Setiap orang islam akan mendapat tanda kematian seawal 100 hari sebelum meninggal. Namun tak semua akan sedar tentang kehadiran tanda-tanda tersebut. Firman Allah:

ٱللَّهُ يَتَوَفَّى ٱلْأَنفُسَ حِينَ مَوْتِهَا وَٱلَّتِى لَمْ تَمُتْ فِى مَنَامِهَا ۖ فَيُمْسِكُ ٱلَّتِى قَضَىٰ عَلَيْهَا ٱلْمَوْتَ وَيُرْسِلُ ٱلْأُخْرَىٰٓ إِلَىٰٓ أَجَلٍۢ مُّسَمًّى ۚ إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَءَايَٰتٍۢ لِّقَوْمٍۢ يَتَفَكَّرُونَ

“Allah memegang nyawa pada saat kematiannya dan nyawa yang belum mati ketika dia tidur. Dia tahan nyawa yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia lepaskan nyawa yang lain sampai waktu yang ditetapkan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran) Allah bagi kaum yang berfikir.” (Surah Az-Zumar: 42)

tanda kematian

Sumber: Tribunnews

Rasulullah ﷺ diriwayatkan diberi kekuatan untuk menceritakan kesakitan sakaratulmaut kepada ahli keluarga dan sahabat yang ada di sisi baginda semasa nyawanya diambil malaikat maut. Imam Ghazali menyediakan diri untuk sakaratul maut selepas mendapat semua tanda kematian.

Menjelang ajalnya, beliau mandi, wuduk malah mengkafankan dirinya sehingga ke badan. Kemudian beliau memanggil abangnya Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk mengkafankan bahagian seterusnya. Iman Ghazali wafat semasa Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan wajahnya.

Tanda 100 hari sebelum kematian

Ini adalah petanda pertama dari Allah. Semua yang beragama Islam akan mendapat tanda ini. Cuma tidak semua akan sedar. Tanda ini biasanya muncul selepas waktu Asar. Anda akan berasa getaran di seluruh badan.

Jika anda perasan getaran ini berlaku, boleh mula siapkan diri untuk kembali ke sana. Jika anda tidak sedar, tanda ini akan hilang begitu sahaja.

Tanda 40 hari sebelum kematian

Tanda ini juga akan berlaku selepas waktu Asar. Anda  akan rasa pusat anda berdenyut-denyut. Pada waktu ini daun di Arasy yang tertulis nama anda akan gugur dari pokok. Malaikat maut akan mengutip daun tersebut dan mula mengikuti anda tersebut setiap waktu sehingga ajal anda tiba. Ada kalanya malaikat maut akan menampakkan dirinya cuma anda tidak perasan.

Tanda 7 hari sebelum hari kematian

Ini adalah fasa yang sering dipanggil sebagai buang tebiat. Kalau anda tak suka bergaya, tiba-tiba anda melaram sakan. Kalau anda biasanya tak suka makan durian, tiba-tiba jadi hantu durian.

Kalau anda sakit teruk dan terlantar, biasanya 7 hari sebelum kematian, anda akan segar dan berselara untuk makan.

Tanda 5 hari sebelum kematian

5 hari sebelum kematian, anda akan berasa anak lidah bergerak-gerak. Jika tanda ini datang kepada anda, kami nasihatkan supaya  memperbanyakkan bacaan Al-Quran, berzikir, berselawat dan beristighfar supaya dapat melafazkan kalimah syahadah dengan mudah menjelang sakaratulmaut.

Tanda 3 hari sebelum kematian

3 hari sebelum kematian, anda akan terasa denyutan seolah-olah bergerak bahagian tengah dahi anda. Sekiranya ketika ini anda sedang sakit tenat, anda akan menjadi sihat seperti sedia kala secara tiba-tiba.

Tanda 2 hari sebelum kematian

2 hari sebelum kematian, anda akan didatangi oleh roh orang tersayang yang telah pergi meninggalkan anda. Anda juga akan merasa seluruh dahi anda berdenyut dan bergerak-gerak. Selain itu,

  • Mata hitam anda ajan kehilangan sinarnya
  • Hidung anda akan mulai jatuh
  • Telinga anda akan layu ke bawah
  • Telapak kaki anda yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan semula.

Tanda 1 hari sebelum kematian

Selepas waktu Asar, anda akan terasa denyutan di bahagian ubun-ubun.

tanda kematian

Sumber: Rumaysho

Tanda akhir kematian

Apabila kematian menjelma, anda akan berasa sejuk di bahagian pusat. Kemudian kesejukan itu akan turun dari pusat ke bahagian pinggang sehingga ke tulang sulbi dan seterusnya akan naik ke semula bahagian halkum.

Jika anda mula merasakan kesejukan tersebut, banyakkan berzikir, berselawat, menyebut nama Allah dan mula mengucap kalimah syahadah.

Rasulullah ﷺbersabda: “Janganlah seseorang itu meninggal dunia, melainkan dalam keadaan berbaik sangka terhadap Allah سبحانه وتعالى.” (Hadis riwayat Muslim)

Bagaimana untuk memastikan anda sedar akan tanda-tanda kematian di atas?

Untuk memastikan anda sedar akan kehadiran tanda-tanda kematian dan boleh melakukan semua persediaan termasuklah menyelesaikan semua urusan dunia, anda boleh amalkan tips berikut:

  • Sentiasa mengingati mati

Rasulullahﷺ bersabda: “Orang yang paling bijaksana dan paling teliti di antara kamu adalah orang yang sering mengingati mati dan yang paling banyak mengadakan persiapan untuk mati. Merekalah yang bijaksana dan berhasil mencapai kehormatan di dunia dan di akhirat.” (Hadis riwayat Thabrani r.a.)

  • Melakukan semua suruhan agama yang terdapat dalam rukun islam iaitu solat 5 waktu, berpuasa di bulan ramadhan, menunaikan zakat, menunaikan haji di Mekah jika mampu.
  • Menjauhkan diri daripada semua perkara yang haram seperti zina, arak, riba.
  • Sentiasa membasahkan lidah dengan zikir, selawat, dan istighfar.
  • Menjadikan Al-Quran sebagai peneman setia setiap hari.
  • Menjaga hubungan baik sesama manusia.
  • Rajinkan diri menghadiri majlis-majlis ilmu.

Selain tanda-tanda di atas, kebiasaannya mereka yang akan meninggal dunia juga akan mendapat tanda-tanda berikut:

  • Hilang selera makan. Tubuh badan anda sedar secara automatik bahawa anda tidak lagi memerlukan tenaga untuk terus hidup.
  • Perubahan fizikal. Kebiasaannya menjelang ajal, tubuh anda akan menjadi kurus & kulit akan kelihatan pucat dan hilang seri.
  • Tidur lebih lama dan sukar untuk bangun.
  • Pancaindera mula menyusut. Penglihatan, pendengaran, dan deria rasa akan muka kurang berfungsi.
  • Kelihatan kebingungan. Beberapa hari menjelang kematian, anda akan dilawat oleh roh mereka yang telah meninggal dunia. Anda akan berasa kebingungan dan cuba untuk memahami apa yang berlaku.
  • Kurang buang air kecil dan air besar.
Tanda kematian

Sumber: Steemit

Itulah dia perkongsian kami tentang tanda-tanda kematian bagi orang islam. Semoga bermanfaat dan menjadi pedoman kepada anda.

Jika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami mengenai cara sujud syukur, solat sunat tasbih dan kelebihan al-mathurat.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.