Ketumbuhan di bahagian otak berlaku apabila adanya pertumbuhan sel otak yang abnormal.

Bukan semua ketumbuhan otak boleh dianggap sebagai kanser.

Tumor malignan sahaja boleh dianggap sebagai kanser kerana ia boleh tumbuh dan merebak secara agresif sehingga menjejaskan sel-sel yang sihat.

BRAIN CANCER
IMAGE VIA MEDICAL NEWS TODAY

Seperti sel-sel badan yang lain, sel-sel tumor memerlukan darah dan nutrien untuk hidup.

Oleh itu, mereka mengambil ruang, darah dan nutrien dari sel yang sihat.

Tumor otak yang kurang berbahaya pula tidak menyerang tisu yang berhampiran dan tidak dianggap sel kanser.

Bagaimana kanser otak terbentuk?

Barah otak terjadi apabila sel berubah daripada ciri-ciri yang biasa menyebabkan pertumbuhan sel abnormal yang tidak terkawal.

Sel-sel ini akan berkembang dan berkumpul sehingga membentuk tumor.

Tumor yang terbentuk dipanggil tumor otak utama kerana berasal dari organ otak itu sendiri.

Kebanyakan tumor otak dinamakan sempena bahagian otak atau dari sel otak yang ia mula membiak.

 Antara tumor otak utama adalah:

  1. gliomas
  2. meningiomas
  3. pituitary adenomas
  4. vestibular schwannomas, and
  5. primitive neuroectodermal tumors (medulloblastomas).

Punca kanser otak

Banyak faktor yang sering dikaitkan dengan kanser otak seperti faktor genetik, toksin, kesan radiasi pada bahagian kepala, jangkitan HIV dan merokok.

Namun begitu, penyebab sebenar kanser otak masih belum diketahui.

Simptom-simptom kanser otak

Antara simptom yang biasa dialami oleh pesakit termasuklah:

  1. sakit kepala
  2. keletihan
  3. sawan
  4. kesukaran berjalan
  5. cemerkap
  6. sukar fokus dan perubahan pada memori
  7. mual dan muntah-muntah
  8. penglihatan yang abnormal
  9. kesukaran dalam percakapan
  10. perubahan dari segi intelektual dan tindak balas emosi

simptom-simptom kanser otak seringkali disalah anggap sebagai penyakit strok.

Ada juga sesetengah pesakit yang hanya menyedari penyakit ini setelah berada di tahap yang membimbangkan.

Jika anda mempunyai tanda-tanda seperti di bawah, segeralah dapatkan nasihat daripada pakar:

  1. muntah yang kerap dan tanpa sebab
  2. penglihatan kabur terutamanya pada satu bahagian sahaja
  3. kehilangan tenaga dan kerap tidur
  4. serangan sawan
  5. jenis sakit kepala yang berlainan daripada biasa

Rawatan kanser otak

Banyak faktor perlu di beri perhatian sebelum rawatan kanser otak dijalankan kepada individu yang berbeza. Hal ini termasuklah umur pesakit, keadaan kesihatan, saiz, lokasi dan jenis tumor.

  1. Pembedahan kanser otak

Pembedahan yang dijalankan adalah bertujuan mengesahkan kehadiran tumor dan sekaligus membuangnya dari otak.

Jika tumor tidak boleh dibuang, sampel tumor akan di ambil untuk memastikan jenis tumor tersebut.

Dalam kebanyakan kes terutamanya bagi tumor yang tidak berbahaya, simptom penyakit ini boleh sembuh dengan menjalani pembedahan untuk membuang tumor.

Kebiasaannya, pesakit akan diberikan rawatan tertentu sebelum pembedahan dijalankan.

Steroid seperti dexamethasone diberikan untuk mengurangkan pembengkakan.

Ubat anticonvulsant pula selalunya diberikan untuk meredakan atau mencegah serangan sawan.

2. Rawatan radiasi

Radiasi luaran menggunakan sinaran berkuasa tinggi yang disasarkan terus kepada tumor.

 Sinaran ini akan melalui kulit, tempurung kepala, dan tisu otak yang sihat untuk sampai ke tumor.

Rawatan ini selalunya di jalankan 5 hari seminnggu dan hanya mengambil masa beberapa minit sahaja.

RADIATION THERAPY
IMAGE VIA VERYWELLHEALTH.COM

Radiasi dalaman pula memerlukan kapsul radioaktif yang kecil untuk dimasukkan kedalam tumor bagi membunuh sel tumor.  

Stereotactic radiosurgery adalah rawatan tanpa pembedahan menggunakan imbasan CT dan MRI untuk memusnahkan tumor.

Komplikasi rawatan ini kurang berbanding pembedahan dan mengambil masa yang lebih pendek untuk pemulihan.

3. Rawatan kemoterapi

Ubat-ubatan tertentu akan diberikan dalam jangkamasa yang tertentu untuk mengurangkan perebakan tumor atau mematikan sel-sel kanser.

Rawatan ini menyebabkan kesan sampingan seperti mual, muntah-muntah, kehilangan selera makan, dan kehilangan rambut.

Kesan-kesan ini pula boleh dikurangkan dengan pengambilan ubatan tertentu.

4. Rawatan kanser otak baharu

Ramai dalam kalangan pesakit yang enggan menjalani terapi seperti ini.

Hal ini kerana, terapi yang baru masih belum dibuktikan keberkesanannya dan mungkin hanya sesuai untuk sesetengah pesakit sahaja.

Ujian klinikal akan dijalankan kepada pesakit kanser yang sukarela untuk menguji kesan terapi.

Walaupun begitu, masih ada kemungkinan bahawa terapi ini lebih berkesan atau mempunyai kesan sampingan yang kurang berbanding rawatan yang sedia ada.

Penghidap kanser memerlukan sokongan keluarga dan insan tersayang untuk terus kuat dalam menjalani kehidupan seharian.

Oleh itu, luangkan masa anda untuk memberikan semangat dan nasihat berguna agar mereka lebih bersedia dari aspek mental dan fizikal untuk melawan penyakit berbahaya ini.

Yang paling penting, jangan pernah abaikan sebarang tanda-tanda penyakit berbahaya bagi meningkatkan peluang untuk sembuh.

Segera dapatkan nasihat pakar sekiranya anda mendapati sebarang perubahan pada diri anda mahupun keluarga.

Rujukan

Webmd.com

Mayoclinic

 

Penulis: Meedanadira

Avatar

Graduan Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang bioteknologi tumbuhan. Sedang berkhidmat dalam bidang farmasi dan mempunyai minat yang mendalam dalam bidang biosains dan biomedik. Saya juga percaya tiada pengakhiran dalam menuntut ilmu selagi kita bernyawa.

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .