Kami kongsikan 12 tanda kanser yang wajib kita peduli.  Pentingnya  untuk kita mengetahui mengenai tanda-tanda ini bagi mengelakkan pesakit yang mempunyai peluang untuk diubati  hilang kemungkinan untuk sembuh akibat mengabaikan simptom-simptom awal kanser.

Kanser bukan lagi satu penyakit yang asing buat masyarakat kita pada hari ini.  Setiap hari kita mendengar ada sahaja kematian yang disebabkan kanser malah pada 2016 Kementerian Kesihatan Malaysia telah mewartakan bahawa kanser merupakan punca kematian ketiga  tertinggi di negara ini.

tanda kanser

Imej via PDpics

Peningkatan kematian yang disebabkan kanser adalah sebanyak 50 peratus sejak 20 tahun kebelakangan ini. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Laporan Pendafaran Kanser Kebangsaan, antara 2007 hingga tahun 2011, sebanyak i 103, 507 kes kanser baharu telah dikenalpasti.

Secara amnya berikut adalah kanser yang biasa dihidapi oleh masyarakat Malaysia dalah kanser usus, kanser paru-paru dan kanser payudara. Di peringkat nasional, kerajaan telah melaksanakan strategi yang dikenali sebagai Pelan Tindakan Kanser (2016-2020).

Pencegahan penyakit kanser bukan hanya tanggungjawab sesetengah pihak, ia memerlukan peranan semua pihak termasuk kita bagi mengurangkan kadar kes kanser terus meningkat .

Tahukah kita bahawa kanser boleh merebak dari kanser tahap 1 ke tahap 3 hanya dalam masa seminggu. Dan kanser akan terus menjadi tahap ke 4 pada hari kelapan. Fakta ini sangat meresahkan kita bukan.

Badan kita diciptakan dengan mekanisme pertahanannya yang tersendiri jadi apabila ada sel yang tidak dikenali di dalam badan, badan akan menghantar simptom atau isyarat yang memberitahu bahawa badan dalam keadaan tidak baik.

Sebenarnya sebelum seseorang itu disahkan mengjhidap kanser tahap yang kritikal badan akan  menghantar isyarat supaya pesakit boleh mengambil langkah penyembuhan dengan lebih proaktif.

Jadi amat penting untuk ktia mengetahui tanda-tanda kanser yang menyerang supaya kita dapat merawat daripada peringkat awal.

12  Tanda Kanser Perlu Peka

Tanda-tanda kanser berbeza mengikut jenis kanser namun hari ini kita akan kupas simptom kanser secara umum terlebih dahulu.

  • Letih

Sekiranya anda  selalu merasa letih dan letih tersebut  tidak lega  walaupun sudah berehat atau mengambil ubat sebaiknya anda buat pemeriksaan awal kerana keletihan berpanjangan merupakan simptom awal kanser.

  • Bintik dipermukaan kulit

Bagi kanser kulit pula, simptom awal adalah bengkak berwarna merah jambu.

Manakala kanser kulit merbahaya seperti melanoma langsung tidak menunjukkan sebarang perubahan pada bahagian yang dijangkiti.

Selain itu, luka yang tidak sembuh juga menjadi tanda kepada kanser kulit. Misalnya luka jerawat yang berdarah tetapi setelah sekian lama masih juga tidak sembuh.

Sekiranya anda mengalami simptom ini sebaiknya berjumpa dengan doktor secepat mungkin.

  • Berat badan turun mendadak

Andai anda mengalami penurunan berat badan yang terlalu drastik tanpa sebarang sebab seeloknya anda perlu berjumpa doktor dengan kadar segera.

Selain mengalami kesukaran untuk menghadam makanan.Penurunan berat badan yang mendadak tanpa sebab biasanya berkait rapat dengan kanser pankreas , esofagus dan paru-paru.

