabkan masalah bisul berulang
  • Jangkitan pada bahagian tulang (osteomyelitis)

Apakah rawatan untuk bisul?

Bisul yang kecil boleh dirawat di rumah dengan cara:

  • Tuam bisul dengan air panas. Lakukan sekurang-kurangnya tiga kali sehari. Langkah ini akan mengurangkan rasa sakit serta menggalakkan nanah berkumpul di bahagian atas ketulan bisul.
  • Bersihkan bisul yang pecah dengan alkohol dan sabun anti-bakteria. Jangan lupa balut bisul dengan kain kasa steril untuk mengelakkan nanah meleleh lalu menyebabkan jangkitan kuman ke kawasan kulit sekitar bisul.
  • Menukar balutan sekerap mungkin iaitu dua hingga tiga kali sehari.
  • Jangan lupa untuk membasuh tangan anda dengan sabun sebelum dan selepas merawat bisul.
  • Pastikan anda tidak memicit bisul untuk mengeluarkan nanah. Proses ini boleh memburukkan lagi jangkitan yang berlaku dan pada masa yang sama boleh menyebabkan berlakunya komplikasi. Tunggu sehingga nanah pecah sendiri.
  • Jika terlalu sakit, anda boleh makan ubat tahan sakit parasetamol atau ibuprofen untuk mengurangkan kesakitan.

Jika benjolan tersebut semakin membesar ataupun masih tidak baik, pesakit boleh berjumpa dengan doktor untuk mengeluarkan nanah tersebut. Prosedur tersebut akan dimulakan dengan memberi bius disekeliling kawasan terlibat.

Kemudian, kawasan bisul akan dipotong dan nanah dikeluarkan. Selepas prosedur tersebut, pesakit selalunya akan diberikan antibiotik untuk melawan jangkitan kuman yang masih ada.

bisul

Sumber: petua

Apakah cara untuk mengelakkan bisul?

Terdapat beberapa cara-cara untuk mengurangkan risiko anda untuk mendapat bisul. Cara-cara dibawah fokus kepada cubaan untuk mengurangkan jangkitan yang disebabkan bakteria staphylococcus iaitu:

  • Menjaga kebersihan.
  • Selalu membasuh tangan.
  • Kalau anda terluka, basuh dengan bersih kawasan luka walaupun luka tersebut kecil.
  • Elakkan berkongsi barang terutamanya tuala, pencukur,baju dan juga alat kosmetik.

Apakah petua untuk menghilangkan bisul dengan cepat?

Ada beberapa petua untuk mengehilangkan bisul dengan cepat dan selamat yang ingin kami kongsikan kepada anda iaitu:

1. Air rebusan garam

Masukkan satu sudu teh garam ke satu suku gelen air mendidih dan sejukkannya pada suhu bilik. Tuam kain yang direndam ke dalam air suam bergaram tersebut ke kawasan dijangkiti lebih kurang 30 minit, setiap beberapa jam. Ini akan membantu memecahkan bisul dan mengalirkan nanah keluar lebih cepat.

2. Campuran madu, tepung & kuning telur

Untuk petua ini, anda memerlukan 1 sudu madu, 1 sudu tepung dan 1 biji kuning telur. Campurkan kesemua bahan sehingga sebati & sejukkan didalam peti ais. Apabila sudah sejuk, sapukan ke atas bisul dan biarkan sehingga kering. Apabila campuran kering, letakkan yang baru. Ulang sehingga bisul anda kecut.

3. Kapur sirih

Sapukan kapur sirih ke atas bisul supaya cepat kecut.

4. Bawang putih

Ambil seulas bawang putih & tumbuk sehingga halus. Letakkan di atas bisul dan balut supaya bawang tidak jatuh. Ulang sehingga bisul anda mengecut.

bisul

Sumber: petua

Itulah dia info tentang bisul yang ingin kami kongsikan kepada anda pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jemput baca petua hilangkan sakit gigi dan petua hilangkan bisul.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.