Di musim panas di Malaysia kini boleh mengakibatkan semua orang kekurangan air dalam badan atau dehydration jika tidak minum air kosong dengan secukupnya. Jika kita tidak minum air dengan secukupnya pada musim panas, kemungkinan untuk terkena strok haba adalah tinggi dan ia amat berbahaya. Lebih-lebih lagi kita pergi ke tempat yang ramai orang dan sesak dengan udara yang tidak bersih penuh dengan asap kereta.

Tetapi kini, Malaysia telah menjalankan PKP di seluruh negeri maka kita dinasihatkan untuk duduk di rumah dan hanya keluar bila perlu sahaja. Jadi, tiada lagi tempat yang sesak yang ramai orang. Namun begitu, anda masih perlu minum air secukupnya walaupun tinggal di rumah kerana di rumah juga kita masih boleh terkena strok haba. Selain orang dewasa, kanak-kanak dan bayi juga boleh mengalami dehydration.

Apakah tanda-tanda bayi mengalami dehydration?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenaipetanda bayi anda mengalami dehydration. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai ‘service’ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan ‘service’ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.

Maksud Dehydration

Dehydration adalah kekurangan air dalam badan. Ia boleh berlaku akibat terlalu banyak hilang air dari badan atau kurang air yang masuk ke dalam badan. Demam yang terlalu panas akan menyebabkan kehilangan air yang banyak. Selain itu, muntah dan cirit birit juga akan menyebakan kehilangan air yang banyak dari badan.

Kehilangan air ini perlu digantikan agar fungsi organ dalaman tidak terganggu. Air boleh diganti melalui minuman, makanan atau intravenous drip. Jadi bagaimana nak tahu baby tu mengalami dehydration atau tidak?

"

Jenis dan petanda dehydration

tanda bayi dehydration

Imej via Facebook

Mild – Moderate dehydration

1. Kurang aktif dari biasa, kurang ceria dan lebih banyak menangis.

2. Kencing kurang dari biasa, bolehperasan bila time nak tukar diapers, diapers kering dan tidak basah seperti biasa.

3. Mulut kering dan bibir kering dan pecah. Ulser dalam mulut juga boleh berlaku akibat mulut yang terlalu kering ini. Ini akan menyebabkan maslah bertambah teruk. Baby akan lebih sakit dan tidak mahu makan/minum.

4. Kerap menangis, tapi air mata kurang atau langsung tiada. Yang ni ramai ibu bapa tak perasan. Jadi kena alert ya.

5. Soft fontanel (ubun-ubun), di atas kepala baby akan tengelam. Yang ni biasanya hanya boleh dilihat untuk baby bawah setahun, selepas setahun fontanel ini akan tertutup secara sendiri diantara umur 1-2 tahun.

Simptoms ini, hampir 90% ibu bapa tidak tahu. Rata-rata ibu bapa yang saya tanya, mereka tidak pernah memeriksa anterior fontanele ini. Ini adalah petanda yang paling mudah nak ketahui adakah anak anda mengalami dehydration yang perlu dirawat segera di hospital. Jika dah tenggelam itu, tandanya perlu segera ke hospital.

Severe Dehydration

Pada masa ini, kurang dapat dilihat kanak-kanak/baby yang mengalami severe dehydration kerana access kepada rawatan perubatan adalah mudah. Namun masih boleh dilihat pada masyarakat di pedalaman yang sukar mendapatkan khidmata rawatan kesihatan.

1. Mata yang tenggelam

2. Tidur sahaja dan langsung tidak aktif.

3. Kencing yang sangat kurang atau langsung tidak kencing.

4. Kulit yang berkedut dan hilang ketegangan kulit yang normal.

5. Tangan dan kaki yang sejuk dan pucat akibat kurang darah mengalir ke kulit.

*Jika bayi anda mempunyai tanda-tanda dehydration seperti di atas, pergi segera mendapatkan rawatan di hospital atau klinik berdekatan. Bertindak awal dapat mengelakkan daripada perkara yang tidak diingini berlaku. Ibu bapa perlu pastikan bayi dalam keadaan bayi lebih-lebih lagi di musim COVID19 kini. Elakkan membawa anak anda keluar daripada rumah dengan masa yang lama. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.