Keguguran adalah mimpi ngeri bagi setiap ibu yang mengandung. Ianya boleh berlaku pada mana-mana tahap kehamilan, tidak kira sama ada anda berada pada trimester pertama, kedua atau ketiga. Jika anda sedang mengandung, adalah sangat penting untuk anda perhatikan tanda-tanda keguguran yang berikut.

Sumber Gambar: Hellosehat

1. Keluar lendiran mucus

Sekiranya anda mendapati terdapat lendiran mucus keluar dari faraj anda, ia adalah tanda pertama anda keguguran. Lendiran tersebut mungkin berwarna merah, merah keputihan, atau pink.

2. Pendarahan yang banyak

Pendarahan yang sedikit atau spotting adalah normal bagi ibu mengandung. Jika anda terjumpa tompokan darah yang sedikit pada seluar dalam, tidak perlu risau. Ianya adalah normal. Namun anda perlu berjaga-jaga jika berlakunya pendarahan yang banyak selepas keluar lendiran mucus seperti yang kami nyatakan diatas.

Pendarahan semasa mengandung boleh berlaku kerana kedudukan uri dibawah, dan ianya juga boleh menjadi tanda berlakunya keguguran. Pergi ke hospital dengan segera jika anda mengalami pendarahan yang banyak.

3. Contraction dan kesakitan diperanakan

Sepanjang tempoh kehamilan, anda akan mengalami cramp dibahagian rahim disebabkan oleh regangan otot rahim. Dihujung kehamilan, anda juga akan kerap mengalami Braxton Hick. Namun ianya tidak akan menyakitkan. Anda akan berasa perut mengeras dan ketidakselesaan untuk beberapa saat. Itu sahaja.

Namun jika anda mengalami contraction dan kesakitan serentak sebelum tiba masa untuk bersalin, ianya adalah salah satu tanda keguguran.

Sumber Gambar: Tuniaf

4. Demam panas

Demam terlalu panas juga adalah salah satu cara badan anda memberikan signal bahawa anda keguguran.

5. Tekanan darah tinggi secara tiba-tiba

Sekiranya tekanan darah anda sepanjang kehamilan adalah normal dan tiba-tiba naik secara mendadak, berkemungkinan besar anda akan keguguran

6. Tanda mengandung tiada lagi

Berjaga-jaga jika secara tiba-tiba anda tidak lagi mempunyai tanda mengandung. Anda tidak lagi berasa lesu, mood swing anda lenyap, payudara anda tidak ngilu dan sensitif lagi, dan morning sickness hilang secara mengejut. Ianya mungkin berlaku kerana hormon anda sudah stabil semula dan ianya adalah di antara tanda berlakunya keguguran.

7. Keluar ketulan dari faraj

Jika tiba-tiba anda mendapati ada ketulan yang keluar dari faraj, kemungkinan besar ianya adalah janin anda yang telah gugur. Bawa ketulan tersebut bersama ke hospital untuk pemeriksaan dengan segera.

Sumber Gambar: Businessmodulehub

8. Bayi tidak aktif

Ibu mengandung akan mengira pergerakan bayi setiap hari. Sekiranya anda perasan bayi anda langsung tidak bergerak untuk satu tempoh yang lama, ianya adalah salah satu tanda bahawa anda keguguran.

Jika bayi anda kurang aktif, jangan berlengah. Usap perut dan bercakap dengan bayi untuk menggalakkan ia bergerak. Kebiasaannya bayi akan bertindak-balas apabila mendengar suara ibu bapa atau mendengar bunyian kegemaran seperti alunan muzik atau suara azan. Jika tiada tindak-balas kepada sentuhan dan suara anda, segera ke hospital tanpa berlengah.

9. Tiada denyutan jantung bayi

Sekiranya doktor gagal menemui denyutan jantung  bayi anda melalui ujian ultrasound, kemungkinan besar anda mengalami keguguran.

10. Serviks terbuka

Serviks ibu mengandung akan tertutup dengan rapat sepanjang tempoh kehamilan bagi mengelakkan berlakunya jangkitan kepada bayi dalam kandungan. Beberapa minggu sebelum melahirkan, serviks akan mula terbuka sedikit demi sedikit sebagai persediaan untuk bersalin.

Sekiranya doktor mendapati bahawa serviks anda terbuka terlalu awal, ianya adalah salah satu tanda awal anda mungkin keguguran. Biasanya doktor akan menasihati anda untuk bedrest sehingga bukaan serviks anda menjadi normal semula bagi mengelakkan berlakunya keguguran.

11. Ujian kehamilan bertukar menjadi negatif

Ibu mengandung akan mendapat keputusan positif untuk ujian kehamilan, tidak kira pada trimester ke berapa ujian kehamilan dilakukan. Jika tiba-tiba ujian kehamilan anda menjadi negatif, ia adalah tanda anda mengalami keguguran.

Sumber Gambar: Checkpregnancy

12. Sakit belakang yang keterlaluan

Ibu mengandung dan sakit belakang sememangnya tak dapat dipisahkan. Ia berlaku kerana kandungan yang semakin membesar menekan tulang belakang anda. Namun berjaga-jaga jika sakit belakang anda menjadi semakin kuat , terutamanya di bahagian bawah badan. Berkemungkinan ianya adalah contraction.

Contraction sebelum waktu melahirkan juga adalah tanda anda keguguran.

13. Paras hormon HCG jatuh

Ujian kehamilan adalah positif sekiranya terdapat hormon HCG dalam air kencing anda. Hormon HCG adalah hormon yang membantu mengekalkan kehamilan. Sekiranya secara tiba-tiba hormon HCG dalam badan anda menurun, ia adalah satu petanda buruk bahawa badan anda tidak lagi berusaha untuk mengekalkan kandungan.

Itulah dia 13 tanda keguguran yang ramai ibu mengandung tidak perasan. Sekiranya anda mengalami tanda-tanda yang kami senaraikan di atas, sila ke hospital dengan kadar segera untuk pemeriksaan. Sekiranya anda disahkan keguguran, takziah dari pihak kami.

Ambil masa untuk bersedih dan merawat perasaan. Berpantang dengan baik untuk mengembalikan semula kesihatan dan kecergasan badan. Selepas anda rasa betul-betul sihat dan bersedia, anda boleh berusaha untuk mengandung semula.

 

 

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.