Sebagai ibu bapa, pemilihan alatan permainan anak-anak perlulah bijak. Alatan permainan itu haruslah dapat membantu perkembangan mereka juga. Bukan hanya setakat bermain, malah anak-anak turut mendapat manfaat daripadanya.

Permainan edukatif atau educational toys memang sering menjadi pilihan ibu bapa kerana membantu dalam perkembangan awal kanak-kanak terutamanya dari segi rangsangan deria dan kognitif mereka. Oleh itu, tidak mustahil kedai-kedai yang menjual peralatan permainan bercorak edukatif ini menjadi pilihan ibu bapa samada membeli secara terus di atas talian atau walk in ke kedai fizikal.

Mari lihat senarai kedai permainan kanak-kanak yang wajib anda kunjungi kerana memang penuh dengan pelbagai permainan edukatif atau bahan bantu mengajar untuk digunakan dalam sesi pembelajaram kanak-kanak.

1. Azam Perkasa Resource Sdn Bhd

Syarikat ini merupakan pembekal peralatan keperluan taska,tadika dan pra sekolah. Namun, orang awam juga boleh walk in ke kedai untuk melihat pameran  peralatan yang dijual.

Saya yakin ibu bapa dan para pengusaha taska dan tadika pasti rambang mata melihat pelbagai perabot, bahan bantu mengajar dan permainan kanak-kanak yang dijual di sini. Bukan sahaja menawarkan harga yang berpatutan, malah mereka turut memberikan perkhidmatan khidmat pelanggan yang terbaik. Jom singgah!

Alamat: Jalan TP 7/2, Taman Perindustrian UEP, 46720 Subang Jaya, Selangor.

No tel: 03-5614 4633

Website: http://azamperkasa.com/

Imej via facebook

2. USL Educational Supplies (M) Sdn Bhd

Lokasinya terletak di Semenyih, Selangor. Ruang kedai yang luas menempatkan pelbagai jenis permainan edukatif dan bahan bantu mengajar yang menarik.

Jika anda mengikuti mereka di laman sosial, pasti sering melihat pelbagai tawaran diskaun yang disediakan oleh syarikat ini buat para pelanggan mereka seperti 11.11 Sale baru-baru ini.

Jangan ketinggalan untuk mendapatkan harga runtuh untuk Jualan Mega Akhir Tahun dan pelbagai free gift yang disediakan buat pelanggan setia mereka. Wow! Sungguh menarik!

Alamat: Wisma USL, Jalan Kajang Perdana 3A, Taman Kajang Perdana, 43000 Kajang, Selangor.

No tel: 03-8737 7323

Website: www.usleducation.com

Imej via facebook

3. Y2 Toys

Mula tertarik dengan kedai online syarikat ini dengan pelbagai tawaran permainan edukatif yang dijual. Mereka aktif mempromosikan kedai mereka dengan pemberian harga dan diskaun menarik buat pelanggan.

Bagi saya, barangan yang dijual merupakan antara koleksi yang terbaru di pasaran dan sedikit berbeza dengan kedai-kedai lain yang menjual dan menawarkan servis yang sama.

Testimonial daripada para pelanggan mereka turut tidak mengecewakan antaranya tagline  ‘Bayar hari ini, Esok barang sampai’. Siapa yang tidak suka bukan? Memang pantas dan terbaik!

Alamat: No.29, Jalan Tukul N/15N, Seksyen 15 Shah Alam, Selangor.

No tel: 010- 929 2172

Website: https://www.ytwotoys.com.my/

Imej via facebook

4. Moms & Tots Shoppe

Perkhidmatan utama yang ditawarkan oleh Moms & Tots Shoppe ialah menjual dan membekal alatan terapi, bahan bantu mengajar, edutoys, buku panduan terapi carakerja dan terapi pertuturan untuk kanak-kanak autism, slow learner, ADHD, ADD (Attention Deficit Disorder), Sensory Processing Disorder (SPD) , Cerebral Palsy, PREM baby, Down Sindrom.

Mereka juga adalah salah seorang pembekal alatan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia, Pusat Terapi, Playgroup Center Dan Tadika di Malaysia.

Apa yang menarik lagi, Moms&Tots Shoppe juga turut menawarkan sesi terapi oleh Terapis Carakerja yang bertauliah pada setiap hari Ahad dan Isnin.

Bukan hanya menjual alatan permainan, malah turut menawarkan servis oleh mereka yang bertauliah. 2 dalam 1!.

Tidak rugi anda singgah di kedai ini. Bukan hanya bawa pulang permainan buat anak, malah bawa pulang ilmu juga💖

Alamat: 3A-2, Jalan PPS 1 Pusat Perdagangan Selaseh Batu Caves, Selangor.

No tel: 03- 67344343

Facebook: Moms & Tots Shoppe

Imej via facebook

Semoga senarai kedai-kedai ini dapat membantu para ibu bapa dalam mendapatkan pilihan yang pelbagai dalam membeli permainan yang bagus buat si jantung hati.

Penulis: Faz

Merupakan graduan Psikologi dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan sekarang memilih untuk menjadi surirumahtangga sepenuh masa demi keluarga. Seorang ibu yang sangat mempunyai minat yang mendalam dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak dan kekeluargaan. Diharapkan dapat berkongsi ilmu seluas-luasnya dengan masyarakat melalui setiap penulisan yang ditulis. Klik sini untuk Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.