Sejak kebelakangan ni rasa macam ada something wrong tiap kali ke tandas untuk buang air kecil. Tertanya-tanya, ada masalah serius ke? Selalu dengar orang bercakap pasal kencing tak lawas. Rasa macam dah terkena jangkitan, tapi betul ke? Atau sebenarnya penyakit lain?

Anda tak pasti sama ada keadaan anda sekarang adalah masalah kencing tak lawas atau tidak? Jom kami kongsikan tanda-tanda, simptom, dan gejala kencing tak lawas untuk panduan anda.

Sumber Gambar: Quranicgen

1. Rasa tak puas

Jika anda mengalami masalah kencing tak lawas, anda akan berasa tak puas setiap kali membuang air kecil. Anda duduk  lama di mangkuk tandas, tapi bila bangun, tetap rasa tak puas.

2. Pundi kencing tak mengosong

Adakah anda merasakan bahawa pundi kencing tidak mengosong setiap kali membuang air kecil? Selepas membuang air pundi kencing masih terasa penuh.

3. Rasa terdesak untuk membuang air kecil

Anda baru sahaja membuang air kecil. Tak lama kemudian, anda rasa perlu membuang air kecil semula dan anda berlari ke tandas kerana pundi kencing dah terlalu penuh. Seolah-olah sudah berjam-jam anda menahan kencing. Anda sangat terdesak untuk membuang air kecil, dan ianya tidak normal.

Sumber Gambar: Stillunfold

4. Terlalu kerap membuang air kecil

Anda akan membuang air kecil dengan sangat kerap sehingga mengganggu urusan harian.

5. Kekerapan membuang air kecil semakin kronik pada waktu malam

Apabila malam menjelma, anda akan semakin kerap membuang air kecil sehingga terpaksa bangun berkali-kali semasa tidur.

6. Air kencing  meleleh keluar

Jika anda mengalami masalah kencing tak lawas, anda akan perasan berlakunya lelehan air kencing yang sedikit tapi berpanjangan sehingga boleh menyebabkan seluar dalam anda basah.

7. Susah untuk membuang air kecil

Ini adalah keadaan di mana anda sudah duduk di mangkuk tandas tetapi air kencing tidak terus keluar walau pun anda rasa sangat mahu membuang air kecil. Anda mengambil masa untuk memulakan pengeluaran air kencing.

8. Aliran air kencing yang lemah, perlahan dan sekejap

Pesakit kencing tak lawas akan menghadapi keadaan aliran air kencing yang lemah, perlahan dan sekejap.  Tidak sama dengan mereka yang sihat.

9. Aliran kencing terhenti dan bermula semula

Perhatikan aliran air kencing anda semasa membuang air kecil. Jika anda mendapati bahawa aliran yang keluar terhenti secara tiba-tiba, dan kemudian bermula semula, ia adalah salah satu tanda anda mempunyai masalah kencing tak lawas.

10. Terkencing

Anda mungkin sedang mengalami masalah kencing tak lawas jika anda tiba-tiba terkencing tanpa sengaja. Ia adalah keadaan di mana anda tidak dapat mengawal aliran air kencing. Anda mungkin terkencing semasa membuat kerja atau pun semasa tidur.

11. Sakit dan tidak selesa semasa membuang air kecil

Tanda kencing tak lawas yang seterusnya ialah rasa sakit dan tidak selesa semasa membuang air kecil. Anda akan berasa:

  • Pedih dalam kemaluan semasa air kencing keluar
  • Kekejangan atau pedih pada bawah punggung
  • Kekejangan atau pedih pada perut

Sumber Gambar: Shutterstock

12. Air kencing keruh

Pesakit kencing tak lawas akan mengeluarkan air kencing yang keruh. Ianya tidak sama dengan air kencing mereka yang normal.

13. Air kencing  berbuih

Perhatikan air kencing anda di dalam mangkuk tandas. Air kencing yang normal tidak akan berbuih. Sekiranya air
kencing anda berbuih, ia adalah tanda bahawa anda sememangnya mengalami masalah kencing tak lawas.

14. Air kencing berbau kuat

Pesakit kencing tak lawas akan mendapati air kencing mereka berbau dengan lebih kuat berbanding biasa.

15. Tidak selesa pada vagina

Sekiranya anda mengalami masalah kencing tak lawas disebabkan oleh prolaps  pundi kencing, anda akan berasa seperti terdapat benda asing didalam vagina. Benda asing tersebut ialah tisu pundi kencing yang telah jatuh ke bawah dan memasuki vagina anda. Apa yang paling ketara, perasaan ini akan hilang apabila anda baring.

Sumber Gambar: Desir

16. Air kencing  berdarah

Air kencing  anda akan bercampur dengan darah sekiranya anda menghadapi masalah kencing tak lawas disebabkan oleh penyakit kanser prostat.

17. Sakit pada bahagian ari-ari

Bagi kaum wanita, anda akan  mula terasa sakit pada ari-ari.

18. Sakit belakang

Kencing tak lawas biasanya datang sekali dengan pakej sakit belakang . Ia mengganggu saraf lalu menyebabkan belakang anda berasa sakit

19. Bengkak prostat

Bagi kaum lelaki, prostat anda akan membesar dan membengkak.

20. Rasa tidak selesa dan kekejangan pada bawah abdomen

Tanda kencing tak lawas yang seterusnya ialah rasa tidak selesa dan kekejangan pada bahagian bawah abdomen. Anda bukannya berasa sakit, cuma tak selesa dan kejang sahaja.

21. Demam

Sesetengah orang akan mengalami demam apabila mendapat masalah kencing tak lawas. Ini berlaku kerana badan sedang bekerja keras untuk melawan jangkitan yang menjadi punca berlakunya kencing tak lawas yang sedang anda hadapi.

Sumber Gambar: Thehealthsite

Itulah dia 21 tanda-tanda kencing tak lawas yang boleh menjadi panduan untuk anda membuat penilaian, sama ada anda mempunyai masalah kencing tak lawas atau tidak. Anda mengalami kebanyakan simptom di atas? Jangan berlengah. Segera ke klinik untuk mendapatkan rawatan dari doktor yang bertauliah.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.