“Hmmm…macam mana ya mahu pakai tali keledar keselamatan ini?” “Ehhh…perlu juga ke pakai?”

Mesti ibu-ibu hamil di luar sana keliru bagaimana caranya hendak memasang tali keledar keselamatan mereka. Dan, sama ada pemakaian tali ini boleh dielak atau tidak.

Apa kata anda ikuti penjelasan Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak (Pegawai Perubatan, Kesihatan Wanita & Kehamilan). Ye lah, bukan perut buncit tau!

Ada si kecil pula yang tengah membesar di dalam perut. Cumanya, si ibu takut sahaja pemakaian tali pinggang boleh menjejaskan atau memberi kesan lain terhadap bayi di dalam kandungan itu.

Bagaimana Cara Pemakaian Tali Keledar Keselamatan?

Cara pemakain tali keledar keselamatan untuk ibu hamil saya terangkan seperti berikut :

  • Bahagian melintang tali keledar keselamatan sepatutnya berada di bawah perut ibu hamil, lurus dan tidak terbelit.

Ini untuk memastikan tali pinggang itu memegang pada tulang punggung/pelvis dan tidak kena secara terus pada perut.
Jika berlakunya kemalangan dan tali keledar itu berada di atas perut dikhuatiri boleh menyebabkan kecederaan pada organ dalaman seperti hati, limpa, usus dan pada rahim sendiri.

  • SENTIASA pakai tali pinggang keledar keselamatan walaupun anda adalah penumpang yg duduk di belakang. Semasa nak adjust tali keledar tu angkat perut sikit dan pastikan tali pinggang dalam keadaan lurus danberada di atas paha tetapi di bawah perut
  • Ketatkan tali pinggang dan pastikan tali pinggang yang melintang di bawah perut adalah cukup ketat.
  • Tali pinggang yang belah atas atau pada bahu sepatutnya berada di celah-celah buah dada ibu.
  • Jika ibu adalah pemandu sendiri, laraskan kedudukan stereng ke atas sikit
  • Tegakkan kerusi anda sebanyak yang mungkin. Kerusi yang terlalu rendah akan meninggikan risiko tali pinggang mencederakan rahim dalam kemalangan. Kerusi pemandu hendaklah ke belakang sedikit jauh dari beg udara ( air bag )

Perlukan Penggunaan Produk Tambahan?

TAK PAYAH beli pelbagai produk atau sponge untuk kaver perut kononnya dapat melindungi rahim kalau berlakunya accident. Kajian menunjukan penggunaan tali pinggang keledar yang betul dan tepat dapat mengurangkan kecederaan kepada orang mengandung TANPA menggunakan produk tambahan.

Adakah Pemakaian Tali Pinggang Perlu Untuk Ibu Hamil?

Jangan bila mengandung je sibuk nak pakai tali keledar. Tak mengandung pun kena pakai gak. Jangan ler terkial kial pasang tali keledar keselamatan bila nampak abang polis atau JPJ

Malang tak berbau, kalau nak eksiden tu mmg eksiden juga. At least tali pinggang keledar keselamatan tu dapat mengurangkan impak eksiden.

Perut yg besar tu TAK berfungsi sebagai ‘airbag’

*Mengandung atau tidak sama sahaja ya, kena pakai tali keledar. Bagi yang mengandung, bukan nyawa sendiri sahaja, tetapi nyawa bayi di dalam kandungan pun boleh tergadai jika berlakunya kemalangan. Jangan lupa share!

*Artikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di sini.

Penulis: Dr Muhammad Izzat Abdul Razak

Dr Muhammad Izzat Abdul Razak

Dr Muhammad Izzat Abdul Razak atau mesra dengan panggilan Dr. Izzat adalah pegawai perubatan kesihatan dan wanita & kehamilan yang sangat aktif memberikan info mengenai permasalahan kesihatan wanita, sakitpuan (ginekologi) dan isu berkenaan kehamilan (obstetrik).

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.