  • Ruam di sekitar payudara

Simptom biasa bagi kanser payudara adalah ‘breast lump’ tetapi sebenarnya ada tanda-tanda lain untuk kanser iaitu perubahan pada kulit payudara seperti kulit kering dan ruam.

Apabila terdapat ruam disekitar payudara ia merupakan hal yang pelik kerana payudara sukar untuk dijangkiti ruam.

  • Kenyang dengan cepat

Salah satu tanda kanser ovari adalah kenyang dengan cepat. Walaupun jumlah makanan yang dimakan sedikit tetapi pesakit akan mudah merasa kenyang.

  • Kembung perut

Sekiranya ada sahabat wanita yang mengadu sakit di bahagian perut  atau tulang pelvis dan perut kembung   dengan kerap setiap bulan bawalah dia berjumpa dengan doktor kerana sahabat anda di dalam bahaya.

  • Tiada selera

Hasil kajian daripada National Institutes of Health Amerika Syarikat, kurang selera makan merupakan tanda kanser kolon, ovari dan pankreas.

  • Demam

Demam yang berpanjangan merupakan tanda kepada kanser darah seperti leukimia atau limfoma. Demam merupakan isyarat yang dihantar kepada pesakit supaya mendapatkan rawatan dengan lebih segera.

  • Rasa sakit tiba-tiba

Merasa sakit tanpa sebab tertentu juga merupakan salah satu tanda kanser yang serius. Misalnya anda tidak melakukan sebarang aktiviti yang boleh menyebabkan anda merasa sakit tetapi anda sakit dengan tiba-tiba dan ia sukar untuk sembuh sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar perubatan.

  • Perubahan pola membuang air besar.

Sekiranya terdapat darah di dalam najis anda dan mengalami cirit birit  atau sembelit dalam tempoh masa yang panjang anda mungkin berpotensi untuk menghidapi kanser perut atau kanser usus.

  • Sakit tekak berterusan.

Sakit tekak berterusan merupakan tanda awal bagi kanser tekak. Pesakit akan mengalami kesukaran untuk bernafas dan menelan makanan.Adanya ketulan di tekak , hilang suara dan batuk berdarah.

Manakala sekiranya lelaki mengalami kencing berdarah,  kerap buang air kencing pada waktu malam dan kencing tidak lawas, mereka berpotensi untuk menghidap kanser prostat.

Bagi wanita pula sekiranya ingin buang air kecil secara tiba-tiba dan perlu ke tandas dengan segera, anda perlu berwaspada kerana ini merupakan tanda kanser ovari dan kanser buah pinggang.

  • Gatal pada kulit.

Terdapat kajian secara klinikal yang menunjukkan kemaluan pada ada kaitan dengan kanser ovari kerana kewujudan neoplasma rahim.Kegatalan pada hidung pula dikaitkan dengan kanser otak.

Kanser boleh dicegah dengan pemerikasaan kesihatan secara berkala dan kita perlu sentiasa prihatin dengan ketidakselesaan yang dialami.

Badan manusia dicipta dengan begitu sempurna, badan akan menghantar signal kepada kita sekiranya  kita mengalami sebarang situasi yang luar biasa namun ia sudah menjadi tradisi kita untuk mengabaikan tanda-tanda tersebut.

Namun diharapkan menerusi perkongsian ini lebih ramai yang sedar dan ambil peduli terhadap kesihatan diri masing-masing.

Rujukan

Jemput juga baca tulisan lain kami mengenai kanser. Antara artikel kanser yang ditulis adalah kanser perut, kanser rahim dan kanser darah.

Penulis: Noor Hazreen Mohd Mokhtiar

Noor Hazreen Mohd Mokhtiar

Berkhidmat sebagai seorang guru tuisyen Bahasa Melayu mendatangkan minat dalam bidang penulisan.Suka berkongsi idea dan info dengan rakan-rakan tak kira di alam maya atau realiti . Mengharapkan setiap yang membaca mendapat manfaat yang sebaiknya.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.