Tahukah anda, bagaimana hendak mengenalpasti mereka yang tengah mengalami kesihatan mental? Asyik murung sepanjang hari, hendak mencederakan diri sendiri? Pernah nampak perangai sebegini pada orang di sekeliling anda? Atau mungkin anda sedar ciri-ciri ini ada pada diri sendiri?

Ini sebenarnya di antara penyakit psikiatri yang boleh timbul jika kita terlepas pandang tanda masalah kesihatan mental dari awal. Sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia pada 10 Oktober 2018 lalu, Dr Afiq Rahim ada berkongsi mengenai topik kesihatan mental di Malaysia.

Di dalam artikel yang sama, beliau menyatakan yang menurut WHO, tanda masalah kesihatan mental boleh bermula seawal umur 14 tahun. Akan tetapi, banyak kes yang tidak dapat dikesan untuk dirawat.

Statistik Kesihatan Mental Di Malaysia

Menurut Kajian National Health Morbidity Survey (NHMS) 2015,

Sabah adalah negeri dengan populasi masalah kesihatan mental tertinggi di Malaysia.

KL dan Kelantan juga dalam tiga teratas.

Dan orang bujang lebih ramai ada masalah kesihatan mental.

Jadi, mengapa ini berlaku?

Faktor Terjadi Masalah Kesihatan Mental

Masalah kesihatan mental boleh berlaku akibat faktor Sosial, Biologi dan Psikologi.

Peperangan dan Bencana menurut WHO adalah risiko utama terjadinya masalah kesihatan mental.

Baik, bagaimana kita boleh tahu tanda-tanda masalah kesihatan mental?

Tanda-Tanda Masalah Kesihatan Mental

Hah, boleh periksa gambar di bawah jika kita ada tanda-tanda tersebut.

kesihatan mental
Imej via Facebook Dr Afiq Rahim

Apakah bahaya masalah kesihatan mental?

Bahaya Masalah Kesihatan Mental

Masalah ini jika tidak dikesan atau dirawat awal boleh menjadi penyakit Psikiatri seperti

  • Kemurungan
  • Penyalahgunaan dadah
  • Kecederaan Fizikal
  • Kecederaan Domestik
  • Bunuh diri

Dan pelbagai penyakit Psikiatri dan masalah sosial lain.

Jadi bagaimana kita boleh mengelakkan masalah kesihatan mental?

Cara Mengelak dan Merawat Masalah Kesihatan Mental

Antaranya adalah:

  • Kerap Bersenam
  • Bercakap & berkongsi masalah dengan seseorang.
  • Nutrisi seimbang
  • Dapatkan kaunseling / sokongan daripada keluarga, rakan-rakan dan komuniti.
  • Lakukan perkara yang anda SUKA.

Anda belajar sesuatu?

*Haaaa….penting bukan untuk mengetahui tanda-tanda masalah kesihatan mental dari awal? Supaya pencegahan atau rawatan awal dapat dilakukan, sebelum timbulnya masalah psikiatri seperti hendak membunuh diri, jangan lupa share tau dengan orang lain info ini!

*Artikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di sini.

Penulis: Dr Afiq Rahim

Dr Afiq Rahim

Dr Afiq Rahim merupakan seorang pegawai perubatan dan penulis buku yang rajin berkongsi tips kesihatan di status sosial media terutamanya di Facebook dan Twitter. Mula berbakti di tanah air sebaik sahaja tamat pengajian di Kolej DiRaja Pembedahan Ireland (RCSI).

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.