Tahi telinga yang juga dikenali dengan ‘cerumen’ istilah bagi perubatan, merupakan sejenis cecair yang melekit berwarna kelabu, oren, merah atau kekuningan yang terdapat di dalam rongga telinga manusia dan mamalia lain.

Ia melindungi kulit telinga telinga manusia, membantu dalam pembersihan dan pelumasan. Tahukah anda, ia juga memberi perlindungan terhadap bakteria, kulat, serangga dan air yang berada di dalam telinga. Tahi telinga terdiri daripada sel-sel kulit mati, rambut dan rembesan cerumen oleh kelenjar dan sebum di bahagian luar telinga.

Komponen utama tahi telinga adalah rantaian panjang lemak asid yang dalam keadaan tepu dan tak tepu, alkohol, squalene, dan kolesterol. Tahi telinga yang banyak akan menyebabkan salur telinga tersumbat. Sekaligus ia akan tertekan pada gegendang telinga yang akan menjejaskan pendengaran serta kehilangan pendengaran.

Imej via [hijabnheels]
Imej via [hijabnheels]

Bagaimana Tahi Telinga Tersumbat Dan Keras?

Tahi telinga dikatakan tersumbat apabila ia terkumpul di saluran telinga sehingga terdapat tanda-tanda yang menyebabkan rasa tidak selesa. Sangat penting diingatkan bahawa bagi kebanyakan orang, telinga mungkin tidak perlu dibersihkan kerana ia akan dibersihkan sendiri. 

Kuantiti tahi telinga yang terhasil adalah berbeza bagi setiap individu dan ia tiada kaitan dengan kebersihan diri mana-mana individu. Sesetengah individu terutamanya golongan lelaki dan mereka yang sudah berumur, lebih mudah untuk mempunyai tahi telinga yang lebih banyak berbanding dengan golongan wanita.

Ketika seseorang itu semakin tua, tahi telinganya akan berubah daripada sudut komposisi dan mungkin akan menyebabkan pelbagai jenis masalah.  Kelenjar yang menghasilkan tahi telinga iaitu kelenjar cerumin akan mengecut dan rembesan cerumin akan semakin berkurangan. Manakala, sel kulit mati pula akan sentiasa dihasilkan.

Imej via [facebook]

Ini akan menyebabkan tahi telinga itu menjadi keras yang disebabkan oleh kurangnya kompaun cerumin yang dihasilkan. Tahi telinga yang berfungsi untuk membersihkan telinga semakin tidak efektif seperti golongan orang muda dan boleh menyebabkan tahi telinga keras dan tersumbat.

Tetapi faktor umur yang bertambah hanyalah satu faktor yang akan mengganggu kebolehan telinga untuk membersihkan dirinya sendiri dan membersihkan telinga dengan putik kapas ataupun pin rambut mungkin akan menyebabkan tahi telinga tersumbat. Ini kerana perbuatan tersebut akan membuang sebahagian tahi telinga sahaja dan sebahagian yang lain akan ditolak dengan lebih dalam menyebabkan ia mengeras dan menyebabkan sumbatan pada telinga akan berlaku.

Punca Tahi Telinga Keras

Imej via [hediagnosa]
Imej via [thediagnosa]

Tahukah anda, apakah faktor yang menyebabkan tahi telinga menjadi keras? Terdapat banyak faktor dan punca tahi telinga keras perlu anda tahu supaya dapat mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Jom lihat punca tahi telinga keras ramai tak tahu.

1. Salur Telinga Yang Kecil

Tahukah anda, salur telinga yang kecil juga dapat menyebabkan tahi telinga menjadi keras. Hal ini disebabkan oleh salur telinga yang kecil, tahi telinga akan mudah terperangkap dan terkumpul. Akhirnya menjadi keras dan tersumbat.

2. Cara Pembersihan Telinga Yang Tidak Betul

Penyucian ataupun pembersihan telinga dengan cara yang tidak betul juga akan menyebabkan tahi telinga menjadi keras. Pembersihan secara sendiri di rumah dengan menggunakan putik kapas ataupun alatan yang lain akan menyebabkan tahi telinga terkumpul jauh di dalam salur telinga yang akhirnya menjadi keras.

3. Jangkitan Kuman atau Bakteria

Jangkitan kuman atau bakteria juga merupakan salah satu faktor yang mendorong kepada berlakunya tahi telinga menjadi keras. Apabila telinga dijangkiti oleh kuman atau bakteria, penghasilan tahi telinga menjadi tidak stabil dan terlampau banyak.

Imej via [liputan6]
Imej via [liputan6]

4. Kecederaan Pada Telinga

Kecederaan pada telinga juga merupakan salah satu punca tahi telinga menjadi keras. Apabila telinga cedera, penghasilan cerumen menjadi terganggu dan sel mati sering bertambah dan telinga tidak dapat membersih sendirinya.

5. Penghasilan Tahi Telinga Yang Banyak

Penghasilan tahi telinga yang banyak juga menyumbang kepada faktor berlakunya tahi telinga menjadi keras. Penghasilan yang terlampau banyak menyebabkan tahi telinga terperangkap dan telinga tidak dapat membersihkan dengan sendirinya.

6. Penggunaan Alatan Bantuan Pendengaran

Penggunaan alat bantuan pendengaran juga boleh menyebabkan tahi telinga tersumbat dan kemudiannya menjadi keras. Mungkin disebabkan anda terlalu menggunakannya, tahi telinga lama kelamaan menjadi lebih keras dan terlekat di telinga.

Imej via [visualizepicture]

Cara Atasi Masalah Tahi Telinga Keras

Bagi mengatasi  masalah tahi telinga menjadi keras ataupun tersumbat, anda boleh gunakan kain lembab ataupun tisu lembab. Kain itu hendaklah disapukan dibahagian luar lubang telinga hanya untuk membuang tahi telinga yang sudah terkeluar daripada lubang tersebut.

Anda tidak perlulah menggunakan putik kapas untuk mengeluarkan tahi telinga yang berada di dalam lubang telinga bagi mengelakkan berlakunya kecederaan pada telinga anda.

Untuk mengeluarkan tahi telinga yang banyak ataupun sudah membentuk sumbatan serta menjadi keras di dalam telinga, beberapa cara boleh dilakukan. Nak tahu bagaimana caranya? Jom ikuti cara dibawah ini.

Imej via [gaya.tempo]

1. Melembutkan Tahi Telinga Tersebut

Beberapa bahan boleh digunakan untuk melembutkan tahi telinga seperti menitiskan minyak zaitun ataupun menggunakan bahan yang boleh menguraikan cerumin. Antara bahan yang sesuai adalah sodium bikarbonat.

Sodium bikarbonat boleh didapati di farmasi dan pastikan ianya adalah untuk masalah tahi telinga keras. Tetapi jika sebelum ini anda menghadapi masalah pada gegendang telinga, contohnya ia pernah berlubang, kurang deria pendengaran dengan mendadak ataupun apa-apa masalah pada bahagian telinga sebelum ini, anda dinasihati untuk berjumpa dan meminta nasihat dari doktor terlebih dahulu sebelum menggunakan sodium bikarbonat.

2. Pancut Dengan Air

Prosedur ini selalunya dilakukan di klinik oleh doktor pakar dan hanya perlu jika cara yang pertama tadi gagal untuk mengeluarkan tahi telinga tersebut. Setelah pesakit menggunakan cara pertama tadi, tahi telinga akan menjadi lebih lembut dan mudah untuk dikeluarkan dengan cara pancutan air ke dalam lubang telinga. Air akan memudahkan proses untuk mengeluarkan tahi telinga yang keras.

3. Menggunakan Alat Khas

Jika cara kedua gagal ataupun terdapat keadaan yang menghalang daripada menggunakan cara pertama dan kedua. Sekiranya sebelum ini anda mempunyai gegendang telinga yang mempunyai masalah, maka anda perlu dirujuk kepada pakar telinga, hidung dan tekak.

Kepakaran ini juga dikenali sebagai otolaryngology dan mereka akan menggunakan alat khas untuk mengeluarkan tahi telinga itu dengan selamat.

Imej via [myhealth]

Akhir kata, anda perlu sentiasa membuat pemeriksaan di klinik berdekatan untuk memastikan sebarang masalah pada telinga dapat diatasi segera. Sekiranya anda mengalami masalah sakit telinga, telinga berbau, hilang pendengaran dan sebagainya, sila cepat-cepat berjumpa doktor. Jom baca juga Punca telinga berdesing, Lubang extra di telinga, Tips menjaga tindikan anak dan Langkah keluarkan serangga dari telinga.

Penulis: zulrina

Avatar

Penulis yang bekerjaya di rumah. Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.